Wednesday, March 27, 2013

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


1. Pada bahagian ini anda akan diberikan 5 soalan yang menguji tatabahasa dan kemahiran bahasa anda.

2. Sebanyak 6 markah diperuntukkan untuk setiap soalan (Jumlah – 30 markah)

3. Pembahagian soalan adalah seperti berikut:

Soalan 3a - Membina ayat dengan menggunakan kata atau frasa yang diberikan.

Soalan 3b - Tatabahasa Bebas. Pelbagai soalan boleh dikemukakan pada bahagian ini. Contohnya:

i. Menukarkan cakap ajuk ke bentuk pindah dan sebaliknya
ii. Menyambungkan ayat
iii. Mencerakinkan/memisahkan ayat
iv. Menukarkan ayat aktif menjadi ayat pasif dan sebaliknya
v. Menganalisis ayat dan lain-lain.


Soalan 3c - Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat/petikan

Soalan 3d - Membetulkan kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat/petikan

Soalan 3e - Peribahasa. Pelbagai bentuk soalan boleh dikemukakan pada bahagian ini. Contohnya:

i. Berikan maksud peribahasa
ii. Memberikan peribahasa yang bersesuaian dengan konteks/cerita
iii. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa
iv. Memberikan peribahasa lain yang seerti dan lain-lain.



http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment