Thursday, October 11, 2012

Morfem

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.

Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.  

Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem Bebas
a. Dapat berdiri sendiri, misalnya : minum, cuti, sekolah, periksa

b. Mempunyai maksud sendiri.

Morfem terikat/imbuhan
a.  Bentuk imbuhan, misalnya : mem, per, kan, ber

b. Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu       kata dan seterusnya makna ayat.
c. Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
  • Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal.
  • Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya perkataan "undian, minuman"
  • Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)
  • Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....an dalam permainan.
Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem
MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment