Tuesday, September 25, 2012

Bahagian A ( Kertas 1) Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan




Gambar di bawah ini berkaitan dengan jenayah ragut. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menangani jenayah ragut. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



Langkah (1) : Kenal pasti kata kunci

langkah-langkah untuk menangani jenayah ragut

Langkah (2) : Bulatkan isi-isi karangan dalam gambar rajah.

a. Media massa
b. Berjalan secara berkumpulan
c. Rondaan polis
d. Hukuman berat

Langkah (3) : Tulis Pengenalan

Belakangan ini, jenayah ragut semakin meningkat (AR1).
Sudah banyak kali jenayah ini menyebabkan kehilangan nyawa mangsanya(AR2).
Oleh itu, pihak polis telah mengambil beberapa langkah untuk menangani jenayah ragut(AA).

Langkah (4) : Kembangkan isi-isi karangan

Isi 1 : Media massa

Ayat Judul :
Antara langkahnya ialah mengadakan kempen pencegahan jenayah ragut di media massa.

Ayat Huraian 1 :
Televisyen dapat menyiarkan klip video tentang cara-cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut manakala stesen radio pula hendaklah kerap mengingatkan pendengarnya supaya berwaspada terhadap peragut.

Ayat Huraian 2 :
Surat khabar pula hendaklah menyiarkan rencana dan poster tentang jenayah ragut sebagai peringatan kepada orang ramai.

Ayat Penegas :
Pendek kata, peranan media massa memang amat penting.

Isi 2 : Berjalan secara berkumpulan

Ayat Judul:
Wanita hendaklah berjalan secara berkumpulan untuk mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa ragut.

Ayat Huraian 1 :
Hal ini demikian kerana peragut selalunya bertindak terhadap wanita yang berjalan berseorangan.

Ayat Huraian 2 :
Jika wanita berjalan secara berkumpulan, peragut akan teragak­agak untuk bertindak kerana mangsa akan diberikan bantuan oleh rakan-rakan mereka yang lain dalam kadar yang segera.

Isi 3 : Rondaan polis

Ayat Judul:
Pihak polis juga harus menjalankan rondaan secara menyeluruh dan kerap.

Ayat Huraian 1 :
Hal ini demikian kerana jenayah ragut berlaku tanpa mengira waktu dan tempat.


Ayat Huraian 2 :
Apabila rondaan kerap dilakukan, potensi untuk seseorang melakukan jenayah ragut akan dapat dibendung.

Ayat Penegas :
Sekiranya berlaku kes ragut juga, bantuan daripada pihak polls dapat diberikan dengan pantas.

Isi 4 : Hukuman berat

Ayat Judul :
Hukuman yang lebih berat juga dapat membendung jenayah ragut. Ayat

Huraian 1 :
Kini, hukuman untuk orang yang disabitkan dengan kesalahan meragut terlalu ringan dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Ayat Penegas :
Hukuman yang berat pasti akan memberikan kesedaran dan peringatan kepada peragut.

Ayat cadangan :
Oleh itu, orang ramai mempunayi tanggungjawab bersama membantu pihak polis menangani jenayah ragut

Ayat harapan :
Oleh itu, orang ramai hendaklah sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa ragut.

Selamar Belajar

No comments:

Post a Comment