Monday, August 26, 2013

Soalan Ramalan Novel Bahasa Melayu SPM 2013

Soalan

ii) Pilih DUA BUAH novel yang anda pelajari. Bandingkan satu persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat dalam novel-novel tersebut.

Cadangan jawapan

Persamaan latar masyarakat bagi novel "Melunas Rindu" dengan novel "Kabus di Perbukitan" ialan memaparkan masyarakat Melayu yang taat dengan perintah agama Islam, sebagai contohnya dalam novel "Melunas Rindu" Ibu Fuad iaitu Mariana binti Osman ialah orang Melayu yang beragama Islam. Contoh yang kedua ialah perwatakan Fuad yang rajin mengaji al-quran bersama Pak Ismail serta solat berjemaah bersama masyarakat kampung.pada waktu Magrib dan Isyak di Surau Kampung Danau Seberang. Mereka juga merupakan orang Melayu dan penganut agama Islam yang setia.
Menerusi novel "Kabus di Perbukitan", Mejar (B) Kamarudin dan Salmah serta anak kembar mereka iaitu Fariah dan Rahayu juga merupakan golongan masyarakat Melayu yang taat perintah agama Islam._________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(pelajar boleh kongsikan jawapan anda. terima kasih)


Hasil kajian saya terhadap novel "Melunas Rindu" dan novel "Kabus di Perbukitan" saya dapati terdapat perbezaan latar masyarakat hasil penulisan kedua-dua pengarang tersebut bagi tujuan mengambarkan situasi sebenar keadaan masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia dan masyarakat majmuk di peringkat global. Sebagai contoh dalam novel "Melunas Rindu" terdapat masyarakat Melayu dan masyarakat Cina di Malaysia iaitu ibu Fuad, Mariana binti Osman berketurunan Melayu manakala ayah Fuad, iaitu Robert Lim berketurunan Cina. Selain itu Fuad juga besarkan oleh keluarga Cina dan Fuad tinggal bersama keluarga angkat Melayu iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. Menerusi novel "Kabus di Perbukitan" pengarang memaparkan masyarakat warga Malaysia, warga New Zealand dan warga Dubai. Sebagai contoh _________________________
_____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(pelajar boleh kongsikan jawapan anda. terima kasih)

"Beramal jariahlah dalam bentuk ilmu untuk bekalan akhirat"
sumber : Abd. Rahman Lo
 http://adf.ly/1okqV

Soalan Ramalan Novel Bahasa Melayu SPM 2013

Soalan ramalan

i) Bahagian klimaks merupakan bahagian yang paling menarik dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan DUA SEBAB bahagian klimaks novel itu menarik minat anda.

Cadangan jawapan Novel Melunas Rindu.

Berdasarkan novel "Melunas Rindu", bahagian klimaks manarik minat saya kerana penuh dengan unsur saspens.  Sewaktu berada di hospital, Fuad telah terpandang nama ibu Farhana yang tertera pada fail pesakit.  Namanya sama seperti nama ibu kandungnya iaitu Mariana binti Osman.  Fuad mula tertanya-tanya sama ada wanita tersebut merupakan ibunya atau tidak.  Sebagai pembaca, saya sendiri berasa berdebar-debar untuk mengetahui identiti sebenar wanita tersebut.

 Selain itu, bahagian klimaks novel menarik minat saya  kerana segala persoalan yang timbul akhirnya terjawab.  hal ini dapat dilihat ketika bapa Fuad iaitu Robert Lim yang datang ke hospital untuk memberikan cincin perkahwinannya kepada Fuad bagi membolehkan Fuad mencari  ibu kandungnya.  Kehadiran Robert Lim di hospital telah meleraikan segala kekusutan Fuad kerana bapanya sendiri mengesahkan bahawa ibu Farhana ialah bekas isterinya dan ibu kandung Fuad. Sebagai pembaca, saya berpuas hati dengan kenyataan tersebut.

http://adf.ly/1okqV

Sunday, August 25, 2013

PANTUN ILMU


Ambil tebu di tepi rumah,
Cabut ubi bersama akar,
Sedikit ilmu jika berhikmah,
Garam selaut menjadi tawar.

Cantik teluk pantainya landai,
Tambat perahu tepi kuala,
Biar buruk kain dipakai,
Asalkan ilmu penuh di dada.

Kain songket benang sutera,
Lipat sebelit buat selepang,
Ilmu yang banyak ibarat cahaya,
Walau sedikit menjadi terang.

Akar keranji dikerat-kerat,
Campur halia dibuat jamu,
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berilmu.

Cantik dipandang rumah Penghulu,
Kayu diukir dari papan,
Alang-alang menuntut ilmu,
Pasir sebutir menjadi intan.

Pohon sena tepi sempadan,
Tempat tupai menumpang lalu,
Bercerai nyawa dari badan,
Barulah putus petua guru.

Pergi berburu ke padang datar,
Dapat rusa patah kaki,
Kalau berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Singgah sebentar di Padang Keladi,
Datang dari Tanjung Karang,
Bagaimana ilmu nak menjadi,
Sudah dilanggar pantang larang.

Bawa panah orang berburu,
Tupai ada di pokok berangan,
Kalau sudah namanya berguru,
Ikutlah syarat dengan pegangan.

Dapat seekor ikan cencaru,
Kawan dengan gelama batu,
Sudah sedia petua guru,
Kalau mengira dari satu.

Kicau-kicau tiung batu,
Mari hinggap di dahan mati,
Kalau hidup tidak berilmu,
Kayu lurus dibuat titi.

Terbang lebah di hujung bendang,
Hinggap di dahan membuat sarang,
Banyak sudah dapat dipandang,
Tiada ilmu dihamba orang.

Jambu batu buah pedada,
Tepi sungai pokok sena,
Kalau ilmu tak ada di dada,
Orang maju kita merana.

 Kayu alang jenang pintu,
Dua hasta dicucur atap,
Alang-alang menuntut ilmu,
Sampai khatam menuras kitab.

Pasang jerejak jarang-jarang,
Buat birai condong ke barat,
Sudah lumrah dikata orang,
Ilmu penerang dunia akhirat.

Dapat seekor ikan belida,
Ikan terlepas serkapnya jarang,
Kalau ilmu penuh di dada,
Sampai mati disanjung orang.

Sarung ketupat di Padang Jambu,
Letak mari di sampiran kain,
Sudah adat orang berilmu,
Bagai lilin menerang yang lain.

Isi sagun di dalam botol,
Buat hidangan hari raya,
Kayu lurus dibuat bendul,
Tidak berilmu menjadi sahaya.

 Dari Jambi ke Majapahit,
Hujung Tanjung Datuk Kelana,
Bagai bumi dengan langit,
Berilmu disanjung bodoh dihina.

 Dari Muar ke bandar Tangkak,
Langsung sampai ke Padang Jambu,
Mahu ingat adik dan kakak,
Jangan jemu menuntut ilmu.

Singgah mari di pantai Klebang,
Orang menyambut hulubalang,
Saya berpesan wahai cik abang,
Jangan menuntut alang kepalang.

Terang-terang kalimantang,
Dari senja lampu dipasang,
Kalau malam isim yang datang,
Jadi gila ilmu dah songsang.

Beras diceduk tiga cawan,
Masak nasi disukat-sukat,
Maaf datuk ampun tuan,
Jangan belajar ilmu sesat.


Nasi melukut sayur keladi,
Lambat makan kuahnya basi,
Adat berilmu resmi padi,
Makin tunduk makin berisi.

Sayang Cik Siti menyampin kain,
Kain disampin pagi hari,
Orang berilmu bagai lilin,
Menerangkan orang membakar diri.

Singgah sekejap di Sungai Baru,
Orang Linggi ke Tanjung Tuan,
Sudah tersurat pesannya guru,
Ada ilmu panjang-panjangkan.
 
 Hujung serambi padang temu,
Terkelip-kelip api pelita,
Tidak jemu mencari ilmu,
Selagi ada mualim pendeta.

 Obor-obor sama pelita,
Masih dipasang tepi halaman,
Mualim pendeta sudah berkata,
Ilmu seluas lautan.

 Sulumpih buluh tajam sembilu,
Batang tebu beruas-ruas,
Baru ku tahu luasnya ilmu,
Lagi kutuntut bertambah luas.

Tambur Acheh gendang raya,
Sambut berangkat raja di Langkat,
Berapa panjang jalan raya,
Panjangnya ilmu tidak bersukat.

Kelip-kelip api seberang,
Malam gelap bulan tak timbul,
Boleh tak pelik orang sekarang,
Alif tegak dikatanya tunggul?

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
 http://adf.ly/1okqV

PANTUN GURU

Anak Cina pergi memburu,
Buruan dapat dibawa balik,
Hidup di dunia mesti berguru,
Agar dapat ilmu yang baik.

Pelita minyak tiap penjuru,
Hingga ke pagi tidak dialih,
Guru banyak perkara guru,
Berhati-hati waktu memilih.

Pergi memburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Kalau berguru kepalang ajar,
Seperti bunga kembang tak jadi.

Kalau ikut pergi memburu,
Elakkan diri ditikam onak,
Tidak ku tuntut ilmunya guru,
Kalau dirinya setengah masak.

Bawa senapang dengan peluru,
Masuk ke hutan hendak memburu,
Ilmu kau tuntut semalam lalu,
Jangan kau cuba melawan guru.
Pergi memburu ke hutan lama,
Dapat rusa di waktu pagi,
Kalau ilmu kudapat sama,
Usaha guru kusanjung tinggi.

Dari hulu bunyi terdengar,
Gendang rodat orang menari,
Dari dulu sudah kudengar,
Sudahkah dapat yang tuan cari.

Anak mengkarung di tepi hutan,
Berjaga-jaga jangan terpijak,
Sudah kuharung tujuh lautan,
Baru bertemu guru yang bijak.

Orang berempat turun membajak,
Duduk berehat di atas pangkin,
Kalau dah dapat guru yang bijak,
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin.

Dari Alai ke Padang Temu,
Hendak mengambil daun mengkuang,
Memang berhajat untuk berilmu,
Supaya tidak badan terbuang.

Turun ke laut janganlah jemu,
Walau mendapat si ikan parang,
Jika hidup tidak berilmu,
Memang hina dipandang orang.

Ambil pedoman si gunung Daik,
Kapal belayar menuju barat,
Bila mendapat guru yang baik,
Ilmu yang dapat menjadi berkat.

Kapal menuju sebelah barat,
Ke tanah seberang membawa halia,
Bila ilmu mendapat berkat,
Semua orang memandang mulia.

Jual halia bersama kentang,
Masak bersama sekati udang,
Guru yang mulia jika ditentang,
Hidup kita pasti kecundang.

Batu bernama si batu bata,
Tempat hinggap si burung balam,
Guru itu ibarat pelita,
Memberi cahaya setiap malam.

Jahit baju sama selendang,
Tidak cukup sebola benang,
Jasa guru mesti dikenang,
Barulah hidup bersenang lenang.

 Berlenggang lenggok si anak Minang,
Sambil membawa si daun palas,
Walau hidup bersenang lenang,
Jasa guru perlu dibalas.

Sayang pemburu memegang gelas,
Gelas dibuat dari kaca,
Jasa guru tak minta dibalas,
Cukup setakat mengenang jasa.

Lipat berbucu si daun tapai,
Hendak diisi beras sekal,
Pesan guru jangan diabai,
Jika hendak ilmunya kekal.

Tindih kasih jahitan baju,
Bila menjahit baju pendita,
Terima kasih kepada guru,
Tiada dia siapalah kita.

sumber :  Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia


http://adf.ly/1okqV

Soalan ramalan Sejarah SPM 2013

Kertas Dua

Tingkatan 4

1. Tamadun Awal Asia Tenggara
2. Islam di Asia Tenggara
3. Dasar British terhadap Ekonomi Negara

Tingkatan 5

1. Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
2. Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
3. Malaysia dalam kerjasama Antarabangsa


http://adf.ly/1okqV

Soalan ulang kaji ramlan SPM novel 2013

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara watak berkenaan mengatasi konflik tersebut. [7 markah]

Jawapan berdasarkan Interlok oleh Abdullah Hussain

Salah seorang watak utama dalam karya ini ialah Seman. Salah satu konflik yang dihadapi oleh watak ini ialah setelah kematian ayahnya dia menyedari hakikat segala harta yang selama ini disangka milik keluarganya rupa-rupanya merupakan milik orang lain. Cina Panjang yang telah membolot semua harta itu secara saha daripada arwah ayahnya memintanya meninggalkan rumah tersebut.
Seman menghadapi konflik tersebut dengan tabah. Dia tidak meminta-minta atau meraih simpati sesiapa pun. Sebaliknya dia meninggalkan kampung itu, mendapatkan kerja sebagai buruh ladang dan menyara kehidupan diri dan ibunya.

Jawapan berdasarkan Kembara Amira oleh Amer Hamzah L. Kadir

Watak utama dalam karya ini ialah Amira. Salah satu konflik yang dihadapi oleh watak ini ialah kehilangan sahabat yang baru dikenalinya Malique. Amera berhadapan dengan konflik ini dengan rasional. Menyedari tidak ada cara lain, dia telah menyertai kumpulan yang cuba
menjejaki Malique.

Jawapan berdasarkan Kabus Di Perbukitan oleh Mohamad Kholid Hamzah

Watak utama karya ini ialah Faridah. Satu konflik yang dihadapi oleh watak ini ialah
kematian orang-orang yang disayanginya iaitu adiknya Rahayu, ibunya dan suami pertamanya Ghazali. Faridah menghadapi segala konflik ini dengan tabah. Dia tidak membenarkan dirinya hanyut dalam sungai air mata. Sebaliknya dia berhijrah ke New Zealand, berkahwin semula dan berkeluarga di situ. Melalui usaha ini dia dapat melupakan segala peristiwa hitam yang telah memaliti hidupnya.

Jawapan berdasarkan Sutera Dalam Lukisan oleh Abd. Talib Hassan

Watak utama dalam karya ini ialah Bujei. Dia merupakan seorang pemuda yang mengalami tekann jiwa selepas kematian ibu dan neneknya dan dianggap sewel oleh orang-orang kampung. Bujei menangani konflik dalaman yang dihadapinya dengan membiarkan dirinya dilentur oleh seorang gadis yang mengambil berat tentang dirinya iaitu Adila. Dia mendengar kata-kata, nasihat dan pedoman Adila dan akhirnya memperoleh keyakinan diri serta mengubah perwatakannya. Bukan itu sahaja, dia juga dapar mengikis anggapan orang ramai bahawa dia sewel.


http://adf.ly/1okqV

Soalan ulang kaji ramalan SPM novel 2013

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan peringatan yang cuba disampaikan oleh pengarang melaluinya.  [7 markah]

Jawapan berdasarkan Interlok oleh Abdullah Hussain
Satu pengajaran yang terdapat dalam karya ini ialah kita dingatkan supaya berdikari ketika berhadapan dengan musibah. Seman
tidak mengharapkan bantuan sesiapapun apabila dia terpaksa meninggalkan rumahnya akibat angkara Cina Panjang. Sebaliknya
sebagai seorang lelaki yang bermaruah dan mempunyai harga diri, dia membawa ibunya keluar dari kampung itu dan mencari
pekerjaan lain. Seterusnya dia bekerja sebagai buruh ladang dan menyara diri dan ibunya.

Kita juga diingatkan supaya memikul tanggungjawab kita sebagai seorang anak. Tindakan Seman yang menjaga ibunya selepas
ketiadaan ayahnya harus dicontohi. Sejak kematian ayahnya, Seman mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya. Dia membawa
ibunya ke mana sahaja di pergi dan tidak pernah mengabaikan orang tua itu.

Jawapan berdasarkan Kembara Amira oleh Amer Hamzah L. Kadir
Melalui karya ini pengarang mengingatkan kita supaya saling menyayangi satu sama lain terutamanya anggota keluarga kita. Profesor
Zaidah dan Jennifer masing-masing mengasihi anak mereka iaitu Amira dan Malique. Profesor Zaidah misalnya menyesali
sikapnya yang kurang memberikan perhatian terhadap Amira setelah Amira hampir lemas.

Kita juga harus bertanggungjawab dan komited terhadap tugasan kita sebagaimana Profesor Zaidah komited terhadap tugasannya
sebagai seorang ahli arkeologi. Beliau tidak berputus asa walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah seperti gangguan pihak
yang tidak diketahui terhadap tapaknya dan kewujudan satu “lembaga” yang tidak diketahui.

Jawapan berdasarkan Kabus Di Perbukitan oleh Mohamad Khalid Hamzah
Melalui karya ini pengarang mengingatkan kita, terutamanya mereka yang memegang peranan sebagai ketua keluarga supaya bertanggungjawab
terhadap kebajikan ahli keluarganya. Tindakan Mejar (B) Kamarudin yang berusaha gigih mencari Faridah yang
hilang selepas kemalangan harus dicontohi.

Selain itu kita juga diingatkan agar bersikap berdikari dan mempunyai wawasan untuk maju dalam hidup tanpa mengharapkan
bantuan pihak lain. Kita harus mencontohi tekad Azrul yang enggan bekerja makan gaji sebaliknya mengusahan perniagaan
sendiri setelah menamatkan pengajian di universiti.

Jawapan berdasarkan Sutera Dalam Lukisan oleh Abd. Talib Hassan
Melalui karya ini pengarang mengingatkan kita agar mengamalkan nilai baik hati dan cuba membantu mereka yang memerlukannya.
Pendek kata kita harus bersimpati terhadap golongan yang daif dan tidak mengabaikan kebajikan mereka. Dalam hal ini
Sikap Mak Lamah yang sering memberi makanan kepada Bujei harus dicontohi.

Selain itu pengarang juga seolah-olah berseru kepada kita agar mengutamakan kemanusiaan dan bukannya kebendaan. Kita tidak
harus tamak akan harta orang dan cuba membolot sesuatu yang bukan milik kita. Dal soal ini kita harus mengelakkan diri daripada
mencontohi Harun yang cuba sedaya upaya untuk membolot harta yangd iwarisi oleh Bujei daripada ibu bapanya.


http://adf.ly/1okqV

Soalan ulang kaji novel 2013 SPM

Sebuah novel boleh menjadi petunjuk tentang pemikiran masyarakat. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan pemikiran masyarakat yang dapat anda perhatikan. [7 markah]

Jawapan berdasarkan Interlok oleh Abdullah Hussain
Pemikiran masyarakat yang dapat diperhatikan daripada karya ini ialah sikap segelintir penduduk desa yang tidak memahami
kepentingan pendidikan. Pak Musa sebagai contoh enggan menghantar anaknya Seman ke sekolah. Kesudahannya Seman membesar
sebagai seorang manusia buta huruf. Akibatnya dia tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja sebagai buruh bagi menyara
hidupnya selepas dewasa.
 
Selain itu karya ini juga mendedahkan pemikiran manusia yang lebih mementingkan kemanusiaan daripada perbezaan warna
kulit, bangsa dan agama. Pak Musa sebagai contoh telah membantu menyelamatkan Maniam daripad serangan sekumpulan orang
yang tidak dikenali. Bagitu juga Maniam tidak memikirkan tentang persoalan bangsa apabila membantu Seman mendapatkan
kerja di ladangnya.

Jawapan berdasarkan Kembara Amira oleh Amer Hamzah L. Kadir
Satu pemikiran masyarakat yang dapat diperhatikan dalam karya ini ialah sikap mereka yang suka hidup dalam kelompok sendiri
dan sukar menerima kehadiran orang yang berlainan keturunan dalam lingkungan mereka. Orang-orang Asli dalam cerita ini misalnya
tidak dapat menerima kehadiran Jennifer dalam kalangan mereka kerana warna kulit dan matanya yang berbeza.

Selain itu cerita ini juga mengetengahkan pemikiran masyarakat yang enggan membenarkan kuasa-kuasa asing meruntuhkan
amalan dan cara hidup warisan mereka. Orang-Orang Asli dalam cerita ini tidak mahu persekitaran mereka diganggu oleh orang
luar. Itulah sebbnya Tau, seorang Orang Asli cuba mempertahankan hutan itu dengan menyamar sebagai “lembaga” berbulu dan
menakutkan mereka yang berada di kawasan tersebut.

Jawapan berdasarkan Kabus Di Perbukitan oleh Mohamad Khalid Hamzah
Pemikiran masyarakat yang dapat diperhatikan dalam karya ini ialah kepentingan yang diberikan terhadap hubungan kekeluargaan.
Faridah misalnya mempunyai tempat yang khas di hatinya untuk adiknya Rahayu, suami pertamanya Ghazali dan ibunya.
Kehilangan mereka satu persatu meninggalkan kesan emosi yang mendalam terhadap watak ini.

Satu lagi pemikiran masyarakat yang dapat dikutip dalam karya ini ialah sanjungan manusia terhadap alam sekitar. Azrul misalnya
amat akrab dengan alam. Di menjalankan kempen kesedaran tentang alam sekitar dan bergerak aktif untuk menyelamatkan sungai
daripada pencemaran.

Jawapan berdasarkan Sutera Dalam Lukisan oleh Abd. Talib Hassan
Pemikiran masyarakat yang ketara dalam karya ini ialah sikap memandang hina terhadap golongan yang daif dan miskin. Bujei
yang dianggap tidak siuman dipermain-mainkan orang terutamanya oleh Alias. Dia membuli pemuda itu dan menyuruhnya
melakukan pelbagai kerja untuknya. Begitu juga Opah Arah sering menghina pemuda itu.

Satu lagi pemikiran masyarakat yang dapat diperhatikan dalam karya ini ialah sikap manusia yang sanggup melakukan apa sahaja
demi memperoleh harta. Harun, bapa tiri Bujei misalnya sanggup mendera isterinya dan Bujei sendiri dalam usahanya mengikis
segala kekayaan mereka.
http://adf.ly/1okqV

Latihan Ulang kaji Ramalan SPM Bahasa Melayu 2013 Seloka Si Luncai

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawap soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Seloka Si Luncai
Md. Ali Bachik (ILADAM) (Penyelenggara)

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan …
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tidak mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan …!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dn Pustaka, 2010

i. Apakah sikap Si Luncai yang dapat anda simpulkan daripada puisi ini? [3 markah]
ii. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada individu yang mempunyai sikap seperti Si Luncai? [3 markah]
iii. Nyatakan tiga gaya bahasa yang ketara dalam puisi ini? [3 markah]

Cadangan jawapan
i. Sikap Si Luncai yang dapat disimpulkan ialah dia merupakan seorang individu yang mempunyai segala-galanya tetapi tidak
mempunyai dorongan untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin.
[3 markah]
ii.  Pada pendapat saya, individu seperti Si Luncai akan membiarkan segala kelebihan yang dimilikinya terlepas daripada tangannya.
Akhirnya dia akan hidup melarat.
[3 markah]
iii. Satu gaya bahasa yang ketara dalam puisi ini ialah pengulangan kata pada awal baris atau anafora. Ini dapat diperhatikan
melalui pengulangan kata “Ada” pada baris kedua hingga ke baris ke sepuluh. Selain itu terdapat juga gaya bahasa responsi iaitu
pengulangan kata pada pertengahan baris puisi. Ini dapat diperhatikan melalui pengulangan kata “tidak” pada baris kedua dan
ketiga. Satu lagi gaya bahasa yang ketara ialah epifora iaitu pengulangan kata pada penghujung baris-baris puisi. Hal ini dapat
diperhatikan melalui pengulangan kata “ biarkan” pada baris pertama dan ke sebelas.
[3 markah]



http://adf.ly/1okqV

Latihan Ulang kaji Ramalan SPM Bahasa Melayu 2013

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawap soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Makna Riak
Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)


Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.


Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.


Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.


Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.


Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.


Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.


Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.


Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.


Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dn Pustaka, 2010

i. Apakah tujuan sesetengah individu itu memperkatakan hal-hal mantik? [3 markah]
ii. Pada pendapat anda, apakah keperibadian yang akan dimiliki oleh seseorang individu yang ikhlas dalam mengerjakan suruhan agamanya? [3 markah]
iii. Nyatakan tiga persoalan yang terkandung dalam puisi ini. [3 markah]

Cadangan jawapan

i. Tujuan individu itu berbuat demikian adalah supaya masyarakat menganggap dirinya bijak pandai dan memberikannya sesuatu
ganjaran.
[3 markah]
ii. Individu sedemikian tidak akan menunjuk-nunjukkan segala ibadah yang dilakukannya kepada orang ramai. Selain itu dia juga
tidak akan berlagak pandai tetapi sebaliknya akan sentiasa bersedia untuk mendengar pandangan dan nasihat daripada orang yang
lebih tahu daripadanya. Di samping itu dia juga tidak akan mengharapkan sebarang ganjaran daripada manusia sebaliknya menyerahkan
untung rugi segala amalannya kepada Tuhan.
[3 markah]
iii. Satu persoalan dalam puisi ini ialah sikap manusia yang beribadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk dibenci Tuhan. Selain
itu terdapat juga persoalan sikap manusia yang berpura-pura beriman bagi mendapatkan pujian dan ganjaran daripada manusia.
Satu lagi persoalan dalam puisi ini ialah sikap sesetengah manusia yang menampilkan keimanan kerana ingin menjadi ketua.
[3 markah]


http://adf.ly/1okqV

Tuesday, August 06, 2013

ANALISIS SOALAN RUMUSAN SPM 2008 -2012

TAHUN 2008
Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas

 TAHUN 2009
Tidur dari segi saintifik

TAHUN 2010
Faedah-faedah makan choklat

TAHUN 2011
Kepentingan bahasa kebangsaan

TAHUN 2012
Kepentingan bahasa kebangsaan

http://adf.ly/1okqV

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon. Soalan 4 – Novel

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon.

1. Calon perlu menguasai kedua-dua novel yang dipelajari semasa di tingkatan empat dan tingkatan lima agar boleh memilih novel yang lebih dikuasai.

2. Calon perlu tahu jalan cerita dan mengenali watak terutama watak penting secara terperinci untuk memudahkan calon mengemukakan contoh sebagai bukti.

3. Calon perlu mengemukakan contoh beserta huraian kerana tanpa contoh, calon tidak akan memperoleh markah.

4. Menggelakkan daripada melakukan kesalahan bahasa supaya markah bahasa tidak ditolak.

sumber : soalan ulang kaji SPM 2013 afterschool
http://adf.ly/1okqV

Aspek kelemahan calon. Soalan 4 – Novel

Aspek kelemahan calon.

1. Calon tidak mengemukakan contoh dan huraian atau calon memberi contoh yang umum atau salah.

2. Calon tidak menguasai cerita menyebabkan isi yang dijawab setakat ala kadar.

3. Teknik menjawab salah. Contoh, soalan mengkehendaki calon mengemukan watak, tetapi calon menjawab dalam bentuk nilai murni iaitu sepatutnya ‘wataknya seorang yang penyayang’ tetapi calon menjawab ‘watak sayang-menyayangi’.

4. Soalan perbandingan, calon tidak bandingkan antara kedua-dua novel.
sumber ; soalan ulang kaji SPM 2013 afterschool
http://adf.ly/1okqV

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon. Soalan 2 – Pemahaman

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon.
1. Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk mengesahkan kehendak soalan.

2. Setiap kali selesai menulis jawapan, perlu membandingkan dengan soalan, adakah jawapan tersebut tepat atau terpesong.

3. Teliti jumlah markah yang dicatatkan untuk setiap soalan kerana jumlah isi biasanya bergantung kepada jumlah markah. Sekiranya markah tiga, isi yang dikemukan dua atau tiga.

4. Setiap jawapan perlu pengukuhan huraian dan contoh. Dalan soalan komsas, calon perlu kemukakan contoh daripada peristiwa yang berlaku yang terdapat dalam cerita.

5. Soalan berkaitan komsas seperti nilai-nilai murni, pengajaran dan watak, berbeza penggunaan bahasanya. Contoh daripada kata kunci gigih; untuk menjawab soalan watak – seorang yang gigih, soalan nilai – kegigihan, soalan pengajaran – kita mestilah gigih berusaha.

6. Terdapat tiga laras soalan dalam setiap petikan:

i. Laras pemahaman – tahap ini menguji pemahaman calon terhadap petikan. Jawapannya juga boleh diperoleh daripada petikan.

ii. Laras analisis – bahagian ini menguji maksud perkataan/rangkai kata/ maksud ayat atau soalan-soalan komsas iaitu tema, persoalan, watak, nilai-nilai murni, pengajaran, latar, gaya bahasa, plot, dan teknik plot. Jawapannya boleh diperoleh sama ada dalam petikan atau daripada keseluruhan cerita. Jawapan untuk maksud rangkai kata mestilah berdasarkan petikan bukan mengikut maksud yang terdapat dalam kamus.

Laras kemahiran berfikir/pendapat – soalan ini menguji pendapat daripada calon. Calon perlu mengemukakan idea sendiri dan tidak boleh menceduk idea daripada petikan. Apabila mengemukakan idea, elakkan daripada mengulang isi dan kemukakan tiga idea berbeza.

Jawapan : Pemahaman (35 markah)
Soalan 2(a) : 9 markah
Soalan 2(b) : 9 markah
Soalan 2(c) : 8 markah
Soalan 2(d) : 9 markah

http://adf.ly/1okqV

Aspek kelemahan calon. Soalan 2 – Pemahaman

Aspek kelemahan calon.

1. Calon tidak membaca arahan soalan dan tidak meneliti kehendak soalan.

2. Calon hanya mengemukakan satu isi sahaja sedangkan markah yang diperuntukkan ialah tiga.

3. Bahagian soalan laras pemahaman, calon kemukakan idea sendiri sedangkan jawapan terdapat dalam petikan.

4. Calon hanya kemukan isi sahaja tanpa huraian dan contoh.

5. Ayat calon tidak gramatis menyebabkan calon kehilangan markah bahasa.

sumber :  http://afterschool.my/spm/
http://adf.ly/1okqV

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon. Soalan 1 – Rumusan.

1. Kata kunci bahagian pendahuluan ditukarkan kepada tema atau pokok persoalan. Contoh pendahuluan; Sekiranya isi petikan menyatakan kesan positif - Petikan menyatakan kebaikan/faedah/manfaat/kepentingan...dalam kalangan masyarakat/ orang ramai@di Malaysia/di negara kita/di peringkat global/di peringkat antarabangsa. Sekiranya dalam isi petikan menyatakan kesan negatif – Petikan menyatakan keburukan/impak negatif...dalam kalangan...

2. Arahan untuk isi tersirat tidak perlu dinyatakan dalam pendahuluan.

3. Ayat yang terkandung dalam satu-satu isi perlulah diambil sepenuhnya termasuk contoh untuk mengelakkan daripada tertinggalnya isi penting.

4. Cuba kemukakan enam isi tersurat dan dua isi tersirat kerana isi tersurat yang terkandung dalam petikan lebih tepat manakala isi tersirat daripada idea sendiri adakalanya tidak menepati kehendak soalan atau terpesong atau berulang.

5. Disarankan bahagian kesimpulan gunakan kata kunci Kesimpulan/Oleh itu,……agar/supaya…

6. Sekiranya perkataan lebih daripada 120 jangan edit daripada isi tersurat. Ini bertujuan menggelakkan daripada meninggalkan isi yang penting dalam isi tersurat sebaliknya calon boleh mengolah semula isi tersirat supaya lebih ringkas tetapi padat untuk menepati 120 patah
perkataan.

sumber ; http://afterschool.my/spm/
http://adf.ly/1okqV

Aspek Kelemahan calon. Soalan 1 – Rumusan.

Aspek Kelemahan calon.

1. Pendahuluan - calon tidak kemukakan tema mengikut isi, sebaliknya menukar kata kunci isi kepada perkataan sama maksud/sinonim. Calon tidak kemukakan kumpulan masyarakat/audians atau negeri/negara yang terlibat.

2. Isi tersurat - tidak lengkap kerana calon ambil sebahagian sahaja isi semata-mata untuk mengelakkan berlakunya lebihan perkataan, walhal calon sebenarnya meninggalkan isi yang penting menyebabkan markah untuk isi berkenaan berkurangan atau langsung tiada.

3. Calon mengemukakan isi yang tidak berkenaan kerana calon tidak faham arahan atau kehendak soalan.

4. Isi tersirat – calon kemukakan isi secara umum sahaja.

5. Isi yang dikemukan calon berulang walaupun ayatnya berbeza.

6. Isi terpesong daripada arahan soalan.

7. Isi tersirat diambil daripada petikan

8. Kesimpulan – calon tidak kemukakan cadangan dan harapan sebaliknya mengulas semula tajuk atau isi tersurat. Calon memetik isi
daripada petikan.

9. Calon mengemukakan cadangan secara umum tanpa menekankan apa cadangan tersebut. Contoh – Masyarakat perlu mengatasi masalah ini. Apa yang berkaitan masalah ini tidak dikemukakan. Sepatutnya calon menulis Masyarakat perlu mengatasi masalah gejala sosial agar …

10. Calon mengemukakan cadangan tanpa harapan. Contohnya; Masyarakat perlu mengatasi masalah gejala sosial ini. Sepatutnya Masyarakat perlu mengatasi masalah gejala sosial ini agar negara bebas daripada ancaman jenayah.

11. Calon menjawab lebih daripada 120 patah perkataan menyebabkan calon hilang markah kesimpulan.

sumber ; soalan ulang kaji SPM 2013 afterschool
http://adf.ly/1okqV

Aspek kelemahan calon. Kertas Satu – Bahagian B

Aspek kelemahan calon.
1. Calon menjawab kurang daripada 350 patah perkataan menyebabkan isi kurang dan huraian tidak lengkap. Kurang daripada 350 patah perkataan juga akan mempengaruhi markah.

2. Calon tidak kembangkan isi dan kemukakan satu contoh dan satu huraian sahaja untuk setiap isi.

3. Calon kemukakan terlalu banyak isi tetapi hanya dihuraikan secara umum tanpa diolah.

4. Calon menjawab soalan yang memerlukan pengetahuan yang luas sedangkan pengetahuan calon agak terhad. Contohnya soalan berkenaan penyakit berbahaya calon cuma tahu berkenaan satu atau dua jenis penyakit sahaja.

5. Calon mengemukakan peribahasa yang salah atau tidak sesuai atau langsung tidak menyatakan peribahasa.

6. Idea calon terpesong daripada kehendak soalan.

7. Calon menggunakan perkataan yang berulang dan tidak variasi. Penanda wacana dan ungkapan juga tidak menarik.

sumber ; ulang kaji SPM 2013 aftershcool
http://adf.ly/1okqV

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon. Kertas Satu – Bahagian B

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon.

1. Ayat yang digunakan perlulah pendek dan jelas untuk mengelakkan berlakunya kesalahan bahasa.

2. Gunakan tanda bacaan yang betul serta penanda wacana yang bersesuaian untuk menunjukkan ada kesinambungan antara isi terdahulu dengan isi seterusnya.

3. Cuba hasilkan karangan yang melebihi 350 patah perkataan tetapi menepati kehendak soalan dan untuk menghasilkan karangan yang lengkap setiap isi memerlukan sekurang-kurangnya dua huraian beserta dua contoh.

4. Sertakan antara dua hingga tiga peribahasa dan lebih ideal sekiranya karangan ditutup dengan peribahasa yang bersesuaian.

5. Corak soalan masa kini lebih menjurus kepada laras soalan. Iaitu soalan berkaitan individu, aspek kekeluargaan, berkenaan kemasyarakatan, peringkat kebangsaan atau antarabangsa, dan soalan kelima, aspek kesusasteraan. Sekiranya calon kurang mahir atau kurang ilmu pengetahuan berkenaan isu semasa peringkat kebangsaan atau antarabangsa elakkan daripada menjawab soalan tersebut
kerana untuk menjawab soalan ini calon perlu ada pengetahuan bukan sahaja peringkat dalam negeri malah sehingga ke peringkat global. Oleh itu, pilihlah soalan yang calon paling arif berkenaannya.

6. Soalan no 5 iaitu berkaitan kesusasteraan, hanya calon yang mahir dalam bahasa yang puitis dan mempunyai imaginasi yang tinggi atau mahir mengulas sesuatu isu sahaja digalakkan menjawab soalan ini.

7. Terkini, soalan yang dikemukakan lebih menjuruskan kepada pengetahuan umum yang menyebabkan calon perlu membaca lebih berkenaan isu-isu semasa.

sumber : ulang kaji SPM 2013 afterschool
http://adf.ly/1okqV

Terdapat beberapa aspek kelemahan yang perlu calon elakkan semasa menjawab soalan Bahagian A

Aspek kelemahan calon.

1. Calon menjawab terlalu panjang menyebabkan calon mengambil masa yang lama iaitu melebihi 45 minit seperti yang disarankan. Keadaan ini menyebabkan calon panik apabila kesuntukkan masa untuk menjawab soalan Bahagian B.

2. Calon menjawab soalan semata-mata berpandukan gambar tanpa kembangkan idea menyebabkan isi calon tidak bercambah dan agak dangkal.

3. Isi yang calon kemukakan terpesong daripada soalan, contohnya dalam arahan memerlukan calon menyatakan faedah, tetapi calon mengemukakan langkah.

4. Calon mengemuka semua fakta seperti punca, kesan, dan langkah walhal arahan dalam soalan tersebut ialah contohnya, faedah.

sumber : ulang kaji SPM 2013 afterschool
http://adf.ly/1okqV

Tips untuk mendapatkan markah yang baik dalam Bahagian A.

1. Calon perlu menjawab mengikut arahan soalan. Sekiranya arahan memerlukan calon mengemukakan faktor, isi berkenaan faktor perlulah dikemukakan, begitu juga sekiranya kesan, kemukakan pendapat berkenaan kesan sebagai isi.

2. Calon dibenarkan menjawab melebihi 250 patah perkataan, walau bagaimanapun, calon dinasihatkan supaya tidak menjawab sehingga melebihi 300 patah perkataan kerana kemahiran bahasa calon dinilai melalui ketepatan calon membina ayat penanda wacana, dan
penggunaan perkataan yang variasi. Calon perlu menepati masa menjawab yang dicadangkan iaitu 45 minit agar boleh menumpukan perhatian kepada Bahagian B nanti.

3. Perlu ada pendahuluan dan kesimpulan tetapi secara ringkas sahaja.

4. Tidak perlu menulis tajuk karangan.

5. Boleh gunakan penanda wacana yang menarik serta ungkapan yang indah, namun bataskan penggunaanya supaya bahasa tidak menjadi terlalu puitis dan meleret-leret.

6. Kemukakan satu atau dua peribahasa yang bersesuaian tetapi jangan terlalu lewah dengan peribahasa sehingga menghilangkan keindahan bahasanya. Sebaik-baiknya peribahasa mengakhiri karangan supaya menjadi penutup yang berkesan terhadap isi karangan.

7. Beri perhatian terhadap arahan soalan kerana dalam arahan tersebut terkandung isi yang sepatutnya calon huraikan.
sumber : soalan ulang kaji SPM 2013 afterschool
http://adf.ly/1okqV

Saturday, August 03, 2013

Soalan Ulangkaji SPM 2013



http://adf.ly/1okqV

The Lone Ranger (2013)




 Release Name: The.Lone.Ranger.2013.HDTS.x264-nItRo
Release Date: 9th July 2013
Filename: The.Lone.Ranger.2013.HDTS.x264-nItRo.mkv
Source: HDTS XViD-UNiQUE
Size: 572 MB
Genre: Action | Adventure | Western
Video: 720x338 | 569 kbps | 24.000 fps
Audio: English | AC3
Subs: N/A
IMDB Rating: 6.7/10 from 12,943 users
RT Critics: 5/10
Directed By: Gore Verbinski
Starring: Johnny Depp, Armie Hammer, William Fichtner
Plot:
Native American warrior Tonto recounts the untold tales that transformed John Reid, a man of the law, into a legend of justice.




http://adf.ly/1okqV