Tuesday, September 25, 2012

T I P S Persedian yang bijak menghadapi BM SPM 2012

Kertas Satu – Bahagian B

Aspek kelemahan calon
• Calon menjawab kurang daripada 350 patah perkataan menyebabkan isi kurang dan huraian tidak lengkap.

• Calon tidak kembangkan isi dan kemukakan satu contoh dan satu huraian sahaja untuk setiap isi.

• Calon kemukakan terlalu banyak isi tetapi hanya dihuraikan secara umum tanpa diolah.

• Calon menjawab soalan yang memerlukan pengetahuan yang luas sedangkan pengetahuan calon agak terhad. Contohnya soalan berkenaan sukan peringkat kebangsaan/antarabangsa , calon tidak tahu siapa atlet dan jenis-jenis sukan serta negara yang telibat secara menyeluruh.

• Calon mengemukakan peribahasa yang salah atau tidak sesuai atau langsung tidak menyatakan peribahasa.

• Idea calon terpesong daripada kehendak soalan.

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon
• Ayat yang digunakan perlulah pendek dan jelas untuk mengelakkan berlakunya kesalahan bahasa.

• Gunakan tanda bacaan yang betul serta penanda wacana yang bersesuaian untuk menunjukkan ada kesinambungan antara isi terdahulu dengan isi seterusnya.

• Cuba hasilkan karangan yang melebihi 400 patah perkataan tetapi menepati kehendak soalan dan untuk menghasilkan karangan yang lengkap setiap isi memerlukan sekurang-kurangnya dua huraian beserta dua

contoh.
• Sertakan antara tiga hingga empat peribahasa dan lebih ideal sekiranya karangan ditutup dengan peribahasa yang bersesuaian.

• Corak soalan masa kini lebih menjurus kepada laras soalan. Soalan 1, lebih kepada soalan berkaitan individu, soalan 2, aspek kekeluargaan, soalan 3, berkenaan kemasyarakatan, soalan 4, peringkat kebangsaan atau antarabangsa, dan soalan kelima, aspek kesusasteraan. Sekiranya calon kurang mahir atau kurang ilmu pengetahuan berkenaan isu semasa peringkat kebangsaan atau antarabangsa elakkan daripada menjawab soalan tersebut. Pilihlah soalan yang calon paling arif berkenaaannya.

No comments:

Post a Comment