Saturday, July 21, 2012

CONTOH KARANGAN UPSR 4

KALAU ANDA MENYAYANGI IBUKU


 Kalau anda sayangkan ibu anda, ada perkara-perkara tertentu yang perlu anda lakukan.

            Pertama, hormati ibu anda..... emmm bagaimana, ya? Menghormati ibu, pertama sekali tidak menentang cakapnya. Sama ada kita setuju atau tidak setuju, kita dengar sahaja dulu. Kemudian laksanakan suruhannya setakat yang termampu dan berbuatlah sebaik mungkin. Sentiasa merendah diri apabila bercakap dengannya. Mencium tangannya semasa berjumpa atau untuk berpisah.

            Bercakaplah dengan nada dan bahasa yang sopan dan lembut. Usah meninggikan suara, semata-mata untuk menunjukkan bahawa diri anda telah dewasa dan perkasa sekarang. Usah marahkan ibu anda kerana perbuatan itu bukan hak anda. Sesungguhnya, anda tidak layak untuk memarahi ibu anda. Kalau menegur kesilapannya pun, tegurlah dengan sopan.

            Kedua, ringankanlah bebannya. Banyak kerja yang ibu kita lakukan setiap hari, terutamanya kerja rumah. Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang tidak mempunyai orang gaji di rumah.

            Di rumah, ibu terpaksa memasak, membasuh pakaian, melipat pakaian, menggosok pakaian yang kita pakai, membersih dan mengemas dalam rumah, membersih laman rumah, mencuci tandas, memberi makan ternakan, membuang sampah, menjirus bunga. Malah, seribu satu macam tugas lain lagi.

            Kalau anda menjadi anak yang baik dan sayang akan ibu anda, anda boleh memilih untuk meringankan beban kerja ibu anda. Buatlah mana-mana bahagian kerja yang ditanggung oleh ibu anda. Dengan itu, ibu anda akan berasa ringan dengan tugasnya.

            Sekurang-kurangnya cuci, lipat, dan gosoklah pakaian anda sendiri. Kemaskan bilik dan tempat tidur anda setiap pagi. Sentiasa menjaga kebersihan rumah anda dengan tidak menyepahkannya dengan permainan anda atau lain-lain.

            Beban yang paling berat ditanggung oleh seseorang ibu ialah memikirkan masa depan anaknya. 


Sumber : JEEVITHA A/P SIVAM
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment