Tuesday, September 25, 2012

T I P S Persedian yang bijak menghadapi BM SPM 2012

Soalan 4 – Novel
Aspek kelemahan calon.
• Calon tidak mengemukakan contoh dan huraian atau calon memberi contoh yang umum atau salah.
• Calon tidak menguasai cerita menyebabkan isi yang dijawab setakat ala kadar.
• Teknik menjawab salah. Contoh, soalan mengkehendaki calon mengemukakan watak, tetapi calon menjawab dalam bentuk nilai murni iaitu sepatutnya ‘wataknya seorang yang penyayang’ tetapi calon menjawab ‘watak sayang-menyayangi’.
• Soalan perbandingan, calon tidak bandingkan antara kedua-dua novel.

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon.
• Calon perlu menguasai kedua-dua novel yang dipelajari semasa di tingkatan empat dan tingkatan lima kerana corak soalan masa kini memerlukan calon menjawab berdasarkan kedua-dua buah novel ini contohnya soalan perbandingan.
• Calon perlu tahu jalan cerita dan mengenali watak terutama watak penting secara terperinci untuk memudahkan calon mengemukakan contoh sebagai bukti.
• Calon perlu mengemukakan contoh beserta huraian kerana tanpa contoh, calon tidak akan memperoleh markah.
• Menggelakkan daripada melakukan kesalahan bahasa supaya markah bahasa tidak ditolak.

No comments:

Post a Comment