Thursday, May 30, 2013

CONTOH KARANGAN 2013 DIMENSI IBU BAPA

SOALAN 1:

Anak-anak yang cergas pasti menjana kejayaan yang cemerlang dalam bidang
akademik. Bincangkan peranan ibu bapa dalam memastikan kesihatan anak mereka terjamin

Peranan Ibu Bapa Dalam Menjamin Kesihatan Anak-anak

Pengenalan
Kesihatan amat penting dalam melayari kehidupan ini.
- perlu dititikberatkan sejak kecil lagi
- aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar
- kesihatan yang baik amat penting

Idea-idea Utama
Ibu bapa mestilah mengambil peranan utama dalam memastikan kesihatan
anak mereka terjamin.
- menyediakan makanan yang berprotein dan berkhasiat tinggi.
- perlu diberikan terutama sejak di peringkat kanak-kanak
- membesar dengan sempurna tanpa gangguan sebarang penyakit

Menggalakkan anak-anak mereka bersenam pada setiap hari.
- bergiat aktif dalam bidang sukan terutama di sekolah
- membawa anak-anak mereka beriadah pada hujung minggu
- badan mereka berpeluh dan situasi ini baik untuk kesihatan

Menasihati anak-anak mereka agar tidak mengamalkan tabiat yang buruk.
- menghidu gam,menghisap rokok mahupun meminum arak
- merosakkan sistem badan dan mudah diserang pelbagai jenis penyakit
- tidak menjadi ketagih hingga di peringkat dewasa

Memastikan anak-anak mereka melakukan aktiviti yang berfaedah dari aspek kesihatan.
- tidak membuang masa dengan tidur mahupun hanya bermain permainan video
- mudah diserang obesiti tanpa disedari dan akhirnya bersifat malas
- tidak aktif dan sentiasa lembab dalam melakukan sesuatu perkara.

Mengurangkan makan di luar terutama di restoran makanan segera.
- makanan yang dimakan memiliki kandungan kolestrol yang tinggi
- tinggi pasti akan kebersihan makanan tersebut
- diletakkan banyak perasa dalam usaha melazatkan makanan tersebut.

Penutup
Amalan pemakanan yang baik penting dalam kehidupan.
- kesihatan benar-benar terjamin dan sukar dihinggap penyakit
- menanamkan amalan menjaga kesihatan kepada anak-anak
- hidup dengan bahagia dan pastinya apa yang kita impikan akan tercapai.

http://www.andrewchoo.edu.my
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment