Wednesday, March 27, 2013

AYAT AKTIF / PASIF


Ayat aktif ialah ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif. Kebanyakan kata kerja jenis ini bermula dengan imbuhan me-,mem-, men- dan meng- dan berakhir dengan imbuhan –kan atau -i atau tidak berakhir dengan sebarang imbuhan.

Contoh ayat aktif ialah:
Adik memasukkan guli ke dalam lubang.
Kakak membantu Aminah menghias rumah barunya
Mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah.
Ayah menggantikan ibu untuk menjaga adik di hospital.



Kesemua ayat tersebut merupakan ayat aktif. Sekiranya dipasifkan, kata kerjanya akan menjadi kata kerja pasif iaitu menerima imbuhan di- atau di – kan dan diikuti kata sendi oleh.


Perhatikan bagaimana kita mempasifkan ayat-ayat di atas:
Adik memasukkan guli ke dalam lubang. - Ayat aktif
Guli dimasukkan oleh adik ke dalam lubang. - Ayat pasif
Kakak membantu Aminah menghias rumah barunya. – Ayat aktif
Aminah dibantu oleh kakak untuk meghias rumah barunya. – Ayat pasif
Mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah. - Ayat aktif
Bas dinaiki oleh mereka untuk pergi ke sekolah. – Ayat pasif
Ayah menggantikan ibu untuk menjaga adik di hospital. – Ayat aktif
Ibu digantikan oleh ayah untuk menjaga adik di hospital. - Ayat pasif




Namun begitu, teknik berkenaan tidak boleh digunakan bagi mempasifkan ayat-ayat yang melibatkan kata ganti nama diri pertama (saya, aku, hamba, beta, kami dll)



Contoh.
Saya membaca buku cerita itu. - Ayat aktif
Buku cerita itu dibaca oleh saya. - Ayat pasif - SALAH

Sepatutnya:


Buku cerita itu saya baca. – Ayat pasif - BETUL


Contoh tambahan.
Kami menyediakan bilik untuk mesyuarat. - Ayat aktif
Bilik disediakan oleh kami untuk mesyuarat. - Ayat pasif –SALAH
Bilik kami sediakan untuk mesyuarat - Ayat pasif - BETUL



http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment