Sunday, August 25, 2013

Soalan ulang kaji novel 2013 SPM

Sebuah novel boleh menjadi petunjuk tentang pemikiran masyarakat. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan pemikiran masyarakat yang dapat anda perhatikan. [7 markah]

Jawapan berdasarkan Interlok oleh Abdullah Hussain
Pemikiran masyarakat yang dapat diperhatikan daripada karya ini ialah sikap segelintir penduduk desa yang tidak memahami
kepentingan pendidikan. Pak Musa sebagai contoh enggan menghantar anaknya Seman ke sekolah. Kesudahannya Seman membesar
sebagai seorang manusia buta huruf. Akibatnya dia tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja sebagai buruh bagi menyara
hidupnya selepas dewasa.
 
Selain itu karya ini juga mendedahkan pemikiran manusia yang lebih mementingkan kemanusiaan daripada perbezaan warna
kulit, bangsa dan agama. Pak Musa sebagai contoh telah membantu menyelamatkan Maniam daripad serangan sekumpulan orang
yang tidak dikenali. Bagitu juga Maniam tidak memikirkan tentang persoalan bangsa apabila membantu Seman mendapatkan
kerja di ladangnya.

Jawapan berdasarkan Kembara Amira oleh Amer Hamzah L. Kadir
Satu pemikiran masyarakat yang dapat diperhatikan dalam karya ini ialah sikap mereka yang suka hidup dalam kelompok sendiri
dan sukar menerima kehadiran orang yang berlainan keturunan dalam lingkungan mereka. Orang-orang Asli dalam cerita ini misalnya
tidak dapat menerima kehadiran Jennifer dalam kalangan mereka kerana warna kulit dan matanya yang berbeza.

Selain itu cerita ini juga mengetengahkan pemikiran masyarakat yang enggan membenarkan kuasa-kuasa asing meruntuhkan
amalan dan cara hidup warisan mereka. Orang-Orang Asli dalam cerita ini tidak mahu persekitaran mereka diganggu oleh orang
luar. Itulah sebbnya Tau, seorang Orang Asli cuba mempertahankan hutan itu dengan menyamar sebagai “lembaga” berbulu dan
menakutkan mereka yang berada di kawasan tersebut.

Jawapan berdasarkan Kabus Di Perbukitan oleh Mohamad Khalid Hamzah
Pemikiran masyarakat yang dapat diperhatikan dalam karya ini ialah kepentingan yang diberikan terhadap hubungan kekeluargaan.
Faridah misalnya mempunyai tempat yang khas di hatinya untuk adiknya Rahayu, suami pertamanya Ghazali dan ibunya.
Kehilangan mereka satu persatu meninggalkan kesan emosi yang mendalam terhadap watak ini.

Satu lagi pemikiran masyarakat yang dapat dikutip dalam karya ini ialah sanjungan manusia terhadap alam sekitar. Azrul misalnya
amat akrab dengan alam. Di menjalankan kempen kesedaran tentang alam sekitar dan bergerak aktif untuk menyelamatkan sungai
daripada pencemaran.

Jawapan berdasarkan Sutera Dalam Lukisan oleh Abd. Talib Hassan
Pemikiran masyarakat yang ketara dalam karya ini ialah sikap memandang hina terhadap golongan yang daif dan miskin. Bujei
yang dianggap tidak siuman dipermain-mainkan orang terutamanya oleh Alias. Dia membuli pemuda itu dan menyuruhnya
melakukan pelbagai kerja untuknya. Begitu juga Opah Arah sering menghina pemuda itu.

Satu lagi pemikiran masyarakat yang dapat diperhatikan dalam karya ini ialah sikap manusia yang sanggup melakukan apa sahaja
demi memperoleh harta. Harun, bapa tiri Bujei misalnya sanggup mendera isterinya dan Bujei sendiri dalam usahanya mengikis
segala kekayaan mereka.
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment