Friday, April 05, 2013

Teknik Plot dan Teknik Penceritaan adalah dua perkara yang berbeza.

TEKNIK PLOT merupakan satu teknik atau cara pengarang mengemukakan satu-satu peristiwa yang mempengaruhi plot sama ada plot satu-satu cerpen itu mengikut kronologi atau tidak. Atau kejutan dan suspens yang membuatkan plot berkembang atau memuncak.

TEKNIK PENCERITAAN pula adalah kaedah pengarang menyampaikan cerita. Di luar bidang KOMSAS, bagaimana carita disampaikan..? Ada melalui lagu, ada melalui syair, ada melalui pantun dan ada melalui dialog DJ radio. Begitu juga dalam satu-satu tulisan bentuk cereka. Dalam aspek penulisan untuk menyampaikan cerita, pengarang menggunakan beberapa kaedah atau teknik iaitu melalui dialog watak, monolog luaran watak, monolog dalaman watak atau penceritaan terus daripada pengarang sendiri/pemerian.

sumber :
http://komsas-spm.blogspot.com/2012/02/teknik-plot-dan-teknik-penceritaan.html

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment