Tuesday, September 25, 2012

Soalan Latihan karangan Bahasa Malaysia Bahagian B (Karangan Umum)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Sekolah anda telah mengadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-53 pada tahun ini. Gambarkan suasana kemeriahan kemerdekaan sepanjang sambutan itu selengkapnya.

2. ‘Hari Ibu’ sering disambut meriah dan jarang dilupakan oleh anak-anak. Namun begitu, mereka sering mengabaikan ‘Hari Bapa’. Pada pendapat anda, perlukan usaha-usaha untuk memperingati ‘Hari Bapa’ diuar-uarkan seperti ‘Hari Ibu’. Beri pendapat anda.

3. Kad kredit dikatakan sebagai alat penyelesaian kewangan segera, namun penggunaan nya yang melampau akan meningkatkan beban pengguna akhirnya. Selaku pengarang sebuah majalah anda dikehendaki menulis komentar anda dalam bentuk rencana berkenaan isu tersebut. Sediakan rencana tersebut selengkapnya..

4. Andaikan anda bertugas sebagai pemberita di sebuah akhbar. Anda telah ditugaskan untuk menemuramah seorang pakar perubatan berkenaan penyakit berbahaya yang sering melanda negara kita akhir-akhir ini. Tulis hasil temu ramah anda itu selengkapnya.

5. Sekolah anda telah menganjurkan pertandingan menulis cerpen bertemakan semangat patriotisme. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut. Tulis cerpen berkenaan selengkapnya.

Jawapan
1. Soalan gambaran/keperihalan.

Pendahuluan
- kepentingan sambutan Hari Kemerdekaan. Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan ke-53

Isi
- Calon perlu huraikan secara kronologi suasana sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-53 dari
perhimpunan rasmi sehingga tamat perhimpunan dan acara-acara yang dijalankan spanjang
sambutan tersebut seperti laungan kemerdekaan/sketsa tandatangan perjanjian
kemerdekaan/nyanyian Lagu Negaraku dan acara-acara lain yang sesuai. Calon perlu tekankan
kemeriahan acara tersebut.

Penutup
- pentingnya masyarakat khasnya remaja diterap dengan budaya menyambut Hari Kemerdekaan

Peribahasa yang sesuai; Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing/Di mana bumi
berpijak di situ langit dijunjung/Bahasa Jiwa Bangsa

2. Soalan pendapat.

Pendahuluan
- Calon boleh huraikan apa maksud ‘Hari Ibu’ dan ‘Hari Bapa’/cerita suasana/pengalaman
menyambut hari istimewa secara ringkas.

Isi
- peranan bapa dalam keluarga/kepentingan menguar-uarkan Hari Bapa kerana bapa ialah
peneraju keluarga/mencari nafkah/ melindungi keluarga/ menyediakan kemudahan dan keperluan
keluarga.
- anak-anak perlu dididik/asuh untuk menghormati ibu dan bapa secara sama rata. Meraikan Hari
Bapa sama seperti Hari Ibu perlu dilaksanakan supaya bapa rasa dihargai/sayangi. Bapa rasa lebih
bertanggungjawab/merasai kehadiranya diperlukan dalam keluarga. Menyedarkan bapa anak-anak
sayangkan mereka. Bapa merasakan mereka perlu menunjukkan contoh yang lebih baik/menjadi
idola anak-anak apabila anak-anak mengingai tarikh penting dalam hidup mereka.

Penutup – penegasan perlunya diraikan Hari Ibu dan Hari Bapa.

Peribahasa/cogan kata yang sesuai; Menghormati yang tua dan menyayangi yang muda.

3. Format rencana

Pendahuluan – huraikan apa dan fungsi kad kredit.

Isi
- objektif/fokus asal sebagai alat penyelesaian kewangan segera seperti menyelesaikan bil kerana
hal kecemasan contohnya mendapatkan rawatan/ semasa dalam perjalanan (jarak jauh) apabila
berlaku kerosakan / tidak dapat mengeluarkan wang tunai kerana bank tutup/kad ATM rosak/ tiada
wang tunai yang mencukupi
- sikap berbelanja yang berubah kepada boros menyebabkan penggunaan yang melampau
menyebabkan meningkatnya beban pengguna contohnya membeli barangan yang kurang penting
tetapi berharga mahal/ makan di tempat mewah/ bercuti(melancong) lebih daripada yang
sepatutnya. Mula menggunakan/memakai barangan berjenama.
- cadangan/langkah mengatasi iaitu kurangkan bilangan/gunakan satu sahaja kad kredit
/senaraikan barangan yang hendak dibeli/ keluar berbelanja apabila perlu sahaja/ kurangkan makan
di luar/melancong.Mula menabung/beli barangan buatan tempatan yang sama kualiti tetapi lebih
murah harganya

Penutup – penegasan amalan berjimat cermat

Peribahasa yang sesuai; berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian / Jimat membawa berkat.

4. Format wawancara

Pendahuluan
- ucapan alu-aluan dan terima kasih kedua-dua pihak. Nyatakan nama akhbar yang
diwakili pemberita/tarikh/masa/tempat/tajuk temu ramah.

Isi
- jenis penyakit berjangkit iaitu sars/selesema burung/AIDS/kuku dan mulut dan yang terkini H1N1.
Dari segi sejarah asal penyakit-penyakit tersebut contohnya selesema burung dari negara China
dan H1N1 dari Spanyol.
- Huraikan faktor merebak contohnya tiada kesedaran sivik/kurang pengetahuan/ tiada tindakan
pantas oleh pihak berkuasa. Orang ramai yang mementingkan diri sendiri/ bersikap sambalewa.
-Kesan penyakit menyebabkan kematian/kos perubatan yang meningkat/fobia mangsa atau
keluarga mangsa/penduduk panik/menjejaskan aktiviti harian/pelajaran anak-anak terjejas.
- Langkah mengatasi amalan gaya hidup sihat/uar-uar melalui media/iklan/mengawal kawasan
sempadan/kawal kemasukan pelancong/orang tempatan yang baru pulang dari luar negara.
Rawatan segera/tingkatkan bekalan ubat-ubatan atau vaksin.

Penutup - harapan hasil temubual/ucapan terima kasih

Peribahasa yang sesuai; sediakan payung sebelum hujan.

5. Format cerpen dan nama pengarang.

Isi – bertemakan semangat patriotisme.

No comments:

Post a Comment