Thursday, April 11, 2013

Latar tempat yang terdapat dalam novel Sutera Dalam Lukisan


1. Di tebing sungai
Bujei dihurung oleh agas-agas dan nyamuk yang semakin galak lewat petang ketika berada di tepi sungai.

2. Rumah Fatimah
Harun menyepak pelita minyak tanah sehingga menyebabkan kebakaran dan kematian Fatimah.

3. Rumah nenek
Bujei balik ke rumah neneknya setelah ditegur oleh Sidang Saman ketika dia berendam di dalam sungai.

4. Pangkal pokok
Bujei duduk bersandar di pangkal pokok sambil menunggu kanak-kanak sekolah yang lalu-lalang di situ sehingga akhirnya dia terlelap.

5. Pintu pagar sekolah

Bujei menghantar kanak-kanak sekolah sehingga ke pintu pagar sekolah sambil memesan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh.

6. Kedai Pak Sulong
Bujei melewati Kedai Pak sulong untuk meraih simpati dan mengharapkan pelawaan daripada pelanggan di situ.

7. Rumah Mak Usu Bakyah
Same’ah dan Adila bertandang ke rumah Mak Usu Bakyah dan berbual-bual panjang sehingga larut malam.

8. Di pekan
Samsul membawa Bujei ke pekan untuk menggunting rambut,membeli radio,jam dan pakaian

9. Rumah ibu bapa Adila
Adila berbincang dengan ayahnya tentang masa depan dan pekerjaannya sebagai pensyarah ketika Adila balik ke rumah ibu bapanya di Kuala Lumpur

10. Rumah Sidang Saman
Adila tinggal bersama-sama keluarga Sidang Saman sementara menunggu dan membantu menjayakan majlis perkahwinan Same’ah yang akan berlangsung.

11. Rumah Mak Som
Bujei ke rumah Mak Som untuk mengambil upah mencuci motosikal Alias.

12. Di bawah pokok belimbing besi
Adilah menanti kedatangan Bujei di bawah pokok belimbing besi dalam pertemuan mereka yang pertama.

13. England
Adila pulang semula ke tanah air setelah melanjutkan pelajarannya di England.

14. Kedai gunting rambut di pekan
Bujei telah menggunting rambutnya di pekan dan berasa hairan apabila melihat dirinya di cermin yang sudah berubah.


http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment