Tuesday, October 30, 2012

Soalan Ramalan SPM 2012 Novel

Nilai ketabahan = watak utama

Cadangan jawapan
Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.

1. Faridah tabah menghadapi dugaan hidup.

Contohnya, walaupun tunangnya Azman memutuskan pertunangan mereka hanya melalui khidmat pesanan ringkas tanpa menyatakan sebabnya. Faridah tabah menghadapi kenyataan tersebut.

2. Faridah tabah menghadapi keadaan apabila kehilangan orang yang tersayang.

Contohnya, walaupun pada awalnya dia hampir gila kerana kehilangan adik kembarnya, ibu dan suaminya Ghazali, namun akhirnya dia tabah menghadapinya.


Nilai ketabahan = watak utama

Cadangan jawapan
Novel Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir.

1. Nilai ketabahan Amira menempuh cabaran dalam usaha menyelamatkan Malique. Contohnya,

a.Amira sanggup bersama-sama Itai masuk ke dalam Gunung Gua Gajah dalam usaha menjejaki Malique sedangkan dia boleh menanti di luar gua.

b.Amira juga sanggup berhadapan dengan Ludin sedangkan dia tahu risiko yang bakal diterimanya kerana mengikut Itai ke hulu sungai untuk mendapatkan ‘emas’ sebagai hadiah untuk Jacinta.


http://adf.ly/1okqV

KAEDAH MENGANALISIS PUISI

Sebelum menganalisis sesebuah, puisi anda harus terlebih dahulu faham aspek-aspek yang perlu diperhatikan dan juga istilah yang terlibat. Berikut merupakan aspek-aspek yang perlu dikaji dalam sesebuah puisi.

1. MAKSUD
 
Huraian maksud puisi dalam bentuk prosa. Maksud harus diberikan untuk setiap perenggan berdasarkan urutan asal.
 
2. TEMA dan PERSOALAN
 
Tema bermaksud pokok persoalan utama dalam sesebuah puisi. Biasanya tema boleh digarap dalam satu ayat sahaja. Selain daripada pokok persoalan utama itu, puisi juga akan membawakan pelbagai persoalan lain. Persoalan-persoalan ini merupakan isu-isu sampingan yang mengukuhkan tema.
 
3. BENTUK
 
Merujuk kepada ciri-ciri fizikal puisi. Pada bahagian ini anda harus perhatikan bilangan rangkap, bilangan baris dalam setiap rangkap, bilangan perkataan dalam setiap baris dan rima hujungnya. Sekiranya sesebuah puisi menunjukkan keseragaman dari aspek-aspek di atas, maka puisi tersebut dikatan berbentuk terikat. Pantun dan syair, sebagai contoh merupakan puisi berbentuk terikat. Sementara itu kebanyakan sajak pula tidak akan menunjukkan sebarang keseragaman dari segi bilangan ayat dalam setiap baris, bilangan perkataan dalam setiap ayat dan rimanya. Oleh itu puisi tersebut dikatakan berbentuk bebas.
 
4. GAYA BAHASA
 
Gaya bahasa merujuk kepada penerapan pelbagai unsur bahasa dalam sesebuah hasilan sastera. Tujuan penggunaan gaya bahasa adalah untuk menambahkan keindahannya. Antara aspek yang boleh diperhatikan pada gaya bahasa ialah:
 
a. Diksi
Pilihan kata. Penilaian harus dilakukan terhadap jenis-jenis kata yang digunakan dan kesesuaiannya dengan nada serta tema puisi tersebut.

b. Rima
Merujuk kepada bunyi. Rima yang biasanya diperkatakan ialah rima hujung. Rima hujung yang seragam pasti akan menambahkan keindahan ujaran sesebuah puisi.
c. Perlambangan
Simbol. Sebagi contoh, hijau melambangkan kesuburan, gunung melambangkan harapan, lautan
melambangkan kehidupan, duri melambangkan cabaran dan sebagainya.
d. Personifikasi
Memberikan sifat manusia kepada haiwan atau benda tidak bernyawa. Sebagai contoh:
Daun melambai-lambai
Sungai mengalir garang
Malam luka
Mentari tersenyum
e. Simile
Perbandingan dengan menggunakan kata hubung. Kata hubung yang sering digunakan ialah seperti, bagai, umpama dll. Contoh:
Berdiri seperti pahlawan
Terbang seperti burung
Hilai bagai hantu
Tunduk umpama soldadu tewas

f. Metafora
Rangkai kata yang terdiri daripada satu kata konkrit dan satu kata abstrak. Contoh:
Rumah kasih (merujuk kepada rumah anak-anak yatim)
Rumah - kata konkrit
Kasih - kata abstrak
Perahu hidup (merujuk kepada perjalanan hidup)
Perahu - kata konkrit
Hidup - kata abstrak
g. Hiperbola
Pernyataan yang berlebih-lebihan atau keterlaluan untuk menggambarkan sesuatu. Tujuan penggunaan hiperbola adalah untuk mengukuhkan sesuatu gambaran. Contoh:
Air matanya menitis membentuk sungai
Kemarahannya membelah gunung
h. Pengulangan
Pengulangan merujuk kepada gaya mengulang kata dalam baris puisi. Terdapat istilah yang berbeza untuk pengulangan yang berbeza.

Contohnya:
i. Anafora - Pengulangan kata pada awal baris-baris puisi
Contoh:
Ketika suara bergegar menempik semua
Ketika mata leka menggamit yang lalu
Mara pemuda enggan berputih mata
Menggenggam bara menghembus nafas merah
ii. Responsi
Pengulangan kata di tengah baris
Contoh:
Ditunggu anaknya dengan harapan yang satu
Mungkin pulang kini mungkin esok

Membawa pulang bingkisan molek
Mengingati ayah yang kedut mukanya
iii. Epifora
Pengulangan kata pada hujung baris.
Contoh:
Tugu diselubungi embun pagi
Melagu indah senandung sedih
Menempik khabar pertiwi sedih
Untuk apa darah ditumpah?
iv. Repetisi
Pengulangan kata pada baris yang sama.
Contoh:
Ditunggu anaknya dengan harapan yang satu
Mungkin pulang kini mungkin esok
Membawa pulang bingkisan molek
Mengingati ayah yang kedut mukanya

Pengulangan bunyi vokal (a,e,i,o,u) dalam baris puisi. Tujuannya adalah untuk mewujudkan irama yang merdu semasa membaca puisi tersebut.
Contoh:
Gelung selindung luruh di seluruh tubuh (Pengulangan bunyi u)
j. Aliterasi
Pengulangan bunyi konsonan (Selain daripada a,e,i,o.u)
Contoh:
Tatkala tebing tekun terkam (Pengulangan bunyi t)


http://adf.ly/1okqV

KOMSAS PANDUAN MENJAWAB

PUISI TRADISIONAL – TINGKATAN 4

PENGENALAN

Soalan pemahaman berdasarkan puisi akan dikemukakan pada Soalan 2d,  Kertas 2. Anda boleh diberikan sebuah puisi tradisional atau sajak. Sebanyak tiga soalan akan diperuntukkan bagi bahagian ini. Pola soalannya adalah seperti berikut:

i. Soalan pemahaman kontekstual, frasa atau rangkai kata. Jawapan untuk bahagian ini boleh dikutip secara langsung daripada puisi. Walau bagaimanapun anda seharusnya mampu menafsirkan perlambangan yang digunakan agar jawapan anda menunjukkan pemahaman terhadap maksud sebenar puisi tersebut. Selain itu anda juga mungkin diminta menerangkan sesuatu
konsep yang disampaikan dalam bentuk frasa. Sekali lagi, anda perlu menafsirkan perlambangan, simbol dan maksud tersirat yang terkandung di dalamnya bagi membuktikan pemahaman anda
ii. Soalan KBKK. Anda akan diminta memberikan idea peribadi tentang sesuatu hal yang berkaitan dengan puisi tersebut. Anda perlu menggunakan pandangan sendiri dan tidak boleh bergantung kepada kandungan puisi yang diberikan.
iii. Soalan KOMSAS. Di sini anda akan disoal tentang unsur-unsur sastera yang terkandung dalam puisi tersebut. Antaranya anda mungkin perlu memberikan tema, persoalan, pengajaran, nilai dan sebagainya.


A. Pantun

i. Pantun merupakan salah satu komponen kesusasteraan Melayu yang tertua.

ii. Jika ditinjau dari segi bentuknya terdapat pelbagi jenis pantun seperti pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat dan pantun berkait.

iii. Pantun yang paling popular ialah pantun empat kerat.
iv. Dalam pantun empat kerat, dua baris pertama merupakan pembayang manakala dua baris terakhirnya pula merupakan maksud.

v. Setiap baris dalam pantun ini akan terdiri dalam lingkungang 4 patah perkataan.
vi. Rima hujung pantun empat kerat ialah abab.

B. Syair
Syair merupakan puisi tradisional yang muncul di dunia Melayu melalui pertembungan bangsa Melayu dengan Arab. Istilah “Syair” berasal daripada bahasa Arab yang bemaksud perasaan atau sesuatu yang muncul melalui rasa. Ciri-ciri syair ialah:

i. Setiap rangkap syair terdiri daripada 4 – 5 patah perkataan.
ii.Rima akhirnya ialah aaaa
iii.Tidak ada konsep pembayang dalam syair. Kesemua empat barisnya berfungsi sebagai maksud.

iv. Syair biasanya menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan cerita dongeng, hikayat, sindiran, hal-hal berkaitan agama atau memberikan nasihat.


C. Gurindam
Gurindam merupakan sejenis syair melarat yang biasanya terdiri daripada dua baris serangkap tanpa sebarang had terhadap jumlah rangkapnya.  Antara ciri gurindam ialah
i. Terdiri daripada dua baris serangkap.
ii. Rima akhirnya ialah aa.
iii. Ayat pertama merupakan pengenalan untuk isu, manakala ayat keduanya menjadi penerang akibat untuk ayat pertama.
iv. Biasanya gurindam bertujuan untuk memberikan nasihat tentang kehidupan dan juga hal-hal agama.


D. Seloka
Perkataan “seloka” berasal daripada perkataan Sanskrit. Kaedah inilah yang digunakan untuk menyampaikan cerita Mahabharata dan Ramayana. Ciri-ciri seloka ialah

i. Seloka merupakan puisi yang digunakan sebagai pilihan untuk prosa bagi menyampaikan sesuatu kisah.

ii. Terdapat dua bentuk seloka iaitu seloka bersajak (empat baris serangkap dengan rima hujungnya aaaa) dan seloka tidak bersajak (tiada ketetapan baris dan rima).

iii. Seloka Emak Si Randang ialah satu contoh seloka tidak bersajak.
iv. Oleh kerana seloka membawakan satu cerita, maka tidak ada konsep pembayang di dalamnya.


Sumber rujukan :
Dr Kathiresan PhD (Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

Monday, October 29, 2012

Panduan Menjawab soalan novel

Contoh soalan
Pengajaran dalam novel Melunas Rindu

Cadangan jawapan

Antara pengajaran yang dikemukakan oleh pengarang ialah kita mestilah menghormati dan menyayangi orang di sekeliling kita walaupun berlainan bangsa dan agama (isi 1). Contohnya Fuad sangat menghormati dan menyayangi Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, dan Swee Lan (contoh bagi isi 1).

Kita mestilah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu perkara (isi 2). Contohnya berkat kegigihannya, Fuad akhirnya berjaya menemui ibu kandungnya yang disangka sudah meninggal dunia (contoh bagi isi 2).

Selain itu, kita mestilah tegas dalam menjalankan tugas yang diberikan (Isi 3). Contohnya, Cikgu Abas bersikap tegas terhadap guru yang bersikap sambil lewa dan sering ponteng kelas. Dia telah menegur guru-guru agar menjalankan tugas dengan jujur dan bertanggungjawab (contoh bagi isi 3).

Seterusnya, kita hendaklah tabah menerima dugaan dan ketentuan Ilahi (isi 4). Contohnya, Fuad reda menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya, iaitu Farhana ialah adik kandungnya (contoh bagi isi 4)

http://adf.ly/1okqV

Nilai Ketabahan KABUS DI PERBUKITAN

KETABAHAN SEORANG WANITA DALAM MENGHARUNGI LIKU-LIKU PAHIT MANIS KEHIDUPAN MERENTASI DUA BENUA BERBEZA TETAPI KEKAL DALAM JATI DIRI SEORANG MELAYU GLOKAL.

Secara keseluruhan sinopsis cerita berkisar kepada pahit manis kehidupan watak utama novel iaitu Faridah sejak dilahirkan sehingga mempunyai keluarga sendiri. Ditakdirkan mempunyai kembar tetapi suratan ilahi menentukan segala-galanya apabila Faridah terpisah daripada adik kembarnya Rahayu gara-gara kesilapan yang dilakukan oleh bapanya bernama Mejar (B) Kamaruddin Bin Ahmad yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga. Takdir juga menentukan bahawa Faridah akan kehilangan Rahayu apabila dipertemukan untuk kali kedua. Malang berganda yang menimpa Faridah umpama jatuh ditimpa tangga apabila ibunya Salmah dan suaminya, Ghazali pula meninggal dunia. Takdir membawanya ke bumi KIWI ( New Zealand) apabila ditawarkan berkursus selama enam bulan. Takdir juga membuka hatinya untuk menerima lamaran seorang pemuda bernama Soleh Johnsons dan seterusnya dikurniai dua orang puteri (juga kembar) dan memutuskan untuk terus tinggal di sana membina keluarga bahagia. Setelah 25 tahun berlalu, pelbagai peristiwa sering datang bertamu dan akhirnya mempertemukannya semula dengan Azrul (teman rapat) arwah adiknya Rahayu. Mereka akhirnya dipersatukan apabila anak mereka berdua membina rumah tangga bahagia. Faridah umpama karang yang teguh bertahan di tengah-tengah samudera yang mengganas. Hidup di bumi asing tidak sesekali menghilangkan kebangaan kepada jati diri sebagai seorang Melayu GLOKAL.

Nilai Ketabahan

Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang disayanginya iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali.

Nilai Ketabahan

Watak Salmah dan Faridah juga menggambarkan nilai ketabahan dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup. Salmah tanah mengharungi hidupnya bersama Faridah yang ditinggalkan oleh suaminya Mejar (B) Kamarudin. Dia bekerja seorang diri di sawah untuk mendapatkan rezeki dan membesarkan Faridah. Faridah pula tabah menghadapi pemergian ahli keluarganya bermula daripada Rahayu, ibunya dan kemudian suaminya Ghazali akibat daripada kemalangan jalan raya. Hasil daripada ketabahannya dia telah mendapat kebahagiaan setelah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan Soleh Johnsons.
 

http://adf.ly/1okqV

Wednesday, October 24, 2012

PENUTUP AYAT RUMUSAN BAHASA MELAYU

1. Penutup rumusan harus ditulis dalam satu ayat sahaja.

2. Namun begitu, satu ayat itu harus mempunyai EMPAT perkara di dalamnya iaitu:

Pihak + Tindakan + Kata Hubung + Alasan

Pihak
- Siapa yang bertanggungjawab @ siapa yang boleh lakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah dalam petikan.

Tindakan
- Nyatakan bahawa pihak di atas harus mengatasi masalah yang menjadi isu dalam petikan

Kata Hubung
- Supaya @ agar

Alasan
- Berikan justifikasi atau kesan mengambil tindakan tersebut

Contoh

Petikan berkaitan pembalakan yang keterlaluan

Pihak - Kerajaan

Tindakan - Harus mengurangkan pembalakan

Kata Hubung - Agar

Alasan - Memelihara alam semula jadi

Penutup Lengkap

Kesimpulannya, kerajaan harus mengurangkan pembalakan agar alam semula jadi kita terpelihara.

http://adf.ly/1okqV

ISI TERSIRAT RUMUSAN BAHASA MELAYU

1. Ini merujuk kepada idea sendiri yang diberikan oleh calon.

2. Isi tersirat yang perlu ditulis dinyatakan pada kehendak kedua soalan rumusan. Perhatikan soalan rumusan di bawah….

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca kemasukan warganegara asing dan masalahmasalah yang timbul akibat kehadiran mereka. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kehendak kedua - masalah-masalah yang timbul akibat

Kehadiran. - ISI TERSIRAT

3. Oleh itu anda perlu memberikan idea-idea tentang pelbagai masalah atau kesulitan yang disebabkan oleh warga asing di negara kita. Bilangan isi tersirat yang perlu diberikan bergantung kepada bilangan isi tersurat yang telah anda kutip daripada petikan.

Sekiranya petikan menyumbangkan empat isi tersurat, maka anda perlu memberikan empat isi tersirat.

Sekiranya petikan menyumbangkan lima isi tersurat maka anda hanya perlu memberikan tiga isi tersirat.

4. Peringatan! Anda 'TIDAK' boleh menggunakan isi-isi (tentang masalah) yang diberikan dalam petikan. Hal ini disebabkan isi tersirat mesti merupakan idea peribadi anda.

http://adf.ly/1okqV

ISI TERSURAT RUMUSAN BAHASA MELAYU

1. Isi tersurat merujuk kepada idea-idea yang terkandung secara langsung di dalam
petikan.

2. Sebagaimana yang telah dikatakan sebelum ini, soalan rumusan akan mempunyai dua kehendak. Kehendak pertama merupakan soalan isi tersurat. Perhatikan soalan di bawah …

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca kemasukan warganegara asing dan masalah-masalah yang timbul akibat kehadiran mereka. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kehendak pertama - punca kemasukan warganegara asing – SOALAN TERSURAT

3. Oleh itu anda perlu mengutip semua punca/faktor/alasan/sebab warganegara asing
memasuki negara kita daripada petikan.

4. Kesemua idea mestilah diambil daripada petikan. Anda dilarang memberikan sebarang
idea sendiri.

5. Anda sepatutnya mencari sekurang-kurangnya empat isi daripada petikan. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya anda memberikan lima atau enam isi tersurat. Hal ini kerana bilangan Isi Tersurat + Isi Tersirat haruslah genap lapan. Oleh itu sekiranya anda memberikan enam isi tersurat, maka anda hanya perlu memberikan dua isi tersirat sahaja.

http://adf.ly/1okqV

Latihan intensif karangan Bahasa Melayu

Berikut merupakan beberapa perenggan lengkap daripada tajuk karangan yang berbeza. Lengkapkan
perenggan tersebut dengan mengisi penanda wacana atau kata/frasa permulaan ayat yang sesuai

Punca Kesesakan Lalu Lintas

1. ......................................... yang menyebabkan masalah kesesakan di bandar-bandar kita terus menjadi-jadi sejak kebelakangan ini adalah kerana pertambahan bilangan kenderaan yang amat pesat. Kedudukan ekonomi negara kita yang mantap dan suasana politik kita yang stabil menyebabkan Malaysia kaya dengan peluang pekerjaan. 2. .................................... meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat kita. 3. ..................................... lebih ramai rakyat Malaysia hari ini mampu memiliki kenderaan peribadi dan tidak lagi terlalu bergantung kepada sistem pengangkutan awam. 4. ........................................... sistem jalan raya yang ada di bandar-bandar kita tidak berkembang selaras dengan peningkatan bilangan kenderaan. 5. ......................................... jalan-jalan tersebut tidak dapat menampung pertambahan kenderaan yang amat mendadak ini. 6. ......................... pergerakan kenderaan di bandar-bandar menjadi kurang lancar dan berakhir dengan kesesakan yang serius.

jawapan : 
1. Salah satu faktor/ Antara faktor
2. Hal ini seterusnya
3. Oleh itu / Hasilnya / Maka
4. Malangnya / Namun begitu / Walau bagaimanapun
5. Akibatnya / Kesudahannya / Pendek kata
6. Akibatnya / Kesudahannya / Pendek kata

Punca Keruntuhan Akhlak Remaja

1. ....................................... menyebabkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kita semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini adalah kerana ibu bapa kurang menitikberatkan didikan agama. 2. ................................... ibu bapa moden hari ini amat sibuk dengan urusan kerja dan mengabaikan aspek kerohanian dalam kehidupan mereka. 3. ............................................ kebanyakan ibu bapa juga terlalu ghairah memastikan kecemerlangan akademik anak-anak dan menganggap didikan agama tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap masa hadapan anak-anak. 4. ......................................... terdapat sesetengah ibu bapa sendiri yang kurang arif tentang suruhan serta pantang larang agama mereka dan tidak mampu mendidik anak-anak dalam soal tersebut. 5. ................................................., anak-anak yang berasal daripada keluarga sedemikian akan membesar tanpa sebarang nilai murni. Mereka juga tidak akan mempunyai sebarang prinsip atau pegangan hidup yang kukuh serta tidak mampu membezakan antara intan dan kaca.
6. ............................................ golongan ini mudah terjebak dalam pelbagai gejala sosial. 
7. ............................................... masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di negara kita terus meningkat dari setahun ke setahun.


jawapan
1. Salah satu faktor yang
2. Kebanyakan
3. Selain itu / Tambahan pula / Lagipun / Di samping itu
4. Selain itu / Tambahan pula / Lagipun / Di samping itu
5. Hal ini menyebabkan / Akibatnya / Kesudahannya
6. Hal ini menyebabkan / Akibatnya / Kesudahannya
7. Itulah sebabnya / Akibatnya / Maka tidaklah menghairankan sekiranya


Kesan Penglibatan Pelajar dalam Kumpulan Haram

1. ............................................. terpaksa ditanggung oleh para pelajar yang melibatkan diri dengan kegiatan kumpulan haram ialah mereka akan hilang peluang untuk memperoleh pendidikan yang sempurna. 2. .................................... mereka akan terlalu sibuk dan asyik dengan urusan kumpulan mereka sehingga hilang tumpuan tehadap pelajaran. Pelajar-pelajar ini juga
akan sentiasa ponteng sekolah. 3. ...................................... mereka tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh para guru. Mereka juga tidak akan berminat terhadap pengajaran guru dan tidak mampu menyiapkan pelbagai tugasan yang diamanahkan oleh guru. 4.............................. sesetengah pelajar ini akan gagal dalam segala ujian atau peperiksaan yang dijalankan.
5. ............................................ dalam kalangan mereka yang akan meninggalkan dunia persekolahan tanpa menamatkan pengajian. 6. ..........................................., pelajar-pelajar ini akan meninggalkan bangku sekolah tanpa sebarang kelulusan atau kemahiran yang amat diperlukan dalam dunia pekerjaan hari ini. 7. ........................................ mereka akan menghadapi
masalah besar untuk mendapatkan pekerjaan dan hidup melarat.

jawapan
1. Salah satu kesan yang
2. Hal ini disebabkan/ Perkara ini disebabkan
3. Selain itu / Seterusnya / Di samping itu
4. Akibatnya
5. Ada juga
6. Biasanya / Kesudahannya / Lazimnya / Akhirnya
7. Sebagai akibatnya / Kesudahannya


Kesan Yang Timbul Kerana Enggan Menyertai Aktiviti Kokurikulum

1. ............................................. yang terpaksa dihadapi oleh pelajar-pelajar ini ialah mereka tidak akan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang sempurna. Tanpa kegiatan kokurikulum, pelajar-pelajar ini tidak berkesempatan untuk menyertai pelbagai aktiviti di luar bilik darjah.
2. ......................................... mereka kurang berpeluang untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka yang lain. 3. ......................................... mereka menjadi manusia yang kekok dalam pergaulan. 4. ..................................... mereka juga akan menghadapi masalah untuk memahami perasaan dan pemikiran orang lain. 5. .............................................., pelajar-pelajar ini juga tidak tahu cara untuk mengambil hati atau mendapatkan kerjasama orang lain bagi melaksanakan
sesuatu tugasan. 6. .............................................. mereka tidak mungkin berupaya mengetuai sesuatu pasukan dengan sempurna. Anak-anak ini pasti akan menghadapi masalah besar apabila melangkahkan kaki ke dunia pekerjaan. Ketiadaan kemahiran berkomunikasi akan menyebabkan mereka tidak dapat memainkan peranan sebagai seorang anggota yang produktif dalam pasukan mereka.

jawapan
1. Masalah / Satu masalah
2. Hal ini menyebabkan / Akibatnya / Perkara ini menyebabkan
3. Akibatnya / Kesudahannya
4. Selain itu / Di samping itu
5. Bukan itu sahaja / Tambahan pula / Lagipun
6. Semua ini menyebabkan / Pendek kata / Oleh yang demikian

Permainan Tradisional (Pendahuluan)

Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada koleksi permainan lama yang diwarisi daripada nenek-moyang kita. 1. ...................................... permainan-permaian ini merupakan sebahagian daripada warisan budaya bangsa yang tidak terkira nilainya. 2. ........................................... contoh permainan tradisional yang masih wujud dalam kalangan masyarakat kita sehingga ke hari ini ialah wau, gasing, congkah, batu seremban dan sepak raga. 3. ........................................ permainan-permainan ini jelas semakin disisihkan oleh masyarakat hari ini. 4........................................ dapat diperhatikan dengan ketara terutama sekali dalam kalangan generasi muda dan masyarakat kota. Rata-rata anggota masyarakat hari ini menganggap permainan-permainan ini hanya merupakan satu koleksi usang dan ketinggalan zaman.
5. ........................................ keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
6. ................................................ untuk kerajaan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menghidupkan semula permainan-permainan tersebut.

jawapan
1. Sebenarnya / Sesungguhnya
2. Antara
3. Malangnya / Namun demikian / Walau bagaimanapun
4. Hal ini /Perkara ini / Fenomena ini / Gejala ini
5. Sudah tentu / Sudah pasti
6. Masanya sudah tiba

SELAMAT MENJAWAB

http://adf.ly/1okqV

Monday, October 22, 2012

Ulang kaji Novel Melunas Rindu Ramalan SPM 2012

Peristiwa yang berkaitan dengan nilai pengorbanan.

Nilai pengorbanan dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.

a) Pengorbanan seorang anak terhadap ibunya. Contohnya Fuad sanggup berkorban dari segi masa dan tenaga semata-mata ingin mencari ibunya dan pencarian Fuad akhirnya berhasil. Selain itu

b) Pengorbanan untuk kebahagiaan keluarga. Contohnya, Fuad dan Farhana sanggup melupakan hubungan cinta mereka setelah mengetahui mereka sebenarnya adik-beradik. Akhirnya

c) Pengorbanan warga pendidik demi kemajuan anak bangsa. Contohnya, Cikgu Farhana dan Fuad sanggup mengorban masa dan tenaga dengan menghadiri kelas lanjutan yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi kemajuan pelajar di sekolah mereka.

http://adf.ly/1okqV

Ulang kaji Novel Melunas Rindu Ramalan SPM 2012

Kepincangan yang wujud dalam kalangan masyarakat

Kepincangan yang wujud dalam kalangan masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.

a) Masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Contohnya Cikgu Zamani jarang masuk ke kelas lanjutan dan sering bergaduh dengan Cikgu Farhana. Selain itu,

b) Masyarakat yang menjadi mangsa keruntuhan rumah tangga. Contohnya, Fuad terpaksa berpisah dengan ibunya Mariana setelah ayahnya iaitu Robert Lim bercerai dengan ibunya.

http://adf.ly/1okqV

Ulang kaji Novel Melunas Rindu soalan ramalan 2012

Nilai kasih sayang yang terdapat dalam sebuah novel 

Terdapat pelbagai peristiwa yang berkaitan dengan nilai kasih sayang dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.

a) Kasih sayang seorang anak kepada ibunya. Contohnya, Fuad berusaha mencari ibunya yang terpisah dengannya sejak dilahirkan, akhirnya bertemu ibunya di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

b) Kasih sayang terhadap keluarga angkat. Contohnya Fuad amat menyayangi Pak Ismail dsan Mak Salmah, ibu bapa angkatnya di Kampung danau seberang menyebabkan dia membawa mereka mengerjakan umrah di Mekah. Akhirnya,

c) Kasih sayang terhadap sahabat. Contohnya, Fuad amat mengambil berat tentang kesihatan ibu Farhana kerana persahabatannya dengan Farhana menyebabkan dia sering menemani Farhana di hospital.

http://adf.ly/1okqV

Ulang kaji Novel Melunas Rindu Ramalan SPM 2012

Peristiwa yang berjaya menyentuh hati pembaca 


Peristiwa yang menyentuh hati pembaca dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Antaranya ialah

a) Fuad yang terpaksa berpisah dengan ibunya kerana perceraian ibu bapanya. Peristiwa ini berjaya menimbulkan perasaan simpati pembaca. Selain itu,

b) Mariana yang mengalami gangguan jiwa kerana ditinggalkan oleh Robert Lim setelah tiga bulan berkahwin. Peristiwa ini berjaya menimbulkan perasaan sedih pembaca.


http://adf.ly/1okqV

Tuesday, October 16, 2012

Soalan Ulangkaji Novel SPM 2012

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan dua contoh tindakan dan perwatakan yang menggambarkan nilai ketabahan.

1. Novel Melunas Rindu

Nilai ketabahan diketengahkan melalui watak utamanya, iaitu Fuad. Ketabahannya terbukti apabila Fuad yang melalui kehidupan yang dilatari oleh pelbagai keadaan.
contoh
1. dilahirkan sebagai orang Islam tetapi dibesarkan dalam keluarga Cina.
2. kembali kepada ajaran Islam setelah berlaku tragedi dalam hidupnya.

Fuad juga tabah untuk mencari ibu kandungnya yang disangkanya telah meninggal dunia.
Contoh
1. Pergi ke FELDA Lembah Klau untuk mendapatkan bantuan orang-orang yang mengenali ibunya / tabah mengharungi kesusahan.
  2. Tidak jemu-jemu berdoa agar dia dapat ditemukan dengan ibu   
  kandungnya / pencarian itu akhirnya berhasil berkat ketabahan Fuad /
  rupa-rupanya ibu Farhana adalah ibu kandung Fuad.

2. Novel Kabus di Perbukitan

Nilai ketabahan terpapar pada Faridah sebagai watak utama.
Faridah digambarkan sebagai seorang wanita yang sangat tabah mengbadapi
cabaran hidup.
Contohnya
1. Faridah sangat tabah menjaga ibunya di Sungai Besar setelah
ibunya uzur.
2. Ketabahannya terbukti apabila dia sanggup menjaga ibunya
walaupun dia sudah berumahtangga dengan Ghazali.
3. Dia juga tabah menerima takdir suaminya, Ghazali meninggal dunia kerana
terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ketabahan Faridah turut terbukti ketika berada di New Zealand.
1. Tabah mengharung hidup di bumi asing tanpa melupakan budaya dan agama anutannya.
2. Berkat ketabahannya dia berjaya mendidik anak-anaknya dengan budaya dan tetap berpegang teguh pada ajaran Islam.
3. Tinggal di luar negara selama 25 tahun, Faridah tetap tabah mempertahankan jati dirinya sebagai seorang Melayu yang sejati.
 
3. Novel Sutera dalam Lukisan
Watak yang digambarkan memiliki nilai ketabahan ialah watak Adila.
Adila tabah berhadapan dengan cabaran ketika dia membuat keputusan untuk mengubah hidup Bujei yang sering dianiaya oleh Alias.
Contoh
1. Adila tabah mengajar Bujei pada setiap hari di bawah pokok belimbing di halaman rumah Sidang Saman.
2. Berkat ketabahannya, Bujei akhirnya berubah menjadi seorang anak muda yang mampu berdikari.
Ketabahan Adila juga terserlah apabila dia tegas dengan keputusan untuk
memutuskan hubungan dengan Faizal.
Contoh
1. Faizal datang ke kampung untuk menemuinya dan memohon maaf.
2. Adila tetap tabah berhadapan dengan kekecewaan atas perbuatan Faizal yang memungkiri janji semasa Adila ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.
 
4. Novel Interlok
Watak utama, iaitu Seman mempamerkan nilai ketabahan dalam perkembangan
plot cerita. 
1. Peristiwa yang menggambarkan nilai ketabahan ialah peristiwa
Seman dan ibunya terpaksa meninggalkan rumah dan tanah mereka selepas
Cing Huat tidak membenarkan mereka tinggal di situ.
2. Ketabahan Seman terserlah apabila dia menolak pelawaan Lazim agar dia
tinggal di tanah miliknya.
3. Seman dan ibunya menghilangkan diri dari kampung tanpa pengetahuan
penduduk
Ketabahan Seman juga terserlah melalui peristiwa dia pulang ke Kampung
Nyiur Condong dengan hasrat untuk mengahwini Upik.
contoh
1. Tetapi Upik telah berkahwin dengan Lazim.
2. Seman tabah menerima kenyataan tersebut memandangkan Lazim merupakan rakan baiknya.
3. Membuat keputusan untuk berkahwin dengan Gayah anak Mat Ranggi. 5. Novel Kembara Amira
Perwatakan watak dalam novel ini menggambarkan mereka mempunyai nilai
ketabahan.
Watak Amira yang digambarkan seorang gadis yang tabah dalam
menghadapi cabaran.
Contoh
1. Tabah kerana sanggup, meredah hutan untuk mencari Jacinta.
2. Tabah berhadapan dengan lembaga yang menyerupai beruang demi
untuk mencari pengalaman baharu.
Ketabahan Amira terbukti melalui tindakannya membantu Itai, Jacinta, Pak Lias,
dan Roslan menghadapi cabaran mendaki Gunung Gua Gajah untuk
menyelamatkan Malique yang diculik oleh lembaga yang berbulu beruang
mereka nyaris cedera apabila diserang oleh makhluk berkenaan.
1. Berjaya diselamatkan oleh Pak Lias.
2. Ketabahan Amira mendatangkan hasil apabila mereka berjaya menemukan
Malique
 
6. Novel Papa ... (akhirnya kau tewas jua!)
Nilai ketabahan digambarkan pada perwatakan Intan Maliana, isteri Jeffri
terbukti apabila Intan Maliana membuat keputusan untuk hamil.
1. memenuhi permintaan suaminya yang terlalu ingin akan anak.
2. mengundang risiko yang tinggi kerana dia pernah mengalami saat-saat
kritikal semasa melahirkan anaknya, Intan Julia.
3. Demi kasih sayang terhadap suami dia tetap tabah menerima risiko tersebut
Intan Maliana juga tabah untuk menerima kritikan orang atas keputusannya
untuk mengandung.
Contoh
1. Cikgu Suzie telah mengingatkannya tentang risiko yang bakal dihadapinya dan saat-saat kritikal ketika Intan Maliana melahirkan Ju.
2. Intan Maliana tabah mempertahankan tindakannya dengan mengatakan dia
berbuat demikian demi cintanya terhadap Jeffri