Tuesday, August 06, 2013

Aspek Kelemahan calon. Soalan 1 – Rumusan.

Aspek Kelemahan calon.

1. Pendahuluan - calon tidak kemukakan tema mengikut isi, sebaliknya menukar kata kunci isi kepada perkataan sama maksud/sinonim. Calon tidak kemukakan kumpulan masyarakat/audians atau negeri/negara yang terlibat.

2. Isi tersurat - tidak lengkap kerana calon ambil sebahagian sahaja isi semata-mata untuk mengelakkan berlakunya lebihan perkataan, walhal calon sebenarnya meninggalkan isi yang penting menyebabkan markah untuk isi berkenaan berkurangan atau langsung tiada.

3. Calon mengemukakan isi yang tidak berkenaan kerana calon tidak faham arahan atau kehendak soalan.

4. Isi tersirat – calon kemukakan isi secara umum sahaja.

5. Isi yang dikemukan calon berulang walaupun ayatnya berbeza.

6. Isi terpesong daripada arahan soalan.

7. Isi tersirat diambil daripada petikan

8. Kesimpulan – calon tidak kemukakan cadangan dan harapan sebaliknya mengulas semula tajuk atau isi tersurat. Calon memetik isi
daripada petikan.

9. Calon mengemukakan cadangan secara umum tanpa menekankan apa cadangan tersebut. Contoh – Masyarakat perlu mengatasi masalah ini. Apa yang berkaitan masalah ini tidak dikemukakan. Sepatutnya calon menulis Masyarakat perlu mengatasi masalah gejala sosial agar …

10. Calon mengemukakan cadangan tanpa harapan. Contohnya; Masyarakat perlu mengatasi masalah gejala sosial ini. Sepatutnya Masyarakat perlu mengatasi masalah gejala sosial ini agar negara bebas daripada ancaman jenayah.

11. Calon menjawab lebih daripada 120 patah perkataan menyebabkan calon hilang markah kesimpulan.

sumber ; soalan ulang kaji SPM 2013 afterschool
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment