Wednesday, March 27, 2013

Petua Menukarkan Cakap Ajuk


a. Tukarkan semua kata ganti nama diri pertama (saya, aku, hamba, beta, kami, kita dll) dan kata ganti nama diri kedua ( awak,kamu, anda, engkau, saudara, tuan dll) menjadi kata ganti nama diri ketiga (dia, beliau, mereka, -nya, nama orang)

Contoh.:
“Saya akan menunggu awak di tepi jambatan,” kata Ali kepada Kassim.

Cakap pindah:
Ali membeirtahu Kassim bahawa dia akan menunggunya di tepi jambatan.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


b. Berikan imbuhan kepada semua kata dasar.

Contoh:
“Angkat peti ini dan letak di bilik saya, “ kata Encik Halim kepada pekerjanya.

Cakap pindah:
Encik Halim menyuruh pekerjanya mengangkat peti itu dan meletakkannya di biliknya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


c. Tukarkan semua singkatan menjadi kata lengkap

Contoh:
“Saya tak nak makan . Saya dah makan di kedai tadi,” kata Amin kepada ibunya.

Cakap pindah:
Amin memberitahu ibunya bahawa dia tidak mahu makan kerana sudah makan di kedai.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


d. Gugurkan semua Kata Tanya (berapa, bila, mengapa dll) dan gantikan dengan frasa tanpa Kata Tanya.

Contoh:
“Bagaimana awak buat kek ini?” Tanya kakak kepada rakannya.

Cakap pindah:
Kakak menanyakan cara membuat kek itu kepada rakannya.

Contoh:
“Kenapa kamu lambat Ali?” Tanya cikgu.

Cakap pindah:
Cikgu menanyakan sebab kelambatan Ali.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


e. Tukarkan kata tunjuk ini menjadi kata tunjuk jauh itu atau tersebut.

Contoh:
“Saya suka baju ini bu,” kata adik.

Cakap pindah:
Adik memberitahu ibu bahawa dia suka akan baju tersebut/itu.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


f. Tukarkan kata arah sini menjadi situ atau di tempat itu.

Contoh:
“Di sinilah saya menuntut ilmu semasa muda dahulu,” kata ayah.

Cakap pindah:
Ayah berkata bahawa di tempat itulah beliau menuntut ilmu semasa muda.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


g. Tukarkan semua kata lisan/bahasa pasar menjadi kata/frasa formal.

Cakap Ajuk Cakap Pindah
Tak bagi =Tidak membenarkan
Tak mahu= Enggan
Kacau =Ganggu
Masuk campur =Melibatkan diri
Bukan hal aku= Bukan urusannya



http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment