Tuesday, September 25, 2012

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Tulis satu ayat daripada pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan
maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,
menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) pemindahan - perpindahan

(ii) pelanggaran - perlanggaran

(iii) penahanan - pertahanan

Contoh jawapan

(i)-Sekiranya Malaysia ingin maju setanding dengan negara barat, pemindahan
teknologi perlu dilakukan.

Perpindahan penduduk setinggan ke kawasan perumahan baru perlu disegerakan
kerana kerja-kerja pembangunan akan dijalankan di kawasan tersebut.

(ii)-Para pelajar diseru agar tidak melakukan pelanggaran disiplin di dalam kawasan
sekolah.

-Perlanggaran antara lori dengan kereta di lebuh raya itu semalam telah
mengorbankan tiga nyawa.

(iii)-Penahanan tiga orang pemuda yang terlibat dalam kes pecah amanah itu telah
menarik perhatian orang ramai.

-Pertahanan tentera kerajaan di dalam kawasan sempadan yang tidak kukuh
menyebabkan tentera musuh mudah meloloskan diri masuk ke negara tersebut.

No comments:

Post a Comment