Sunday, August 25, 2013

Soalan ulang kaji ramlan SPM novel 2013

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara watak berkenaan mengatasi konflik tersebut. [7 markah]

Jawapan berdasarkan Interlok oleh Abdullah Hussain

Salah seorang watak utama dalam karya ini ialah Seman. Salah satu konflik yang dihadapi oleh watak ini ialah setelah kematian ayahnya dia menyedari hakikat segala harta yang selama ini disangka milik keluarganya rupa-rupanya merupakan milik orang lain. Cina Panjang yang telah membolot semua harta itu secara saha daripada arwah ayahnya memintanya meninggalkan rumah tersebut.
Seman menghadapi konflik tersebut dengan tabah. Dia tidak meminta-minta atau meraih simpati sesiapa pun. Sebaliknya dia meninggalkan kampung itu, mendapatkan kerja sebagai buruh ladang dan menyara kehidupan diri dan ibunya.

Jawapan berdasarkan Kembara Amira oleh Amer Hamzah L. Kadir

Watak utama dalam karya ini ialah Amira. Salah satu konflik yang dihadapi oleh watak ini ialah kehilangan sahabat yang baru dikenalinya Malique. Amera berhadapan dengan konflik ini dengan rasional. Menyedari tidak ada cara lain, dia telah menyertai kumpulan yang cuba
menjejaki Malique.

Jawapan berdasarkan Kabus Di Perbukitan oleh Mohamad Kholid Hamzah

Watak utama karya ini ialah Faridah. Satu konflik yang dihadapi oleh watak ini ialah
kematian orang-orang yang disayanginya iaitu adiknya Rahayu, ibunya dan suami pertamanya Ghazali. Faridah menghadapi segala konflik ini dengan tabah. Dia tidak membenarkan dirinya hanyut dalam sungai air mata. Sebaliknya dia berhijrah ke New Zealand, berkahwin semula dan berkeluarga di situ. Melalui usaha ini dia dapat melupakan segala peristiwa hitam yang telah memaliti hidupnya.

Jawapan berdasarkan Sutera Dalam Lukisan oleh Abd. Talib Hassan

Watak utama dalam karya ini ialah Bujei. Dia merupakan seorang pemuda yang mengalami tekann jiwa selepas kematian ibu dan neneknya dan dianggap sewel oleh orang-orang kampung. Bujei menangani konflik dalaman yang dihadapinya dengan membiarkan dirinya dilentur oleh seorang gadis yang mengambil berat tentang dirinya iaitu Adila. Dia mendengar kata-kata, nasihat dan pedoman Adila dan akhirnya memperoleh keyakinan diri serta mengubah perwatakannya. Bukan itu sahaja, dia juga dapar mengikis anggapan orang ramai bahawa dia sewel.


http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment