Tuesday, October 16, 2012

Soalan Ulangkaji Novel SPM 2012

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan dua contoh tindakan dan perwatakan yang menggambarkan nilai ketabahan.

1. Novel Melunas Rindu

Nilai ketabahan diketengahkan melalui watak utamanya, iaitu Fuad. Ketabahannya terbukti apabila Fuad yang melalui kehidupan yang dilatari oleh pelbagai keadaan.
contoh
1. dilahirkan sebagai orang Islam tetapi dibesarkan dalam keluarga Cina.
2. kembali kepada ajaran Islam setelah berlaku tragedi dalam hidupnya.

Fuad juga tabah untuk mencari ibu kandungnya yang disangkanya telah meninggal dunia.
Contoh
1. Pergi ke FELDA Lembah Klau untuk mendapatkan bantuan orang-orang yang mengenali ibunya / tabah mengharungi kesusahan.
  2. Tidak jemu-jemu berdoa agar dia dapat ditemukan dengan ibu   
  kandungnya / pencarian itu akhirnya berhasil berkat ketabahan Fuad /
  rupa-rupanya ibu Farhana adalah ibu kandung Fuad.

2. Novel Kabus di Perbukitan

Nilai ketabahan terpapar pada Faridah sebagai watak utama.
Faridah digambarkan sebagai seorang wanita yang sangat tabah mengbadapi
cabaran hidup.
Contohnya
1. Faridah sangat tabah menjaga ibunya di Sungai Besar setelah
ibunya uzur.
2. Ketabahannya terbukti apabila dia sanggup menjaga ibunya
walaupun dia sudah berumahtangga dengan Ghazali.
3. Dia juga tabah menerima takdir suaminya, Ghazali meninggal dunia kerana
terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ketabahan Faridah turut terbukti ketika berada di New Zealand.
1. Tabah mengharung hidup di bumi asing tanpa melupakan budaya dan agama anutannya.
2. Berkat ketabahannya dia berjaya mendidik anak-anaknya dengan budaya dan tetap berpegang teguh pada ajaran Islam.
3. Tinggal di luar negara selama 25 tahun, Faridah tetap tabah mempertahankan jati dirinya sebagai seorang Melayu yang sejati.
 
3. Novel Sutera dalam Lukisan
Watak yang digambarkan memiliki nilai ketabahan ialah watak Adila.
Adila tabah berhadapan dengan cabaran ketika dia membuat keputusan untuk mengubah hidup Bujei yang sering dianiaya oleh Alias.
Contoh
1. Adila tabah mengajar Bujei pada setiap hari di bawah pokok belimbing di halaman rumah Sidang Saman.
2. Berkat ketabahannya, Bujei akhirnya berubah menjadi seorang anak muda yang mampu berdikari.
Ketabahan Adila juga terserlah apabila dia tegas dengan keputusan untuk
memutuskan hubungan dengan Faizal.
Contoh
1. Faizal datang ke kampung untuk menemuinya dan memohon maaf.
2. Adila tetap tabah berhadapan dengan kekecewaan atas perbuatan Faizal yang memungkiri janji semasa Adila ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.
 
4. Novel Interlok
Watak utama, iaitu Seman mempamerkan nilai ketabahan dalam perkembangan
plot cerita. 
1. Peristiwa yang menggambarkan nilai ketabahan ialah peristiwa
Seman dan ibunya terpaksa meninggalkan rumah dan tanah mereka selepas
Cing Huat tidak membenarkan mereka tinggal di situ.
2. Ketabahan Seman terserlah apabila dia menolak pelawaan Lazim agar dia
tinggal di tanah miliknya.
3. Seman dan ibunya menghilangkan diri dari kampung tanpa pengetahuan
penduduk
Ketabahan Seman juga terserlah melalui peristiwa dia pulang ke Kampung
Nyiur Condong dengan hasrat untuk mengahwini Upik.
contoh
1. Tetapi Upik telah berkahwin dengan Lazim.
2. Seman tabah menerima kenyataan tersebut memandangkan Lazim merupakan rakan baiknya.
3. Membuat keputusan untuk berkahwin dengan Gayah anak Mat Ranggi. 5. Novel Kembara Amira
Perwatakan watak dalam novel ini menggambarkan mereka mempunyai nilai
ketabahan.
Watak Amira yang digambarkan seorang gadis yang tabah dalam
menghadapi cabaran.
Contoh
1. Tabah kerana sanggup, meredah hutan untuk mencari Jacinta.
2. Tabah berhadapan dengan lembaga yang menyerupai beruang demi
untuk mencari pengalaman baharu.
Ketabahan Amira terbukti melalui tindakannya membantu Itai, Jacinta, Pak Lias,
dan Roslan menghadapi cabaran mendaki Gunung Gua Gajah untuk
menyelamatkan Malique yang diculik oleh lembaga yang berbulu beruang
mereka nyaris cedera apabila diserang oleh makhluk berkenaan.
1. Berjaya diselamatkan oleh Pak Lias.
2. Ketabahan Amira mendatangkan hasil apabila mereka berjaya menemukan
Malique
 
6. Novel Papa ... (akhirnya kau tewas jua!)
Nilai ketabahan digambarkan pada perwatakan Intan Maliana, isteri Jeffri
terbukti apabila Intan Maliana membuat keputusan untuk hamil.
1. memenuhi permintaan suaminya yang terlalu ingin akan anak.
2. mengundang risiko yang tinggi kerana dia pernah mengalami saat-saat
kritikal semasa melahirkan anaknya, Intan Julia.
3. Demi kasih sayang terhadap suami dia tetap tabah menerima risiko tersebut
Intan Maliana juga tabah untuk menerima kritikan orang atas keputusannya
untuk mengandung.
Contoh
1. Cikgu Suzie telah mengingatkannya tentang risiko yang bakal dihadapinya dan saat-saat kritikal ketika Intan Maliana melahirkan Ju.
2. Intan Maliana tabah mempertahankan tindakannya dengan mengatakan dia
berbuat demikian demi cintanya terhadap Jeffri




No comments:

Post a Comment