RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Wednesday, October 24, 2012

Latihan intensif karangan Bahasa Melayu

Berikut merupakan beberapa perenggan lengkap daripada tajuk karangan yang berbeza. Lengkapkan
perenggan tersebut dengan mengisi penanda wacana atau kata/frasa permulaan ayat yang sesuai

Punca Kesesakan Lalu Lintas

1. ......................................... yang menyebabkan masalah kesesakan di bandar-bandar kita terus menjadi-jadi sejak kebelakangan ini adalah kerana pertambahan bilangan kenderaan yang amat pesat. Kedudukan ekonomi negara kita yang mantap dan suasana politik kita yang stabil menyebabkan Malaysia kaya dengan peluang pekerjaan. 2. .................................... meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat kita. 3. ..................................... lebih ramai rakyat Malaysia hari ini mampu memiliki kenderaan peribadi dan tidak lagi terlalu bergantung kepada sistem pengangkutan awam. 4. ........................................... sistem jalan raya yang ada di bandar-bandar kita tidak berkembang selaras dengan peningkatan bilangan kenderaan. 5. ......................................... jalan-jalan tersebut tidak dapat menampung pertambahan kenderaan yang amat mendadak ini. 6. ......................... pergerakan kenderaan di bandar-bandar menjadi kurang lancar dan berakhir dengan kesesakan yang serius.

jawapan : 
1. Salah satu faktor/ Antara faktor
2. Hal ini seterusnya
3. Oleh itu / Hasilnya / Maka
4. Malangnya / Namun begitu / Walau bagaimanapun
5. Akibatnya / Kesudahannya / Pendek kata
6. Akibatnya / Kesudahannya / Pendek kata

Punca Keruntuhan Akhlak Remaja

1. ....................................... menyebabkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kita semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini adalah kerana ibu bapa kurang menitikberatkan didikan agama. 2. ................................... ibu bapa moden hari ini amat sibuk dengan urusan kerja dan mengabaikan aspek kerohanian dalam kehidupan mereka. 3. ............................................ kebanyakan ibu bapa juga terlalu ghairah memastikan kecemerlangan akademik anak-anak dan menganggap didikan agama tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap masa hadapan anak-anak. 4. ......................................... terdapat sesetengah ibu bapa sendiri yang kurang arif tentang suruhan serta pantang larang agama mereka dan tidak mampu mendidik anak-anak dalam soal tersebut. 5. ................................................., anak-anak yang berasal daripada keluarga sedemikian akan membesar tanpa sebarang nilai murni. Mereka juga tidak akan mempunyai sebarang prinsip atau pegangan hidup yang kukuh serta tidak mampu membezakan antara intan dan kaca.
6. ............................................ golongan ini mudah terjebak dalam pelbagai gejala sosial. 
7. ............................................... masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di negara kita terus meningkat dari setahun ke setahun.


jawapan
1. Salah satu faktor yang
2. Kebanyakan
3. Selain itu / Tambahan pula / Lagipun / Di samping itu
4. Selain itu / Tambahan pula / Lagipun / Di samping itu
5. Hal ini menyebabkan / Akibatnya / Kesudahannya
6. Hal ini menyebabkan / Akibatnya / Kesudahannya
7. Itulah sebabnya / Akibatnya / Maka tidaklah menghairankan sekiranya


Kesan Penglibatan Pelajar dalam Kumpulan Haram

1. ............................................. terpaksa ditanggung oleh para pelajar yang melibatkan diri dengan kegiatan kumpulan haram ialah mereka akan hilang peluang untuk memperoleh pendidikan yang sempurna. 2. .................................... mereka akan terlalu sibuk dan asyik dengan urusan kumpulan mereka sehingga hilang tumpuan tehadap pelajaran. Pelajar-pelajar ini juga
akan sentiasa ponteng sekolah. 3. ...................................... mereka tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh para guru. Mereka juga tidak akan berminat terhadap pengajaran guru dan tidak mampu menyiapkan pelbagai tugasan yang diamanahkan oleh guru. 4.............................. sesetengah pelajar ini akan gagal dalam segala ujian atau peperiksaan yang dijalankan.
5. ............................................ dalam kalangan mereka yang akan meninggalkan dunia persekolahan tanpa menamatkan pengajian. 6. ..........................................., pelajar-pelajar ini akan meninggalkan bangku sekolah tanpa sebarang kelulusan atau kemahiran yang amat diperlukan dalam dunia pekerjaan hari ini. 7. ........................................ mereka akan menghadapi
masalah besar untuk mendapatkan pekerjaan dan hidup melarat.

jawapan
1. Salah satu kesan yang
2. Hal ini disebabkan/ Perkara ini disebabkan
3. Selain itu / Seterusnya / Di samping itu
4. Akibatnya
5. Ada juga
6. Biasanya / Kesudahannya / Lazimnya / Akhirnya
7. Sebagai akibatnya / Kesudahannya


Kesan Yang Timbul Kerana Enggan Menyertai Aktiviti Kokurikulum

1. ............................................. yang terpaksa dihadapi oleh pelajar-pelajar ini ialah mereka tidak akan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang sempurna. Tanpa kegiatan kokurikulum, pelajar-pelajar ini tidak berkesempatan untuk menyertai pelbagai aktiviti di luar bilik darjah.
2. ......................................... mereka kurang berpeluang untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka yang lain. 3. ......................................... mereka menjadi manusia yang kekok dalam pergaulan. 4. ..................................... mereka juga akan menghadapi masalah untuk memahami perasaan dan pemikiran orang lain. 5. .............................................., pelajar-pelajar ini juga tidak tahu cara untuk mengambil hati atau mendapatkan kerjasama orang lain bagi melaksanakan
sesuatu tugasan. 6. .............................................. mereka tidak mungkin berupaya mengetuai sesuatu pasukan dengan sempurna. Anak-anak ini pasti akan menghadapi masalah besar apabila melangkahkan kaki ke dunia pekerjaan. Ketiadaan kemahiran berkomunikasi akan menyebabkan mereka tidak dapat memainkan peranan sebagai seorang anggota yang produktif dalam pasukan mereka.

jawapan
1. Masalah / Satu masalah
2. Hal ini menyebabkan / Akibatnya / Perkara ini menyebabkan
3. Akibatnya / Kesudahannya
4. Selain itu / Di samping itu
5. Bukan itu sahaja / Tambahan pula / Lagipun
6. Semua ini menyebabkan / Pendek kata / Oleh yang demikian

Permainan Tradisional (Pendahuluan)

Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada koleksi permainan lama yang diwarisi daripada nenek-moyang kita. 1. ...................................... permainan-permaian ini merupakan sebahagian daripada warisan budaya bangsa yang tidak terkira nilainya. 2. ........................................... contoh permainan tradisional yang masih wujud dalam kalangan masyarakat kita sehingga ke hari ini ialah wau, gasing, congkah, batu seremban dan sepak raga. 3. ........................................ permainan-permainan ini jelas semakin disisihkan oleh masyarakat hari ini. 4........................................ dapat diperhatikan dengan ketara terutama sekali dalam kalangan generasi muda dan masyarakat kota. Rata-rata anggota masyarakat hari ini menganggap permainan-permainan ini hanya merupakan satu koleksi usang dan ketinggalan zaman.
5. ........................................ keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
6. ................................................ untuk kerajaan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menghidupkan semula permainan-permainan tersebut.

jawapan
1. Sebenarnya / Sesungguhnya
2. Antara
3. Malangnya / Namun demikian / Walau bagaimanapun
4. Hal ini /Perkara ini / Fenomena ini / Gejala ini
5. Sudah tentu / Sudah pasti
6. Masanya sudah tiba

SELAMAT MENJAWAB

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment