Saturday, July 21, 2012

CONTOH KARANGAN UPSR 9

Kepentingan Komputer pada Masa KiniKomputer bukanlah suatu benda yang asing dalam kehidupan hari ini.  Komputer sudah menjadi keperluan utama kepada generasi pada masa kini.  Komputer banyak membantu manusia menyelesaikan keperluan seharian mereka.
 
Pad masa kini,pembelajaran era interraktif menjadi pilihan guru-guru dan murid-murid.Pembelajaran interaktif ialah pembelajaran yang berkonsep seni visual.animasi dan tiga dimensi yang dimuatkan dalam cakera padat yang hanya dapat dipaparkan di dalam melalui komputer.Murid-murid lebih berasa seronok dan mudah memahami sesuatu kemahiran.Tambahan pula,cakera padat ini mudah disimpan dan digunakan pada bila-bila masa.

Seseorang murid banyak mendapat maklumat apabila melayari Internet dan dapat dilakukan di mana-mana sahaja asalkan ada rangkaian liputan.Apa sahaja maklumat yang kita cari dapat dicapai dengan hanya menaip alamat carian yang dihendaki.Hal ini sesuai dengan ungkapan "dunia di hujung jari".Maklumat yang didapati dapat meningkatkan tahap pembelanjaran mereka.

Komputer juga berfungsi sebagai alat untuk menyimpan maklumat-maklumatberkaitan pelajaran ,tugasan mahupun peribadi.Seseorang murid dapat menyusun dan menyimpan fail tersebut di dalam perisian komputer.Maklumat-maklumat itu dapat disimpan dan digunakan dengan lebih lama.

Merka yang celik dan mahir komputer lebih ke hadapan dalam pelbagai bidang pelajaran mahupun pekerjaan yang berpendapatan lumayan.Oleh yang demikian,kursus yang berorientasikan komputer kini menjadi pilihan para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran.

Kesimpulannya,ternyata bhawa komputer ialah teknologi terkini yang wajar kita kuasai apatah lagi kepada murid-murid sekolah.Penguasan dalam bidang ini mampu melahirkan murid yang berdaya saing dalam arus pendidikan yang semakin global.
 Sumber :  Kheswena Baskaran
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment