Tuesday, September 25, 2012

T I P S Persedian yang bijak menghadapi BM SPM 2012

Kertas Satu - Bahagian A

Aspek kelemahan calon

• Calon menjawab melebihi 300 patah perkataan menyebabkan calon menjawab melebihi masa yang
diperuntukkan iaitu 45 minit. Keadaan ini menyebabkan calon kesuntukkan masa untuk menjawab
soalan Bahagian B.

• Calon menjawab soalan semata-mata berpandukan gambar tanpa kembangkan idea menyebabkan idea calon tidak bercambah dan isi tidak berkembang.

• Calon tidak kemukakan peribahasa yang bersesuaian dan sebahagian besar calon langsung tidak menggunakan peribahasa dalam mengukuhkan isi.

• I si yang calon kemukakan terpesong daripada soalan, contohnya dalam arahan memerlukan calon menyatakan langkah, tetapi calon mengemukakan punca.

Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon.

• Hadkan waktu menjawab seperti yang disarankan supaya masa yang diperuntukkan cukup.
• Tidak perlu menulis tajuk karangan.
• Elakkan daripada menggunakan perkataan yang canggih yang calon sendiri tidak faham maksud atau kurang pasti kesesuaian penggunaannya.
• Kemukakan dua hingga tiga peribahasa yang bersesuaian.
• Beri perhatian terhadap arahan soalan kerana dalam arahan tersebut terkandung isi yang sepatutnya calon huraikan.

No comments:

Post a Comment