Tuesday, February 12, 2013

Silent Hill Revelations (2012)


Source: Silent Hill Revelations (2012) DVDRip MKV-KURYU
Encoder: Kuryu
Genre: Horror | Mystery | Thriller
Runtime: 95 min
User Rating: 5.9/10 from 9,536 users
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt0938330/
Country: USA
Language: English
Subtitle: English
PLOT MOVIE
Heather Mason and her father have been on the run, always one step ahead of dangerous forces that she doesn’t fully understand, Now on the eve of her 18th birthday, plagued by horrific nightmares and the disappearance of her father, Heather discovers she’s not who she thinks she is. The revelation leads her deeper into a demonic world that threatens to trap her forever.

http://adf.ly/1okqV

Saturday, February 09, 2013

Pembohongan Demi Pembohongan Si Ibu

Ibuku seorang pembohong Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA. Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA. Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan.

Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata :
"Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT. Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.

Ibu berkata "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA. Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan
ibu berkata :"Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.

Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH. Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini.

Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

wahai para ibu dan bakal-bakal ibu!!!, anda ibu yang bagaimana?

sumber rujukan : abuuzair_yusof@yahoo.com (Dr Yusof Abbas)

IBUMU!...IBUMU!.....IBUMU!

Kutipan dari hadits Rasulullah yang diriwayatkan oleh dua syeikh hadits: Bukhari dan Muslim.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya kepada beliau, "Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku pergauli?" Beliau menjawab, "Ibumu! Ia bertanya lagi, "Lalu siapa?" Rasul menjawab lagi, "Ibumu!" Ia balik bertanya, "Siapa lagi?" Rasul kembali menjawab, "Ibumu!" Ia kembali bertanya, "Lalu siapa lagi?" Beliau menjawab, "Bapakmu!"

(Dikeluarkan oleh Asy-Syaikhani (Bukhari-Muslim).

Hayatilah Novel Melunas Rindu dan Novel Kabus di perbukitan tentang kisah seorang ibu yang amat menyayangi anaknya.

BAHASA


Dalam keghairahan untuk menghasilkan karangan ada masanya sesetengah pelajar melupakan hakikat mereka sebenarnya sedang menghadapi kertas peperiksaan MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA. Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar ini melihat karangan sebagai suatu ujian untuk menilai sejauh mana mereka mampu mengemukakan idea, pandangan atau menepukan karangan mereka dengan isi semata-mata. Anggapan ini jauh terpesong daripada matlamat ujian karangan. Sebenarnya
soalan karangan bukanlah satu ujian untuk melihat hujah-hujah seseorang penulis semata-mata. Lebih daripada itu, karangan juga merupakan satu ujian untuk meninjau sejauh mana seorang pelajar mampu melahirkan idea, perasaan dan pemikirannya dengan menggunakan bahasa yang kemas, bermutu, lancar, indah, tepat dan gramatis. Oleh yang demikian adalah wajib bagi seseorang pelajar untuk memastikan mutu bahasanya mencerminkan penguasaan bahasa yang sewajarnya dimiliki oleh seorang pelajar tingkatan lima. Antara aspek bahasa yang perlu diberi penekanan ialah:

a. Ayat
Pelajar harus memastikan ayat-ayat yang digunakan dalam karangan gramatis dan tunduk kepada hukum tatabahasa mutakhir. Dengan kata lain, ayat-ayat tersebut perlu mempunyai subjek dan predikat, kata-kata hubung yang sesuai dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga seharusnya menunjukkan keragaman dalam ayat-ayat yang digunakannya. Antara variasi yang boleh dipertimbangkan ialah ayat tunggal, ayat majmuk, ayat tanya, ayat seruan, ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya.


b. Perbendaharaan Kata
Kekuatan bahasa banyak terpancar daripada pilihan kata seseorang penulis. Hal ini disebabkan perbandaharaan katalah yang benar-benar menyerlahkan penguasaan bahasa seseorang individu. Oleh itu pelajar perlu menunjukkan pemilihan kata yang tepat, indah dan luas dalam karangannya. Kekayaan pemilihan kata bukan sahaja akan memperindah sesebuah karangan tetapi juga meniupkan nyawa kepada idea yang ingin diutarakan. Satu perkara yang perlu diingati dalam soal ini ialah kata-kata tersebut tidak harus kelihatan seperti dipaksakan di dalam karangan tetapi seharusnya terbit berdasarkan keperluan dan suasana.

c. Tanda Baca
Penggunaan tanda baca juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya dalam sesebuah karangan. Antara tanda baca yang biasa ialah titik (.), koma (,), titik bertindih (:), koma bertitik (;), tanda tanya (?), tanda seruan (!) sebagainya. Kesalahan dalam penggunaan tanda-tanda ini akan mendedahkan kelemahan bahasa dan ketidaktelitian pelajar. Malah ada masanya kesilapan tanda baca juga boleh mengubah maksud sesuatu pernyataan.


d. Ejaan
Ini merupakan satu aspek yang sering dipandang enteng oleh para pelajar. Setiap kesalahan ejaan, walau betapa kecil sekalipun, tetap meninggalkan kesan negatif terhadap sesebuah karangan dan mengakibatkan kehilangan markah. Oleh itu pelajar harus teliti dan menunjukkan keprihatinan terhadap sistem ejaan yang wujud dan sebarang perubahan yang terjadi dalam sistem tersebut. Antara kesilapan yang kerap dilakukan oleh pelajar ialah:






i. Imbuhan

1. Semasa menggunakan imbuhan amalan “meng-” atau “peng-”

Kesilapan yang sering terjadi ialah semasa imbuhan ini digunakan pada kata-kata dasar yang bermula dengan abjad g, pelajar sering menggugurkan salah satu abjad tersebut. Misalnya menggunung ditulis sebagai mengunung, menggali ditulis sebagai mengali, penggalak ditulis sebagai pengalak, pengganas ditulis sebagai penganas dan sebagainya.

2. Semasa menggunakan imbuhan akhiran “-kan” dan “-an”

Hukum tatabahasa telah menetapkan bahawa imbuhan “-an” hanya digunakan untuk kata nama dan “-kan” pula digunakan untuk kata kerja. Masalahnya ialah ada pelajar tidak tahu membezakan kegunaan imbuhan-imbuhan ini. Kesudahannya kedua-dua imbuhan ini sering dicampuradukkan. Oleh itu menggalakkan (kata kerja) ditulis sebagai menggalakan, menegakkan (kata kerja) ditulis sebagai menegakan, memperuntukkan (kata kerja) ditulis sebagai memperuntukan dan sebagainya. Sementara itu kata-kata nama seperti tembakan (kata nama) ditulis sebagai tembakkan, tolakan (kata nama) ditulis sebagai tolakkan, tumbukan (kata nama) ditulis sebagai tumbukkan dan sebagainya.

ii. Semasa menggunakan kata-kata yang tidak tunduk kepada sistem ejaan baru.

Pelajar harus faham bahawa bukan semua kata dalam bahasa Melayu mengalami perubahan dengan pengenalan Sistem Ejaan Baru (1972). Kesilapan yang sering dilaku-kan oleh pelajar ialah menulis calun untuk calon, tulin untuk tulen, anih untuk aneh, stem untuk setem, pensil untuk pensel, pamir untuk pamer, lancung untuk lancong dan sebagainya.

iii.Semasa menggunakan kata-kata pinjaman yang berasal dari Bahasa Inggeris.

Ejaan kata-kata ini biasanya agak rumit dan sering menimbulkan pelbagai kesilapan. Contoh kata-kata yang dimaksudkan ialah kompleks, stimuli, strategi, transkripsi, interpretasi, fenomena dan sebagainya.


Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
http://adf.ly/1okqV

ISI / FIKIRAN


Isi merupakan nadi sesebuah karangan. Perkara inilah yang menjadi fokus utama dan matlamat penulisan sesebuah karangan itu sendiri. Oleh itu anda perlu benar-benar memahami keperluan bahagian ini agar dapat menghasilkan sebuah karangan yang padat, berkesan dan menyakinkan. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah:

a.Bilangan Isi
Pastikan karangan anda menampilkan bilangan isi yang mencukupi. Sebenarnya sesebuah karangan peringkat SPM boleh berdiri hanya dengan TIGA isi yang tepat. Namun begitu, anda tidak harus menjadikan ini sebagai alasan untuk mengehadkan bilangan isi anda. Hal ini disebabkan anda memerlukan isi-isi tambahan sekiranya ada antara isi yang dikemukakan tidak tepat atau kurang bermaya.

b.Kelogikan Isi
Selain itu, anda juga harus memastikan isi-isi anda tepat serta bernas dan menjadi jawapan yang logik kepada persoalan yang dikemukakan dalam tajuk. Sebagai contoh perhatikan tajuk ini:

Contoh:
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kera¬jaan untuk memajukan sektor pelancongan Malaysia.

Tajuk ini menghendaki anda mencadangkan tindakan/usaha dan cara industri pelancongan kita boleh ditingkatkan. Oleh itu sekiranya anda memberikan isi MENAMBAHKAN KAWASAN PELANCONGAN DI MALAYSIA, maka isi tersebut tepat, logik dan boleh diterima. Hal ini disebabkan sememangnya pemilihan destinasi pelancongan bergantung kepada bilangan tempat-tempat menarik yang ada di sesebuah negara. Namun begitu sekiranya anda memberikan isi MENGEKALKAN KESTABILAN
POLITIK NEGARA, maka isi ini boleh dipersoalkan. Hal ini disebabkan kestabilan politik sesebuah negara harus dikekalkan tidak kira sama ada negara tersebut ingin menarik pelancong atau tidak bergantung kepada sektor pelancongan.

c. Pengembangan Isi
Sesebuah karangan yang kaya dengan isi tidak membawa sebarang makna sekiranya isi-isi tersebut tidak dikembangkan dengan menyakinkan. Setiap isi yang dikemukakan harus dikukuhkan dengan hujah-hujah, bukti, alasan, contoh dan apa sahaja kaedah sehingga boleh berdiri sebagai satu pernyataan yang berasas dan kukuh. Anda perlu ingat bahawa setiap perenggan isi bukanlah tempat untuk menyatakan isi semata-mata tetapi merupakan ruang untuk anda memperincikan isi tersebut sehingga menyakinkan pembaca.

d. Kematangan Isi / Hujah
Isi-isi yang dikemukakan juga haruslah mencerminkan pemikiran seorang individu yang matang. Kematangan seseorang pelajar boleh diperhatikan daripada dua sudut. Pertama daripada isi-isi yang dikemukakan dan kedua daripada cara isi-isi tersebut dikembangkan. Sebagai contoh perhatikan tajuk dan isi-isi ini.

Contoh:
Anda telah menyertai satu pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah “Tanggungjawab anak-anak bersekolah terhadap ibu bapa”. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

Di sini anda perlu menyediakan satu ucapan yang memuatkan isi-isi tentang bagaimana seseorang pelajar boleh memainkan peranannya sebagai anak yang baik. Dengan kata lain anda perlu mencadangkan cara-cara seseorang anak boleh membantu meringankan beban ibu bapanya. Bagi karangan ini anda boleh mengemukakan isi-isi seperti berikut:

- Belajar bersungguh-sungguh
- Menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga
- Cuba berdikari/jangan menyusahkan mereka
- Jangan membazirkan wang mereka
- Bantu mereka dengan kerja-kerja rumah

Semua isi tersebut tepat dan bernas. Sekarang perhatikan pula isi-isi ini:
- Membantu mereka menjaga adik
- Membantu membersihkan rumah
- Membantu ibu dalam kerja-kerja memasak

Sebenarnya isi-isi ini juga bernas dan tepat. Walau bagaimanapun, adakah isi-isi ini mencerminkan kematangan pemikiran seseorang calon tingkatan lima? Sudah tentu tidak. Isi-isi ini amat remeh dan akan menimbulkan anggapan penulisnya berfikiran cetek dan tidak mampu mengulas sesuatu topik dengan mendalam.

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
http://adf.ly/1okqV

PENAKRIFAN TAJUK


1. Perkara ini merujuk kepada sejauh mana pelajar telah menakrifkan tajuk sesebuah karangan.

2. Tidak ada karangan yang boleh bermula daripada vakum. Dengan kata lain semua hasilan bertulis mesti bersandar kepada satu tema atau fokus khusus.

3. Bagi karangan SPM, tema dan fokus ini ditentukan oleh tajuk yang diberikan.

4. Suatu hasil penulisan yang terkeluar daripada landasan yang ditetapkan atau gagal menjawap soalan yang dikemukakan dalam tajuk dikatakan karangan terpesong.

5. Dalam suatu ujian penulisan, kesilapan menakrifkan tajuk bolehlah dikatakan kesalahan terbesar dan akan menyebabkan kehilangan markah yang amat berat. Terdapat DUA perkara utama yang harus diberikan perhatian dalam aspek ini iaitu:

MENGENAL PASTI FORMAT KARANGAN

Usaha menulis karangan seharusnya bermula daripada proses mengenal pasti bentuk karangan yang dikehendaki.  Karangan harus ditulis dengan menggunakan format yang tepat sebagaimana yang ditetapkan dalam tajuk. Secara kasar jenis karangan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yakni:

1. JENIS BERFORMAT

i. Ucapan
- Ucapan Pertandingan
- Ucapan Bukan Pertandingan

ii. Surat Kiriman
- Surat Kiriman Rasmi
- Surat Kiriman Tak Rasmi

iii. Laporan
- Laporan Peristiwa
- Laporan Tahunan

iv. Perbahasan
- Perbahasan Pertandingan
- Bahaskan Tajuk

v. Forum

vi. Rencana

vii. Wawancara

2. JENIS TIDAK BERFORMAT

i. Huraian
ii. Perbincangan
iii. Ulasan
iv. Peribahasa
v. Gambaran
vi. Keperihalan

------------------------------------------------

Biasanya seseorang pelajar tidak akan menghadapi sebarang masalah besar dalam mengenal pasti bentuk karangan. Hal ini disebabkan bentuk karangan tersebut akan dinyatakan secara jelas dan eksplisit dalam tajuk berkenaan. Misalnya:

Contoh:
Seorang sahabat anda yang berada di luar negara ingin mengetahui sejauh mana kerajaan anda telah berjaya mengatasi masalah kemasukan warganegara asing ke negara anda. Jawab surat sahabat anda itu dengan selengkapnya. Sekali pandang anda pasti sedar bahawa karangan ini perlu ditulis dalam bentuk surat kiriman tidak rasmi. Begitu juga dengan contoh ini:

Contoh:
Mutu filem-filem tempatan dikatakan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan filem-filem antarabangsa. Pada pendapat anda mengapakah perkara ini terjadi ?

Bentuk karangan ini juga agak mudah ditentukan. Karangan ini memerlukan anda memberikan pandangan. Oleh itu karangan ini perlu ditulis dengan menggunakan bentuk huraian.

Namun begitu ini bukanlah bermakna format karangan boleh dikenali dengan sedemikian mudah untuk semua tajuk yang diberikan. Ada juga tajuk-tajuk yang tidak menyatakan bentuk yang dikehendaki dengan eksplisit. Perhatikan contoh-contoh ini:

Contoh:
Anda mempunyai seorang anak yang bersekolah di sebuah sekolah rendah. Anda tidak berpuas hati dengan mutu makanan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah anak anda itu. Maklumkan perkara tersebut kepada pengetua sekolah berkenaan.

Perhatikan bahawa tajuk ini menyatakan dengan jelas kehendak soalan yakni “maklumkan ketidakpuasan anda” tetapi tidak pula menyatakan bentuk anda harus menyampaikan aduan itu. Namun begitu sekiranya anda merenungkan tajuk ini dengan teliti, anda akan sedar bahawa sebagai seorang ibu bapa, anda dikehendaki membuat aduan rasmi kepada seorang guru besar. Oleh yang demikian cara yang paling bernas untuk membuat aduan tersebut adalah dengan menggunakan surat kiriman rasmi. Seterusnya perhatikan satu lagi contoh:

Contoh:
Anda merupakan editor sebuah surat khabar. Anda ingin menyampaikan pandangan anda tentang masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan muda-mudi kota untuk bacaan umum. Tuliskan pandangan anda itu.

Ini merupakan sebuah tajuk yang kabur. Anda dikehendaki memberikan pandangan tentang satu isu yang besar yakni “masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan muda-mudi di kota”. Selain itu, tajuk ini juga tidak menyatakan batasan untuk pembicaraan anda. Oleh yang demikian, sebaik-baiknya karangan ini ditulis dengan menggunakan format rencana. Hal ini kerana seseorang editor surat khabar biasanya menyampaikan pandangannya dengan menggunakan format tersebut. Selain itu, hanya karangan berbentuk rencana sahaja yang memungkinkan pembicaraan luas dan tanpa batasan skop.

Dengan menggunakan format rencana, anda boleh membicarakan punca masalah ini, kesan-kesan yang akan timbul daripadanya malah memberikan pandangan tentang cara-cara masalah ini boleh ditangani.

MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN


Karangan perlu menepati kehendak soalan. Perkara ini merupakan syarat terpenting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah hasilan bertulis, terutamanya ditinjau dari sudut peperiksaan. Oleh itu anda perlu meneliti tajuk yang dikemukakan dan seterusnya mengenali soalan yang dikemukakan. Sebagai contoh perhatikan tajuk-tajuk ini:

Contoh:
1. Permainan tradisional di negara kita semakin dilupakan. Jelaskan mengapa perkara ini terjadi.
2. Permainan tradisional di negara kita semakin dilupakan. Berikan cadangan anda untuk menghidupkan
    semula minat masyarakat terhadap permainan-permainan ini.
3. Pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan untuk menghidupkan semula minat masyarakat terhadap
    permainan tradisional di negara kita. Pada pendapat anda apakah kepentingan permainan-permainan ini ?

Sebenarnya kesemua tiga tajuk di atas berlegar di sekitar isu yang sama yakni “permainan tradisional”. Namun begitu ketigatiganya memerlukan hasil karangan yang berbeza. Soalan pertama menghendaki pelajar menjelaskan sebab/punca/faktor yang menyebabkan permainan tradisional semakin pupus. Sementara itu, soalan kedua pula menghendaki pelajar menyumbangkan idea atau mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengekalkan permainan-permainan ini. Soalan ketiga pula menghendaki pelajar menerangkan kebaikan/manfaat/faedah/kesan positif permainan-permainan ini terhadap masyarakat, negara dan generasi akan datang. Sebarang kesilapan dalam menakrifkan kehendak soalan ini akan menyebabkan pelajar mengemukakan isi yang tidak relevan dan seterusnya menjejaskan markah.

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
http://adf.ly/1okqV

PANDUAN AM MENGARANG & TEKNIK MENTAFSIR KEHENDAK SOALAN

PENGENALAN


Karangan merupakan soalan tunggal dalam Kertas 1 mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM. Anda diberikan LIMA tajuk karangan dan dikehendaki menulis sebuah karangan dalam masa 1 jam 30 minit

Karangan, ditinjau dari sudut peperiksaan SPM merujuk kepada suatu hasilan bertulis yang menunjukkan kemampuan seseorang pelajar mengupas isu-isu tertentu dengan menggunakan bahasa yang gramatis. Sebuah karangan dikatakan cemerlang sekiranya pelajar mampu memberikan hujah-hujah yang sahih, logik, matang serta menepati kehendak soalan dengan menggunakan bahasa yang menepati hukum tatabahasa, indah, bermutu dan luas. Sebenarnya penulisan sesebuah karangan adalah amat subjektif. Hal ini disebabkan pemarkahan karangan dilakukan dengan kaedah IMPRESIONAL. Perkara ini bermaksud sesebuah karangan dinilai berdasarkan tanggapan atau persepsi seseorang pembaca terhadap hasilan karya seseorang penulis. Pada masa yang sama ini bukanlah bermaksud seseorang pemeriksa akan bergantung kepada naluri atau intuisi peribadinya semata-mata dalam menentukan kedudukan sesebuah karangan. Sebaliknya karangan akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria iaitu:

A. Penakrifan Tajuk
B. Isi/Fikiran
C. Bahasa
D. Pengolahan/Penyampaian
E. Pemerengganan

Sesebuah karangan dikatakan bermutu, baik dan menyakinkan sekiranya memperlihatkan kecemerlangan dalam kesemua lima aspek tersebut. Seterusnya kita perhatikan setiap aspek tersebut dengan terperinci.



Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
http://adf.ly/1okqV

CONTOH SOALAN dan RANGKA JAWAPAN KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN


Lihat gambar di sebelah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca permainan jenis ini kurang diminati masyarakat hari ini. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


Rangka Jawapan

Pendahuluan
-Wau – sejenis permainan tradisional di negara kita
-Contoh-contoh permainan tradisional lain – gasing, congkah, batu seremban, sepak raga dll
-Sayang sekali kurang diminati masyarakat hari ini
-Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan hal ini terjadi

Isi 1
-Dianggap kolot oleh generasi muda hari ini
-Dikaitkan dengan masyarakat lama/ masyarakat di kawasan pedalaman
-Tidak mencerminkan perkembangan sains dan teknologi hari ini
-Generasi muda berasa malu untuk mengidentifikasikan diri mereka dengan permainan-permainan ini

Isi 2
-Banyak persaingan daripada permainan moden
-Wujud banyak permainan moden, terutamanya yang berkaitan dengan komputer
-Permainan-permainan tersebut lebih canggih dan menarik
-Anggap permainan tradisional membosankan

Isi 3
-Generasi kini kurang terdedah kepada permainan tradisional
-Permainan-permainan ini tidak tersebar luas
-Ada anak-anak muda yang tidak pernah melihat permainan tradisional
-Oleh itu mereka tidak mencintainya.

Isi 4
-Permainan tradisional tidak dikategorikan sebagai satu sukan
-Lebih merupakan unsur kebudayaan
-Tidak mencabar bagi anak-anak muda
-Generasi hari ini lebih tertarik dengan sukan moden

Penutup
-Permainan tradisional - satu warisan budaya bangsa
-Tidak harus dibiarkan pupus
-Setiap pihak harus bekerjasama untuk menghidupkan semula permainan-permainan ini

----------------------------------------------------------------------------------------
http://adf.ly/1okqV

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

PENGENALAN

1. Ini merupakan soalan Bahagian A dalam Kertas 1 Bahasa Melayu SPM.
2. Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan bahagian ini ialah 45 minit.
3. Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi soalan ini.

FORMAT JAWAPAN

1. Jawapan harus ditulis dalam bentuk karangan. Panjang karangan hendaklah di antara
    200 hingga 250 patah perkataan.

2. Karangan anda harus terdiri daripada 6 perenggan seperti berikut:

PENDAHULUAN

- 3 Atau 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan )
- Lebih kurang 40 patah perkataan

ISI 1

- 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan )
- Lebih kurang 45 patah perkataan

ISI 2

- 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan )
- Lebih kurang 45 patah perkataan

ISI 3

- 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang10 patah perkataan )
- Lebih kurang 45 patah perkataan

ISI 4

- 4 ayat ( Setiap ayat diandaikan lebih kurang10 patah perkataan )
- Lebih kurang 45 patah perkataan

PENUTUP

- 2 Atau 3 ayat (Setiap ayat diandaikan lebih kurang 10 patah perkataan)
- Lebih kurang 30 patah perkataan
--------------------------------------------------------
BENTUK SOALAN


1. Walaupun kebanyakan bahan rangsangan yang dikemukakan untuk bahagian ini setakat ini ialah gambar, namun anda harus 
bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan lain. Antara bahan rangsangan yang boleh dikemukakan ialah:

a. Gambar tunggal
b. Gambar bersiri
c. Dialog
d. Petikan akhbar
e. Carta aliran
f. Petikan akhbar dll


2. Anda akan diminta menulis sebuah karangan berdasarkan kata kunci yang terkandung di dalam soalan tersebut Contoh kata 
kunci tersebut ialah:

a. Punca
b. Langkah
c. Kepentingan
d. Faedah
e. Usaha dll

3. Namun begitu, ada masanya soalan akan berbentuk umum iaitu anda akan diminta memberikan pandangan anda berdasarkan 
sesuatu isu. (Bahagian ini akan diperincikan dalam pelajaran akan datang)

--------------------------------------------------------
http://adf.ly/1okqV

Friday, February 08, 2013

The Impossible (2012) DVDRip



::INFO::
Source: The Impossible (2012) DVDRip MKV-KURYU
Encoder: Kuryu
Genre: Action | Drama | Thriller
Runtime: 114 min
User Rating: 7.7/10 from 5,101 users
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt1649419/
Country: USA
Language: English
Subtitle: English
PLOT MOVIE
An account of a family caught, with tens of thousands of strangers, in the mayhem of one of the worst natural catastrophes of our time
http://www.teamhanna.org/english/the-impossible-2012-dvdrip-hardsub
http://adf.ly/1okqV

Sunday, February 03, 2013

Kaspersky AntiVirus + IS 2013 v13 Included Activation

INFO 
What's New in IS 2013 v13: 
New in protection: 

· The Sandbox technology, which uses virtualization methods to create a safe environment for running applications (Safe Run for Applications), has been significantly improved. The application now features the option to run suspicious applications on a dedicated virtual desktop, which ensures reliable protection of the operating system. Safe Run for Websites (safe browser), which protects data being entered by the user, has been implemented to allow handling websites that require entering confidential information.

The scope of the Web Anti-Virus component has been expanded thanks to the new modules that had been added:

· Online Banking identifies banking websites and allows the user to switch to Safe Run for Websites, which has been designed to handle this sort of web resources. 
· Safe Surf consists of previously implemented Kaspersky URL Advisor enhanced with a new mode of blocking websites with high threat rating calculated by Kaspersky Lab. When this mode is enab... 

What's New in AV 2013 v13: 

New in protection: 

· The Sandbox technology, which uses virtualization methods to create a safe environment for running applications (Safe Run for Applications), has been significantly improved. The application now features the option to run suspicious applications on a dedicated virtual desktop, which ensures reliable protection of the operating system. Safe Run for Websites (safe browser), which protects data being entered by the user, has been implemented to allow handling websites that require entering confidential information. 

The scope of the Web Anti-Virus component has been expanded thanks to the new modules that had been added: 

· Online Banking identifies banking websites and allows the user to switch to Safe Run for Websites, which has been designed to handle this sort of web resources. 
· Safe Surf consists of previously implemented Kaspersky URL Advisor enhanced with a new mode of blocking websites with high threat rating calculated by Kaspersky Lab. When this mode is enab...

Anti-Virus.2013 



Code:Select all

http://extabit.com/file/2dazayd4gozt4/Kaspersky-Anti-Virus.2013.v13.Incl.Activation.part1.rar
http://extabit.com/file/2dazayd4gowqg/Kaspersky-Anti-Virus.2013.v13.Incl.Activation.part2.rar

or,

http://lumfile.com/tvragnm1zjt1/Kaspersky-Anti-Virus.2013.v13.Incl.Activation.part1.rar.html
http://lumfile.com/dkkhoyxuub8q/Kaspersky-Anti-Virus.2013.v13.Incl.Activation.part2.rar.html

or,

http://www.netload.in/dateieny68Pxngu/Kaspersky-Anti-Virus.2013.v13.Incl.Activation.part1.rar.htm
http://www.netload.in/dateihVfjWpSRm0/Kaspersky-Anti-Virus.2013.v13.Incl.Activation.part2.rar.htm

or,

https://www.rapidshare.com/files/2494083724/Kaspersky_Anti_Virus.2013.v13.Incl.Activation.part1.rar
https://www.rapidshare.com/files/1729668396/Kaspersky_Anti_Virus.2013.v13.Incl.Activation.part2.rar
Internet.Security.2013 

Code:Select all

http://extabit.com/file/2dazayd4gp9d4/Kaspersky-Internet.Security.2013.v13.Incl.Activation.part1.rar
http://extabit.com/file/2dazayd4go47c/Kaspersky-Internet.Security.2013.v13.Incl.Activation.part2.rar

or,

http://lumfile.com/oakj0w9fn6wk/Kaspersky-Internet.Security.2013.v13.Incl.Activation.part1.rar.html
http://lumfile.com/94b32x6997um/Kaspersky-Internet.Security.2013.v13.Incl.Activation.part2.rar.html

or,

http://www.netload.in/dateibBUlVBQ654/Kaspersky-Internet.Security.2013.v13.Incl.Activation.part1.rar.htm
http://www.netload.in/dateil0mHumewg6/Kaspersky-Internet.Security.2013.v13.Incl.Activation.part2.rar.htm

or,

https://www.rapidshare.com/files/4195164143/Kaspersky_Internet.Security.2013.v13.Incl.Activation.part1.rar
https://www.rapidshare.com/files/3339597456/Kaspersky_Internet.Security.2013.v13.Incl.Activation.part2.rar
 



https://www.vtunnel.com/
http://adf.ly/1okqV