Wednesday, March 27, 2013

Sambungkan ayat-ayat di bawah menjadi tiga ayat berkait tanpa mengubah susunan dan maksudnya.


Kerajaan kita mempunyai satu cita-cita. Kerajaan mahu menjadikan Malaysia sebuah pusat. Kita boleh menjadi pusat pendidikan tinggi. Kita boleh menjadi pusat pendidikan tinggi utama di rantau Asia. Kerajaan mahu kita disegani oleh negara-negara lain. Para pelajar dari luar negara pasti akan datang. Pelajar-pelajar ini berasal dari Timur Tengah, Asia Timur dan Afrika. Mereka akan menuntut di negara kita. Kos hidup tidak jauh berbeza dengan negara mereka. Budaya kita juga tidak begitu berbeza dengan mereka. Imej negara akan meningkat. Perkara ini juga dapat menjana pendapatan tambahan. Pendapatan ini boleh diigunakan untuk pembangunan negara.

Cadangan jawapan


i. Kerajaan kita bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah pusat pendidikan tinggi utama dan disegani oleh negara-negara lain di rantau Asia.

ii. Usaha ini pasti akan menarik para pelajar dari luar negara terutamanya dari Timur Tengah, Asia Timur dan Afrika untuk menuntut di negara kita kerana kos hidup dan budaya kita tidak jauh berbeza dengan negara mereka.

iii. Hal ini bukan sahaja akan meningkatkan imej kita tetapi akan menjana pendapatan tambahan yang boleh diigunakan untuk pembangunan negara.


http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment