Tuesday, August 06, 2013

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon. Soalan 2 – Pemahaman

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon.
1. Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk mengesahkan kehendak soalan.

2. Setiap kali selesai menulis jawapan, perlu membandingkan dengan soalan, adakah jawapan tersebut tepat atau terpesong.

3. Teliti jumlah markah yang dicatatkan untuk setiap soalan kerana jumlah isi biasanya bergantung kepada jumlah markah. Sekiranya markah tiga, isi yang dikemukan dua atau tiga.

4. Setiap jawapan perlu pengukuhan huraian dan contoh. Dalan soalan komsas, calon perlu kemukakan contoh daripada peristiwa yang berlaku yang terdapat dalam cerita.

5. Soalan berkaitan komsas seperti nilai-nilai murni, pengajaran dan watak, berbeza penggunaan bahasanya. Contoh daripada kata kunci gigih; untuk menjawab soalan watak – seorang yang gigih, soalan nilai – kegigihan, soalan pengajaran – kita mestilah gigih berusaha.

6. Terdapat tiga laras soalan dalam setiap petikan:

i. Laras pemahaman – tahap ini menguji pemahaman calon terhadap petikan. Jawapannya juga boleh diperoleh daripada petikan.

ii. Laras analisis – bahagian ini menguji maksud perkataan/rangkai kata/ maksud ayat atau soalan-soalan komsas iaitu tema, persoalan, watak, nilai-nilai murni, pengajaran, latar, gaya bahasa, plot, dan teknik plot. Jawapannya boleh diperoleh sama ada dalam petikan atau daripada keseluruhan cerita. Jawapan untuk maksud rangkai kata mestilah berdasarkan petikan bukan mengikut maksud yang terdapat dalam kamus.

Laras kemahiran berfikir/pendapat – soalan ini menguji pendapat daripada calon. Calon perlu mengemukakan idea sendiri dan tidak boleh menceduk idea daripada petikan. Apabila mengemukakan idea, elakkan daripada mengulang isi dan kemukakan tiga idea berbeza.

Jawapan : Pemahaman (35 markah)
Soalan 2(a) : 9 markah
Soalan 2(b) : 9 markah
Soalan 2(c) : 8 markah
Soalan 2(d) : 9 markah

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment