Thursday, April 11, 2013

Persoalan yang terdapat dalam novel Kembara Amira

Kasih sayang seorang bapa/ibu terhadap anak
Tau sangat merindui anaknya, Sabi yang dilarikan oleh isterinya, Ipah. Tau masih dapat mengenalinya meskipun anak itu sudah besar dan ditukarkan nama kepada Malique. Profesor Zaidah sangat menyayangi Amira dan amat risau akan keselamatan anaknya, semasa Amira membantu mencari Malique.

Sikap mementingkan diri dan keuntungan
Tindakan O’hara yang terus berusaha membuktikan kawasan tersebut mempunyai emas akan menyebabkan kawasan itu musnah kesan aktiviti perlombongan emas.

Kepentingan teknologi maklumat
Amira membantu ibunya mengemas kini e-mel ibunya itu dengan memasukkan penemuan-penemuan arkeologi yang baharu.

Sikap saling membantu
Itai, Amira, Jacinta, Roslan dan Pak Lias saling membantumencari Malique yang hilang setelah dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras.

Sahabat yang setia
Amira sanggup mengikut Itai mencari sebutir emas untuk dijadikan hadiah buat Jacinta yang berharap mendapat sesuatu apabila mengikut Amira ke Desa Karpus. Dia juga berhasrat untuk menghiburkan Jacinta yang bermasalah dengan bapanya.

Taat kepada perintah agama
Segera mengqadakan solat Subuh yang tidak dapat ditunaikan ketika di dalam kereta api.

Penyayang
Bercakap lemah-lembut dengan ibunya.
Amira sangat menyayangi Jacinta, sahabatnya dengan sanggup ke lubuk emas mencari batu emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta.

Suka akan cabaran
Amira seronok dapat bersama-sama ibunya ke tapak kajian arkeologi kerana suka akan cabaran.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment