Tuesday, September 25, 2012

T I P S Persedian yang bijak menghadapi BM SPM 2012

Soalan 2 – Pemahaman

Aspek kelemahan calon.
• Calon tidak membaca arahan soalan dan tidak meneliti kehendak soalan.
• Calon hanya mengemukakan satu isi sahaja sedangkan markah yang diperuntukkan ialah tiga.
• Bahagian soalan laras pemahaman, calon kemukakan idea sendiri sedangkan jawapan terdapat dalam petikan.
• Calon hanya kemukan isi sahaja tanpa huraian dan contoh.
• Calon melakukan banyak kesalahan tatabahasa menyebabkan markah setengah (-1/2) terpaksa ditolak untuk setiap soalan.

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon.
• Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk mengesahkan kehendak soalan.
• Setiap kali selesai menulis jawapan, perlu membandingkan dengan soalan, adakah jawapan tersebut tepat atau terpesong.
• Teliti jumlah markah yang dicatatkan selepas setiap soalan kerana jumlah isi biasanya bergantung kepada jumlah markah. Sekiranya markah tiga, isi yang dikemukan juga tiga.
• Setiap jawapan perlu pengukuhan huraian dan contoh. Dalan soalan komsas, calon perlu kemukakan contoh daripada peristiwa yang berlaku.
• Soalan berkaitan komsas seperti nilai-nilai murni, pengajaran dan watak, berbeza penggunaan bahasanya.
• Contoh daripada kata kunci gigih; untuk menjawab soalan watak – seorang yang gigih, soalan nilai – kegigihan, soalan pengajaran – kita mestilah gigih berusaha.
• Terdapat tiga laras soalan dalam setiap petikan:

i. Laras pemahaman – tahap ini menguji pemahaman calon terhadap petikan. Jawapannya juga boleh diperoleh daripada petikan.

ii. Laras analisis – bahagian ini menguji maksud perkataan/rangkai kata/ maksud ayat atau soalansoalan komsas iaitu tema, persoalan, watak, nilai-nilai murni, pengajaran, latar, gaya bahasa, plot,dan teknik plot. Jawapannya boleh diperoleh sama ada dalam petikan atau daripada keseluruhan cerita.

iii. Laras kemahiran berfikir/pendapat – soalan ini menguji pendapat daripada calon. Calon
perlu mengemukakan idea sendiri dan tidak boleh mencedok idea daripada petikan. Apabila
mengemukakan idea, elakkan daripada mengulang isi dan kemukakan tiga idea berbeza.

No comments:

Post a Comment