Saturday, July 21, 2012

FORMULA PENULISAN RANGKA ISI KARANGAN

Contoh soalan
Program Rumah Terbuka Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mengadakan Program Rumah Terbuka.

Gunakan formula ini bagi mengembangkan isi pendahuluan karangan.

1A. Kenal pasti tajuk karangan
2A. Isu berkaitan dengan tajuk
3A. Kehendak soalan

Cadangan jawapan PENDAHULUAN

Rumah terbuka di Malaysia bermaksud sesuatu perayaan agama disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia (1A). Namun dalam konteks ini Rumah terbuka tidaklah bertujuan mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Sebelum ini, konsep rumah terbuka dijalankan secara kecil-kecilan di mana tuan rumah menjemput rakan taulan datang ke rumah bagi menikmati juadah yang disediakan. Rakan dari kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain turut dijemput. Amalan rumah terbuka memberi kefahaman kepada rakyat bukan Islam tentang nilai hidup ajaran Islam yang menganjurkan sifat berbaik-baik sesama manusia. Amalan rumah terbuka ini sesuatu yang unik bagi Malaysia, telah mendorong menyumbang kepada keamanan dan kebaikan keadaan dalam negara kita. Rakyat bukan Islam mendapat gambaran sebenar mengenai ajaran Islam. Selama ini rakyat bukan Islam sering mendapat gambaran mengenai Islam yang dikaitkan dengan keganasan terutama selepas Serangan 11 September (2A). Oleh yang demikian terdapat beberapa kepentingan mengadakan Program Rumah Terbuka di Malaysia (3A).

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment