Saturday, July 21, 2012

CONTOH KARANGAN UPSR 6

Kenanganku
 
Pada hujung minggu yang lalu,semasa saya dan keluarga saya berkhelah,saya terdengar bunyi orang menjerit meminta tolong.Dengan secepatnya saya mencari dari mana datangnya bunyi tersebut.Setelah mengekori bunyi tersebut saya ternampak seorang wanita sedang menjerit meminta pertolongan.Saya pergi kepada wanita tersebut untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

        Setelah saya pergi kepada wanita tersebut,dia menjerit dan meminta tolong sambil menundingkan jarinya ke arah    laut.Saya terkejut melihat seorang budak lelaki sedang terkapai-kapai di dasar laut.Dengan sepantas kilat saya pergi memberitahu ayah.Saya bernasib kerana ia tidak jauh dari tempat berkhelah.

        Ayah terkejut dan menelefon ambulan.Manakala,saya pergi menyelamatkan budak lelaki itu.Setibanya saya di tebing pantai,saya terus terjun ke dalam laut dan cuba pergi ke tempat budak lelaki itu berada.

        Semakin lama,saya berasa semakin jauh dari tebing pantai dan semakin dalam sehingga tidak dapat menjejakkan kaki ke atas tebing laut.Saya terpaksa berenang dengan laju untuk pergi ke budak tersebut dengan keadaan ombak yang bergelora.

        Setelah saya sampai ke tempat budak tersebut,saya terus membawanya ke tebing pantai.Saya berjaya membawa budak lelaki tersebut tanpa sebarang halangan dan gangguan.Budak lelaki selamat daripada lemas di dalam laut dan diberi bantuan penafasan oleh ayah.Setelah memberi bantuan pernafasan,kami berdua menunggu ambulan tiba.

        Akhirnya,ambulan tiba    dan membawa masuk budak lelaki tersebut ke dalam ambulan dan di bawa ke hospital.Wanita itu berterima kasih kepada kami berdua.Sebelum ambulan pergi,salah seorang daripada pemandu ambulan memberikan kami pingat emas.Kenangan ini akan diingati dan pingat akan menjadi satu cenderahati yang bermakna.
 
Sumber :  Ahmad Syamim Arsyad
http://adf.ly/1okqV

1 comment: