Sunday, November 25, 2012

Fadzilat Surah Al-Insyiraah


Surah Al-Insyirah adalah Surah ke-94 di dalam Kitab Al-Quran. Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 8 ayat. Dinamakan surah “Al-lnsyiraah (Perihal Melapangkan Dada Nabi), kerana pada awal surah ini, Allah Taala menegaskan salah satu nikmat- Nya yang dikurniakanNya kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah melapangkan dadanya (serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk).

Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan merguniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.

Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.

Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.

Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.

Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan kifayat yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:

1. Sembahyang sunat dua rakaat.

2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)

3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.

4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.

Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.

Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut. Setengah daripada khasiat Surah Al-Insyiraah itu ialah di baca kerana jadi ubat demam dengan kifayat:

1. Ambillah seurat benang daripada kulit kayu dan bacakan Surah Al-Insyiraah.

2. Tiap-tiap ketika baca huruf “Kaf” daripadanya, simpullah benang itu sekali, hingga cukup jumlah semuanya tujuh kali simpul.

Kemudian ikatkan benang itu ke tangan orang yang demam pada pergelangannya yang di sebelah kiri.

Siapa-siapa benak menghafaz, tulislah Surah Al-Insyiraah dan minum airnya bersama-sama menelan air liur ketika berbuka puasa selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mudah ingat apa-apa yang di hafaznya, dan jika minum airnya itu lain daripada masa berbuka boleh juga, tetapi yang baiknya ialah pada masa yang tersebut.

Surah Al-Insyiraah:

Ertinya:

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)- Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/fadzilat-surah-al-insyiraah/
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment