RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Saturday, July 21, 2012

CONTOH KARANGAN UPSR 2

HARI SUKAN SEKOLAH SAYA
    
         Sukan    sekolah    yang    telah    diadakan    pada    hari    Sabtu    bersamaan 13 April 2012 yang    lalu . Hari sukan sekolah saya telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG sekolah iaitu En Ahmad Segan bin Silu.Semasa ucapannya En Segan menyatakan bahawa sukan merupakan kegiatan yang boleh menyihatkan badan dan mencerdaskan minda.

        Ramai    ibu bapa yang hadir untuk menyaksikan anak-anak mereka yang mengambil bahagian .Padang sekolah telah dihias dengan indah dan cantik .Sausana kelihatan sangat ceria .Semua murid memakai baju mengikut rumah sukan mereka iaitu baju berwarna hijau, biru, merah, dan hijau.

        Guru-guru rumah sukan masing-masing sibuk mengendalikan murid-murid yang yang terlibat dalam acara sukan itu.

        Sebelum acara sukan itu bermula, satu perarakkan rumah pasukan dan badan uniform telah diadakan. Perarakan ini sangat cantik dan meriah kerana telah maskot yang menjadi lambang rumah sukan masing-masing bagai bulan dipagari bintang.
        
        Banyak acara menarik seperti lumba lari ,lari berganti-ganti,lompat tinggi dan tarik tali .Sahidah dan Afni telah mewakili pasukan rumah Mahsuri dalam acara lumba lari. Liyana dan Anita pula mewakili pasukan rumah Dang Anum dalam acar yang sama .

         Ahli pasukan masing-masing memberi sokongan dan sorakan terhadap pasukan masing-masing . Semasa pasukan mereka mengambil bahagian sorakkan yang diberikan sangat meriah. Saya berasa gembira kerana pasukan rumah Tun Fatimah telah diumumkan sebagai johan keseluruhan .

        Sukan sekolah saya telah tamat pada pukul 6:00 petang.Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang .Guru besar juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara sukan tahun bagi Sekolah Kebangsaan Convent kali.

Sumber : Nur Aliya Ellyana Riduan
 http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment