Tuesday, September 25, 2012

T I P S Persedian yang bijak menghadapi BM SPM 2012

Soalan 3 – Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Aspek kelemahan calon

3a. Bina ayat
• Calon melakukan kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda bacaan.
• Calon menjadikan perkataan yang diuji sebagai kata nama khas/ peribahasa/ calon menambah atau mengubah imbuhan.
• Menggunakan dua perkataan yang diuji dalam satu ayat.
• Membina ayat yang tidak menunjukkan maksud yang sebenar atau tanpa makna atau maksud salah.

3b. Soalan pelbagai
• Soalan menyambung ayat, calon menggunakan kata hubung atau penanda wacana yang salah atau
tidak sesuai atau ayat disambung di bahagian yang salah.
• Soalan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Calon menggunakan di…..oleh untuk kata ganti nama diri pertama dan kedua. Hukumnya salah. (sila rujuk buku tatabahasa DBP untuk maklumat lanjut)
• Soalan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Calon masih menggunakan ayat cakap ajuk
tanpa menukarkan kepada bahasa formal atau calon masih menggunakan perkataan ringkas seperti ‘tak’/’nak’.

3c. Kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan
• Calon menukar ejaan atau imbuhan yang sememangnya betul. Calon juga mengubah struktur ayat.

3d. Kesalahan penggunaan kata atau istilah.
• Calon membetulkan penggunaan kata atau istilah yang sememangnya betul.
• Calon membetulkan ejaan walhal, kesalahan yang diuji ialah istilah dan penggunaan kata. Calon mengubah struktur ayat.

3e. Calon mengemukakan peribahasa yang salah atau meletakkan kedudukan peribahasa dalam
kedudukan yang salah. Calon juga menambah atau meninggalkan imbuhan yang terdapat pada
peribahasa.

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon.
• Elakkan daripada melakukan kesalahan ejaan atau tatabahasa.
• Sentiasa mengulang soalan atau merujuk soalan untuk pastikan setiap jawapan menepati kehendak soalan.
• Walaupun arahannya sama saban tahun, calon perlu membaca arahan untuk setiap soalan.
• Jawab soalan ikut urutan soalan.

No comments:

Post a Comment