Saturday, February 09, 2013

PANDUAN AM MENGARANG & TEKNIK MENTAFSIR KEHENDAK SOALAN

PENGENALAN


Karangan merupakan soalan tunggal dalam Kertas 1 mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM. Anda diberikan LIMA tajuk karangan dan dikehendaki menulis sebuah karangan dalam masa 1 jam 30 minit

Karangan, ditinjau dari sudut peperiksaan SPM merujuk kepada suatu hasilan bertulis yang menunjukkan kemampuan seseorang pelajar mengupas isu-isu tertentu dengan menggunakan bahasa yang gramatis. Sebuah karangan dikatakan cemerlang sekiranya pelajar mampu memberikan hujah-hujah yang sahih, logik, matang serta menepati kehendak soalan dengan menggunakan bahasa yang menepati hukum tatabahasa, indah, bermutu dan luas. Sebenarnya penulisan sesebuah karangan adalah amat subjektif. Hal ini disebabkan pemarkahan karangan dilakukan dengan kaedah IMPRESIONAL. Perkara ini bermaksud sesebuah karangan dinilai berdasarkan tanggapan atau persepsi seseorang pembaca terhadap hasilan karya seseorang penulis. Pada masa yang sama ini bukanlah bermaksud seseorang pemeriksa akan bergantung kepada naluri atau intuisi peribadinya semata-mata dalam menentukan kedudukan sesebuah karangan. Sebaliknya karangan akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria iaitu:

A. Penakrifan Tajuk
B. Isi/Fikiran
C. Bahasa
D. Pengolahan/Penyampaian
E. Pemerengganan

Sesebuah karangan dikatakan bermutu, baik dan menyakinkan sekiranya memperlihatkan kecemerlangan dalam kesemua lima aspek tersebut. Seterusnya kita perhatikan setiap aspek tersebut dengan terperinci.



Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment