Saturday, September 13, 2014

SPM PERIBAHASA (HUBUNGAN KEKELUARGAAN)

Air yang dicincang tidak akan putus
Seseorang yang bersaudara itu tidak akan
bergaduh berterusan walaupun berlaku
sesuatu perselisihan.
 
Anak sebatang kara
Seseorang anak yang tidak mempunyai
keluarga atau saudara mara.
 
Anak di pangkuan dibiarkan, kera di hutan disusui
Seseorang yang menguruskan atau
melakukan sesuatu kerja untuk orang lain
sedangkan kerjanya atau urusannya sendiri
tidak disempurnakan atau diabaikan.
 
Kecil-kecil menjadi anak, sudah besar menjadi onak
Semasa kecil anak itu menyenangkan hati
kedua-dua orang tuanya tetapi apabila sudah
dewasa, ia menyusahkan.
 
Kasihkan anak ditangan-tangankan,
kasihkan isteri ditinggal-tinggalkan
Seseorang itu dinasihatkan supaya tidak
memanjakan anak atau isterinya agar tidak
menyesal kemudian hari.
 
Bapak borek anak rintik
Sifat seseorang anak yang tidak jauh
bezanya dengan sifat orang tuanya.
 
 
Dianaktirikan
Seseorang yang selalu disisihkan.
 
Sebatang kara
Seseorang yang hidup seorang diri tanpa ibu
dan ayah dan juga tidak mempunyai
saudara-mara.
 
Bagai inai dengan kuku
Kasih sayang yang sukar untuk dipisahkan.
 
Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi
Seseorang anak itu sedikit sebanyak akan
mengikut bakat ayah atau ibunya.
 

 
 
 

No comments:

Post a Comment