Saturday, July 21, 2012

CONTOH KARANGAN UPSR 1

Aku berjalan sendirian melalui jalan pintas yang sunyi dan berbelukar.Sudah acap kali aku mendengar cerita tentang lembaga yang sering mengganggu orang yang melalui jalan itu.Hari semakin gelap.Tiba-tiba,kulihat di hadapanku

Aku berjalan sendirian melalui jalan pintas yang sunyi dan berbelukar.Sudah acap kali aku mendengar cerita tentang lembaga yang sering mengganggu orang yang melalui jalan itu.

        Hari semakin gelap.Tiba-tiba,kulihat di hadapanku ada dua orang lelaki berjalan pantas.Timbul perasaan syak di hatiku kerana lelaki-lelaki itu bukanlah orang kampungku.

        Aku segera mengekori mereka.Mereka berhenti di sebuah pondok kecil.Aku bersembunyi di balik belukar.Aku terkejut apabila terdengar suara kanak-kanak menjerit sambil menangis.Lelaki tersebut memarahi kanak-kanak terbabit.

        Aku segera menghampiri dan mengintai dari lubang kecil pada dinding pondok.Aku terkejut apabila terlihat beberapa orang kanak-kanak terbaring dengan kaki dan tangan terikat.Aku terdengar perbualan mereka bahawa kanak-kanak tersebut akan dibawa ke negara jiran.

        Tanpa membuang masa,aku meninggalkan tempat tersebut untuk meminta bantuan daripada orang kampung.Tindakan pantas penduduk menyebabkan penculik-penculik tersebut berjaya diberkas.

        Aku berasa lega kerana kanak-kanak itu terselamat.Penduduk juga percaya lembaga yang dikatakan pengganggu itu adalah angkara kumpulan terbabit.

Sumber : Syasya Afrina 
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment