Monday, October 08, 2012

PMR KARANGAN TAMBAHAN 3

Peranan Sekolah Membentuk Disiplin Pelajar

Pengenalan
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar bukannya masalah yang baharu.
- berlarutan dari dahulu hingga hari ini
- seolah-olah tiada titik noktah bagi fenomena ini
- perlu ditangani dalam melahirkan modal insan yang berkualiti

Idea-idea Utama
Pihak sekolah banyak mengadakan aktiviti yang mampu menarik minat pelajar.
- sahsiah pelajar dapat dibentuk dengan baik
- pelajar berasa seronok untuk hadir ke sekolah
- kehadiran pelajar juga baik

Aktiviti kokurikulum dijalankan dengan lebih sempurna.
- dapat menyerlahkan dan mencungkil bakat pelajar
- pelajar berjaya hingga persada dunia
- dapat mengharumkan nama sekolah

Guru bimbingan dan kaunseling bijak dalam bertindak.
- prihatin dan mengambil berat terhadap pelajar yang bermasalah
- menyelesaikan masalah pelajar
- mengadakan sesi bersama pelajar

Memanggil ibu bapa untuk kes-kes disiplin.
- ibu bapa mengetahui perlakuan anak-anak di sekolah
- menasihati anak-anak mereka
- meluangkan masa bersama anak-anak

Menghantar para pelajar yang bermasalah ke kem bina semangat.
- untuk membawa mereka kembali ke pangkal jalan
- mendekatkan diri mereka dengan Tuhan
- merawat rohani dan membaiki sahsiah mereka

Penutup
Para pelajar harapan negara pada masa hadapan.
- mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap negara
- merupakan insan yang bakal memimpin dunia pada masa hadapan
- berganding bahu untuk membentuk sahsiah mereka

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment