Saturday, July 21, 2012

CONTOH KARANGAN UPSR 5

Hari Sukan Sekolah

Pada 13 Mei 2011 Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Tengah telah mengadakan hari sukan. Hari sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 7.00 pagi.

         Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kami membuat persiapan terakhir telah selesai. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik.Beberapa pekerja sekolah, guru-guru dan murid-murid bekerjasama meyiapkan kerja-kerja. Papan mencatat markah rumah-rumah pasukan diletakkan di tengah padang sekolah. Bendera rumah sukan, bendera Negeri Sarawak dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan bilik guru.

            Keadaan cuaca pada pagi hari sukan itu sangat redup dan berangin.Pada pukul 7.30 pagi, semua penonton termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah padang sekolah.
             Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Sarawak telah tiba pada tepat pukul 8.00 pagi. Ketibaan beliau disambut mesra oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Puan Ma Lian Mei serta ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah Sarawak menerima tabit hormat dan    merasmikan Hari Sukan    tersebut.

             Selepas    upacara perasmian , acara-acara sukan pula dilangsungkan. Acara-acara berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti sebentar untuk berehat pada pukul 8.30 pagi.

             Acara sukan disambung semula pada pukul 9.30 pagi. Acara lari 400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya acara penyampaian hadiah dimulakan.Tuan Pegawai Daerah Sarawak telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

             Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ini ialah pasukan Biru . Sebelum bersurai pada pukul 12.30 tengah hari, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang diadakan di kantin.

Sumber : lydia zeti  
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment