Monday, September 09, 2013

Dua peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam kepada anda._Soalan latihan novel persediaan menghadapi peperiksaan spm Bahasa Melayu 2013

Soalan : 
Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam kepada anda.

Cadangan jawapan
Berdasarkan novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan, terdapat peristiwa-peristiwa yang meninggalkan, kesan kepada pembaca. Dalam novel Kabus di Perbukitan, peristiwa Faridah yang naked untuk meninggalkan tanahair tercinta untuk melanjutkan pelajarannya di New Zealand. Peristiwa ini meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana keberanian Faridah untuk berhijrah ke Bumi Kiwi yang asing kepadanya merupakan suatu tribulasi /cabaran yang sangat besar kepada seorang gadis Melayu sepertinya. Tambahan pula keputusan untuk berhijrah ke negara asing bermakna bahawa Faridah akan menjalani kehidupan sebatang kara di negeri di negara asing.

Seterusnya, peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam kepada saya/pembaca ialah peristiwa keteguhan Faridah mengamalkan adat ,budaya dan kesucian agama. Contohnya, walaupun sudah menetap di Christchurch, New Zealand dan berkahwin dengan Soleh Johnsons serta dikurniakan dengan sepasang anak kembar, Melina dan Anne. Peristiwa ini meninggalkan kesan kepada saya/pembaca kerana keteguhan Faridah mengamalkan adat dan budaya Melayu serta memelihara kesucian agama Islam yang dianutinya. Antaranya, Faridah memasak masakan Melayu seperti kari ayam untuk anak-anaknya, menuturkan Bahasa Melayu dan menanggalkan kasut ketika masuk dalam rumah. Disamping taat menunaikan solat dan ibadah-ibadah lain, Faridah tidak mengabaikan pendidikan agama kepada anak-anaknya dengan menghantar mereka mempelajari agama di An Nur Islamic Centre.

No comments:

Post a Comment