Thursday, May 30, 2013

CONTOH KARANGAN 2013 DIMENSI PELAJAR

Fenomena ponteng sekolah pada hari ini semakin meningkat. Walaupun pelbagai langkah telah dijalankan oleh pihak sekolah, namun masalah ini seolah-olah tiada penghujungnya.
Bincangkan.

Pengenalan
Sekolah merupakan tempat menimba ilmu dalam kalangan pelajar untuk
menjadi generasi yang cemerlang.
- seharusnya rajin ke sekolah untuk menimba ilmu daripada guru-guru yang berwibawa
- namun begitu dari hari ke hari ramai pelajar yang ponteng sekolah
- sanggup menghabiskan masa dengan melepak di kafe siber atau di pusat beli-belah

Isi-isi Penting
Pelbagai faktor dikenalpasti yang mewujudkan masalah ini.
- kurang pemantauan dan pengawasan daripada ibu bapa.
- jarang datang ke sekolah untuk mengikuti perkembangan pelajaran anakanak mereka
- hanya menumpukan perhatian terhadap pekerjaan mereka masing-masing

Terpengaruh dengan hasutan rakan-rakan sebaya turut berlaku.
- berasa bimbang jika dipinggirkan atau dipulaukan
- megah jika dapat bergaul dengan golongan yang bermasalah ini
- berasa seronok dan tidak terbeban dengan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru

Pengajaran dan pembelajaran di sekolah amat menjemukan
- guru-guru tidak mengajar dengan menarik tetapi membosankan
- sering berleter dan memarahi para pelajar
- berasa tertekan dan akhirnya suka ponteng sekolah

Peraturan di sesebuah sekolah agak longgar dan tidak ketat.
- para pelajar yang ponteng tidak diambil tindakan
- guru bersifat lepas tangan dan tidak prihatin
- masalah ini semakin menular dalam kalangan pelajar

Keluarga yang kucar-kacir dan tidak harmoni turut menjadi penyebab kepada masalah ini.
- ibu bapa sering bergaduh di rumah dan menyebabkan jiwa para pelajar tidak tenteram
- gagal belajar dengan baik di rumah dan gagal menyiapkan segala kerja rumah yang
diberikan
- ponteng sekolah kerana takut dimarahi oleh guru-guru mereka

Penutup
Masalah ponteng sekolah mestilah diatasi dengan segera.
- menyebabkan pelajar gagal dalam peperiksaan
- mempunyai masa depan yang gelap dan mudah terjebak dalam gejala negatif
- negara gagal untuk melahirkan generasi yang cemerlang

http://www.andrewchoo.edu.my
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment