Wednesday, March 27, 2013

Membina Ayat


PENGENALAN

1. Soalan membina ayat merupakan soalan pertama pada bahagian Tatabahasa iaitu Soalan 3a.

2. Sebanyak 6 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

3. Anda akan diberikan satu senarai perkataan atau istilah dan dikehendaki membina satu ayat bagi setiap perkataan tersebut.

4. Anda mungkin diberikan 6 kata (satu markah untuk setiap ayat) atau 3 kata sahaja (2 markah untuk setiap satu)



JENIS SOALAN
Sebenarnya tiada batasan untuk jenis kata/istilah yang boleh dikemukakan untuk bahagian ini. Antara

contohnya ialah:

A. Kata dasar yang sama dengan imbuhan berbeza

Contoh :
i. putus
ii. diputuskan
iii. terputus
iv. memutuskan
v. keputusan
vi. putus-putus



B. Kata berganda

i. huru-hara
ii. riuh-rendah
iii. kusut-masai
iv. lintang-pukang
v. mundar-mandir
vi. lalu-lalang


C. Kata dengan imbuhan pinjaman

Contoh :

i. tatabahasa
ii. prauniversiti
iii. prokerajaan
iv. antisosial
v. subnilai
vi. dwibahasa


D. Kata hampir sama bunyi

i. renang
ii. menang
iii kenang
iv.benang
v. tenang
vi.senang


E. Kata hampir sama makna

i. memotong
ii. mencantas
iii menghiris
iv. mencincang
v. menetak
vi. menebang


F. Kata pinjaman

i. boikot
ii. veto
iii. fasa
iv. biografi
v. sentimen
vi. meritokrasi


G. Kata majmuk (atau pemajmukan istilah khusus) dan frasa khusus

i. sumbang saran
ii. imbangan dagangan
iii peluang terbuka
iv. suara hati
v. kuasa beli
vi. jati diri


H. Membezakan maksud kata yang sama (Anda perlu membina dua ayat bagi setiap perkataan bagi menunjukkan perbezaan maknanya)

i. mereka
ii. semak
iii daki








http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment