Tuesday, September 25, 2012

T I P S Persedian yang bijak menghadapi BM SPM 2012

Soalan 1 – Rumusan

Aspek Kelemahan calon.

Pendahuluan
• Calon tidak kemukakan tema mengikut isi, sebaliknya menukar kata kunci isi kepada perkataan sama maksud/sinonim.

Isi tersurat
• Tidak lengkap kerana calon ambil sebahagian sahaja isi semata-mata untuk mengelakkan berlakunya lebihan perkataan, walhal calon sebenarnya meninggalkan isi yang penting menyebabkan markah untuk isi berkenaan berkurangan atau langsung tiada.

• Calon mengemukakan isi yang tidak berkenaan kerana calon tidak faham arahan atau kehendak soalan.

Isi tersirat
• Calon kemukakan isi secara umum sahaja.
• Isi yang dikemukan calon berulang walaupun ayatnya berbeza.
• Isi terpesong daripada arahan soalan.

Kesimpulan
• Calon tidak kemukakan cadangan dan harapan sebaliknya mengulas semula tajuk atau isi tersurat.
• Calon mengemukakan cadangan secara umum tanpa menekankan apa cadangan tersebut.
Contoh
– Masyarakat perlu mengatasi masalah ini. Apa yang berkaitan masalah ini tidak dikemukakan. Sepatutnya calon menulis Masyarakat perlu mengatasi masalah gejala sosial agar … Calon mengemukakan cadangan tanpa harapan. Contohnya; Masyarakat perlu mengatasi masalah gejala sosial ini. Sepatutnya Masyarakat perlu mengatasi masalah gejala sosial ini agar negara bebas daripada ancaman jenayah.
• Calon menjawab lebih daripada 120 patah perkataan menyebabkan calon hilang markah
kesimpulan.

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon.
• Kata kunci bahagian pendahuluan ditukarkan kepada tema atau pokok persoalan. Contoh arahan; buat satu rumusan tentang kesan penglibatan remaja dalam Program Khidmat Negara (PLKN) dan langkah-langkah menggalakkan penyertaannya. Contoh pendahuluan; Sekiranya isi petikan menyatakan kesan positif - Petikan menyatakan kebaikan/faedah/manfaat/kepentingan Program Khidmat Negara kepada remaja. Sekiranya dalam isi petikan menyatakan kesan negatif – Petikan menyatakan keburukan/impak Program khidmat Negara kepada remaja. Arahan kedua iaitu langkah tidak perlu dinyatakan dalam pendahuluan. Ayat yang terkandung dalam satu-satu isi perlulah diambil sepenuhnya termasuk contoh untuk mengelakkan daripada tertinggalnya isi penting.

• Cuba kemukakan enam isi tersurat dan dua isi tersirat kerana isi tersurat yang terkandung dalam petikan lebih tepat manakala isi tersirat daripada idea sendiri adakalanya tidak menepati kehendak soalan atau
terpesong atau berulang.

• Disarankan bahagian kesimpulan gunakan kata kunci Kesimpulan/Oleh itu,……agar/supaya…
Sekiranya perkataan lebih daripada 120 jangan edit daripada isi tersurat, . Ini bertujuan menggelakkan daripada meninggalkan isi yang penting dalam isi tersurat sebaliknya calon boleh olah semula isi tersirat supaya lebih ringkas tetapi padat untuk menepati 120 patah perkataan.

No comments:

Post a Comment