Sunday, July 29, 2012

KaranganJenis Ucapan 1 UPSR


SOALAN :
Dalam satu majlis perpisahan murid-murid tahun enam, anda selaku ketua murid diminta
menyampaikan satu ucapan. Tuliskan ucapan anda. Ucapan Perpisahan Murid-murid Tahun Enam

Pengenalan

Selamat Sejahtera Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Tuan Guru Besar,guru-guru penolong
kanan,guru-guru dan rakan pelajar yang dihormati sekalian. Terima kasih saya ucapkan kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis perpisahan ini.

Hadirin yang dimuliakan, Selama enam tahun kami menimba ilmu di sekolah ini.
- berasa terhutang budi kepada semua guru di sekolah ini.
- mengajar kami membaca,mengira dan menulis
- tidak pernah berasa jemu atau berputus asa

Guru-guru telah mendidik kami supaya menjadi insan yang mulia.
- menerapkan nilai-nilai murni semasa kami berada di sekolah
- mengajar kami tentang sikap hormat-menghormati,sayang-menyayangi dan pelbagai lagi
- menjaga tingkah laku kami terutama semasa belajar di sekolah menengah

Pelbagai kemahiran telah kami peroleh di sekolah ini.
- kemahiran dalam permainan dan pertukangan tangan
- mengajar kami semasa pendidikan jasmani dan kemahiran hidup
- amat berguna kepada kami dalam meneruskan kehidupan ini

Hadirin yang dihormati,

Banyak pengalaman yang berguna semasa kami belajar di sini.
- lawatan sambil belajar,program motivasi,perkhemahan dan pelbagai lagi.
- atas inisiatif dan usaha daripada guru-guru di sekolah ini
- tidak mungkin kami dapat peroleh di sekolah yang lain

Guru-guru juga sudah kami anggap seperti ibu bapa kami sendiri.
- sentiasa mengambil berat tentang kebajikan kami di sekolah.
- menghantar kami ke klinik atau ke hospital sekiranya kami sakit
- tidak pernah merungut atau tidak berpuas hati

Penutup

Sekian sahaja ucapan saya pada majlis yang berbahagia ini.
- memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan terhadap guru-guru
- berjanji akan belajar dengan bersungguh-sungguh di sekolah menengah
- jasa baik cikgu tidak akan dilupa hingga akhir hayat.

Sekian terima kasih.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment