Tuesday, September 25, 2012

Petikan Prosa Moden BM SPM 2012

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri

Jemah menggeleng-gelengkan kepala dengan senyum nipisnya. Murni tergelak keras. Kali ini ibu terkena. Dan pasti tidak boleh berdalih lagi. “Ha...mak tak boleh berdalih lagi! Mak Timah dah sanggup menunggu rumah ni, ayam itik mak...,”sambar Murni dengan ketawa riangnya. Ibu tidak terkata. Ia mengalah kali ini, dan terpaksa mengikut anaknya ke kota petang itu.
Setibanya Jemah di rumah batu berbilik tiga itu ia disambut mesra oleh menantunya Jamal. Kembang jari pegawai perancang ekonomi itu mempersilakan ibu mentuanya masuk ke rumah. Maklum sajalah kali pertama ibu mentua menjejakkan kaki ke rumahnya! Jemah kelihatan tenang sahaja.
Malam itu Jemah tidak dibawa ke mana-mana. Murni dan Jamal ada majlis tari-menari di rumah teman karibnya. Tinggallah ibu tua itu sendirian. Dan saat itulah ingatannya segera terbang balik ke kampung. Apa halnya ayam dan itik aku? Dihalau Si Timah ke reban ke tidak? Pokok-pokok sayur aku dijirus Timah ke tidak. Dia bertanya-tanya sendiri. Risau hati tidak terkira. Kalau dekat mahu dia pulang malam itu juga. Dia termenung panjang mengeluh berkali-kali.

Dipetik daripada cerpen Budi Yang Tak Terbeli
oleh Khadijah Hashim dalam Antologi Anak Laut.

i. Apakah yang difikirkan oleh Jemah sepeninggalan Murni dan Jamal ke majlis tari-menari teman karib mereka?

ii. Cadangkan beberapa cara agar hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak serta menantu dapat dipupuk dengan baik.

iii. Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.


JAWAPAN

i. Sepeninggalan Murni dan Jamal, Jemah. memikirkan/ingatannya segera terbang balik ke kampung.(1) Teringatkan ayam dan itiknya dihalau Si Timah ke reban ke tidak(2) Pokok-pokok sayurnya dijirus Timah ke tidak.(3)

ii. Beberapa cara agar hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak serta menantu dapat dipupuk denganbaik ialah menghormati hak/kepentingan orang lain (1) Ibu bapa jangan terlalu mencampuri urusananak-anak yang telah berkeluarga (2) Berbincang/menegur/saling menasihati sekiranya melakukankesilapan (3). Anak-anak dan menantu perlu bertolak-ansur dan menghormati ibu bapa (4) Menganggap menantu/mertua seperti keluarga sendiri(5) Hindari sikap pilih kasih/memandang harta/pangkat (6)

iii. Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah mestilah menghormati orang tua. Contoh Murni menjemput ibunya ke rumahnya di bandar/kota @ Jamal menyambut ibu mertuanya dengan tangan terbuka ke rumahnya (1) Jangan mementingkan diri sendiri/Mestilah melayan ibu bapa dengan baik/melayan tetamu dengan baik. Contoh Murni dan Jamal yang meninggalkan mak Jemah di rumah sendirian semata-mata kerana menghadiri majlis tari-menari kawan karib mereka (pilih 1 isi)Dua pengajaran dalam cerpen ialah kita tidak boleh memandang rendah kepada orang kampung/orang tua. Contoh Jamal yang menganggap Mak Jemah hanya tahu meminta wang daripada Murni. Kita mestilah mengambil berat menyayangi ibu bapa kita. Contoh Murni yang menyayangi ibunya dan tidak mahu ibunya tinggal keseorangan di kampung.

No comments:

Post a Comment