Monday, September 09, 2013

Pemeranan untuk menghidupkan cerita._Soalan latihan novel persediaan menghadapi peperiksaan spm Bahasa Melayu 2013

Soalan: 
Watak dalam novel berperanan untuk menghidupkan cerita. Huraikan dua perwatakan
watak utama dalam.novel yang telah anda pelajari.

Cadangan jawapan
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan hasil karya Mohamad Kholid Hamzah,
pengarang memaparkan Faridah sebagai watak utama. Antara perwatakan yang 
paling menonjol dalam diri watak utama ialah seorang yang tabah/cekal.
Faridah tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Sebagai contoh, Faridah yang 
telah  kehilangan adik kembarnya, iaitu Rahayu akibat kanser paru-paru. Faridah 
juga telah kehilangan ibunya, Mak Salmah dan suaminya, Ghazali.  Walau 
bagaimanapun, dia  tetap tabah meneruskan kehidupannya sebatang kara ketika 
menyambung pengajiannya di New Zealand.
 
Seterusnya, watak utama juga seorang yang memiliki jati diri yang tinggi. 
Perwatakan ini dapat dilihat ketika Faridah hidup menetap di New Zealand. Faridah 
masih mengekalkan budaya Melayu seperti menanggalkan kasut ketika masuk ke 
rumah,memakai baju kurung  dan memasak masakan Melayu iaitu kari ayam. Hal ini 
membuktikan bahawa  Faridah tetap mengekalkan nilai-nilai kemelayuannya walaupun telah 
menetap di New Zealand selama 25 tahun.
 
Selain itu, watak utama merupakan seorang yang prihatin. Faridah bertugas sebagai 
tenaga pengajar di PDK Suria, bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat . Faridah 
menganggap bahawa menjalankan khidmat kepada kanak­-kanak istimewa dianggap 
sebagai satu ibadah.

No comments:

Post a Comment