Saturday, February 09, 2013

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

PENGENALAN

1. Ini merupakan soalan Bahagian A dalam Kertas 1 Bahasa Melayu SPM.
2. Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan bahagian ini ialah 45 minit.
3. Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi soalan ini.

FORMAT JAWAPAN

1. Jawapan harus ditulis dalam bentuk karangan. Panjang karangan hendaklah di antara
    200 hingga 250 patah perkataan.

2. Karangan anda harus terdiri daripada 6 perenggan seperti berikut:

PENDAHULUAN

- 3 Atau 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan )
- Lebih kurang 40 patah perkataan

ISI 1

- 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan )
- Lebih kurang 45 patah perkataan

ISI 2

- 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan )
- Lebih kurang 45 patah perkataan

ISI 3

- 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang10 patah perkataan )
- Lebih kurang 45 patah perkataan

ISI 4

- 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang10 patah perkataan )
- Lebih kurang 45 patah perkataan

PENUTUP

- 2 Atau 3 ayat (Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan)
- Lebih kurang 30 patah perkataan
--------------------------------------------------------
BENTUK SOALAN


1. Walaupun kebanyakan bahan rangsangan yang dikemukakan untuk bahagian ini setakat ini ialah gambar, namun anda harus 
bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan lain. Antara bahan rangsangan yang boleh dikemukakan ialah:

a. Gambar tunggal
b. Gambar bersiri
c. Dialog
d. Petikan akhbar
e. Carta aliran
f. Petikan akhbar dll


2. Anda akan diminta menulis sebuah karangan berdasarkan kata kunci yang terkandung di dalam soalan tersebut Contoh kata 
kunci tersebut ialah:

a. Punca
b. Langkah
c. Kepentingan
d. Faedah
e. Usaha dll

3. Namun begitu, ada masanya soalan akan berbentuk umum iaitu anda akan diminta memberikan pandangan anda berdasarkan 
sesuatu isu. (Bahagian ini akan diperincikan dalam pelajaran akan datang)

--------------------------------------------------------
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment