Monday, September 09, 2013

Pemeranan untuk menghidupkan cerita._Soalan latihan novel persediaan menghadapi peperiksaan spm Bahasa Melayu 2013

Soalan: 
Watak dalam novel berperanan untuk menghidupkan cerita. Huraikan dua perwatakan
watak utama dalam.novel yang telah anda pelajari.

Cadangan jawapan
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan hasil karya Mohamad Kholid Hamzah,
pengarang memaparkan Faridah sebagai watak utama. Antara perwatakan yang 
paling menonjol dalam diri watak utama ialah seorang yang tabah/cekal.
Faridah tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Sebagai contoh, Faridah yang 
telah  kehilangan adik kembarnya, iaitu Rahayu akibat kanser paru-paru. Faridah 
juga telah kehilangan ibunya, Mak Salmah dan suaminya, Ghazali.  Walau 
bagaimanapun, dia  tetap tabah meneruskan kehidupannya sebatang kara ketika 
menyambung pengajiannya di New Zealand.
 
Seterusnya, watak utama juga seorang yang memiliki jati diri yang tinggi. 
Perwatakan ini dapat dilihat ketika Faridah hidup menetap di New Zealand. Faridah 
masih mengekalkan budaya Melayu seperti menanggalkan kasut ketika masuk ke 
rumah,memakai baju kurung  dan memasak masakan Melayu iaitu kari ayam. Hal ini 
membuktikan bahawa  Faridah tetap mengekalkan nilai-nilai kemelayuannya walaupun telah 
menetap di New Zealand selama 25 tahun.
 
Selain itu, watak utama merupakan seorang yang prihatin. Faridah bertugas sebagai 
tenaga pengajar di PDK Suria, bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat . Faridah 
menganggap bahawa menjalankan khidmat kepada kanak­-kanak istimewa dianggap 
sebagai satu ibadah.

Persoalan pengorbanan yang dilakukan oleh watak-watak ._Soalan latihan novel persediaan menghadapi peperiksaan spm Bahasa Melayu 2013


Soalan: 
Huraikan dua contoh persoalan pengorbanan yang dilakukan oleh watak-watak berdasarkan novel yang telah anda pelajan.
 
Cadangan jawapan
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan, antara persoalan pengorbanan ialah persoalan pengorbanan seorang ibu tunggal membesarkan anak-anaknya. Contohnya, semenjak Mak Salmah bercerai dengan suaminya Kamaruddin, Mak Salmah menyara kedua-dua anak kembamya dengan cara bersawah padi di samping menjual pisang goreng di Kampung Sungai Haji Dorani.  
 
Selain itu, terselit juga persoalan pengorbanan seorang ayah untuk memastikan keselamatan anaknya. Contohnya Mejar (B) Kamaruddin telah bertekad untuk meneruskan usaha mencari anaknya, Faridah yang hilang dalam kemalangan di Bukit Fraser. Setelah operasi mencari dan menyelamat diberhentikan, Kamaruddin dengan bantuan Buyung meredah hutan Bukit Kutu sehinggalah ke perkampungan Orang Asli Suku Temuan di Sungai Dua.Berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh Rahayu, pencarian Kamaruddin akhimya berjaya menemui anaknya, Faridah dan kanak-­kanak OKU, Iqbai.

Cara watak utama menyelesaikan due konflik ._Soalan latihan novel persediaan menghadapi peperiksaan spm Bahasa Melayu 2013

Soalan:
Berdasarkan satu novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan dua konflik yang dihadapinya.
 
Cadangan jawapan
Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan,, terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara watak utama menyelesaikannya. Antaranya ialah konflik Faridah degah masyarakat kulit putih di Roswood, Christchurch, New Zealand yang menyangka Faridah sebagai orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Hal ini memandangkan wama kulitnva yang sawo matang. Faridah menyelesaikan konflik tersebut dengan cara menjalin hubungan baik dengan penduduk di kejiranan dan di masyarakat setempat. Faridah mengambil peluang memperkenalkan diri dan asal usulnya dalam satu majiis ramah mesra komuniti.

Faridah hampir-hampir menghadapi tekanan perasaan dan sakit jiwa. Mujurlah tawaran untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand yang ditawarkan oleh Ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat datang selepas kejadian itu. Faridah mengambil keputusan untuk menerima tawaran itu dan melakukan hijrah buat dirinya. Hasilnya, keputusan yang diambil oleh Faridah telah memberi impak yang sangat positif kepada masa depannya.