Wednesday, March 27, 2013

SYARAT-SYARAT PEMBINAAN AYAT


1. Ayat harus menepati hukum-hukum tatabahasa

Selain memastikan makna perkataan tersebut jelas, anda juga harus memastikan ayat yang dibina bebas daripada kesalahan tatabahasa.

Ini termasuklah kesalahan ejaan dan tanda baca.

Contoh : Hubungan

Hubungan di antara adik-beradik itu retak disebabkan masalah harta pusaka.
Kesalahan tatabahasa - “di antara

Di antara” merujuk kepada lokasi dan bukannya hubungan. Ayat yang tepat ialah
Hubungan antara adik-beradik itu retak disebabkan masalah harta pusaka.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


2. Tidak boleh menambah, menggugurkan atau mengubah imbuhan pada kata

Pastikan anda menggunakan perkataan tersebut sebagaimana adanya. Jangan sekali-kali ubah, tambah atau gugurkan imbuhan.

Contoh : masak
Ibu memasak makanan kegemaran ayah. – Salah

Anda harus mencari jalan untuk menggunakan perkataan “masak” tanpa mengubah imbuhannya.
Cara yang terbaik ialah bina ayat pasif dengan menggunakan kata ganti nama diri pertama.

Makanan kegemaran ayah saya masak. - Tepat


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


3. Tidak boleh menjadikan kata tersebut sebahagian daripada peribahasa

Kata atau frasa yang diberikan tidak boleh dijadikan peribahasa atau sebahagian daripada peribahasa. (Ini termasuklah simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan sebagainya.)


Contoh : kudung
Majikan Kassim amat mengasihinya kerana sikapnya yang tak ubah seperti lipas kudung itu.

Ayat di atas salah kerana “lipas kudung” ialah simpulan bahasa yang membawa maksud seseorang yang melakukan sesuatu dengan pantas.

Contoh ayat yang tepat ialah :
Majikan telah memberhentikan Kassim setelah kakinya kudung dalam kemalangan itu.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


4. Tidak boleh menjadikan kata tersebut sebahagian daripada kata nama khas

Kata atau frasa yang diberikan tidak boleh dijadikan kata nama khas atau sebahagian daripada kata nama khas.

Contoh : kebangsaan
Kakak berasa amat gembira setelah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ayat ini salah kerana “Universiti Kebangsaan Malaysia” ialah kata nama khas.

Contoh ayat yang tepat ialah :
Salah satu objektif mata pelajaran sejarah adalah untuk menyemaikan semangat kebangsaan di jiwa para pelajar.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


5. Tidak boleh membina lebih daripada satu ayat

Walaupun anda membina satu ayat, namun sekiranya ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu ayat, maka markah akan dipotong.

Contoh : tambahan
Kebanyakan pelajar kelas itu tidak faham akan topik tersebut oleh itu Cikgu Rashid bercadang untuk mengadakan kelas tambahan.

Sebenarnya terdapat dua ayat dalam ayat di atas iaitu:



1. Kebanyakan pelajar kelas itu tidak faham akan topik tersebut.

2. Oleh itu, Cikgu Rashid bercadang untuk mengadakan kelas tambahan.

Contoh ayat yang tepat ialah :
Cikgu Rashid bercadang untuk mengadakan kelas tambahan kerana kebanyakan pelajar kelas itu tidak faham akan topik tersebut.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


6. Ayat boleh ditulis dalam bentuk cakap ajuk

Anda boleh membina ayat dalam struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.

Contoh : lama-lama

“Kamu jangan lama-lama di sana Sham,” pesan ibu kepada abang yang hendak menghadiri jamuan hari jadi kawannya.


http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment