Saturday, June 16, 2012

Panduan Penulisan Isi Tersurat

Penulisan Isi Tersurat

1.  Pendidikan tentang merancang kewangan perlu didedahkan kepada anak-anak sejak kecil.

2. Anak-anak perlu diberikan pengetahuan tentang cara­-cara menggunakan wang secara bijak.

3. Anak-anak perlu diberikan galakan agar menanam tabiat menabung wang.

4. Memberikan wang saku kepada anak-anak yang telah bersekolah dapat membantu mereka membina keupayaan merancang perbelanjaan.

5. Berbincanglah dengan anak-anak tentang matlamat mereka menabung.

6. Setiap kali ibu bapa ke bank untuk berurusan atau melabur dalam unit amanah, bawalah anak­-anak sekali.

7. Laburkan sebahagian wang simpanan mereka dalam dana amanah.

8. ibu bapa perlu menunjukkan contoh melalui pengurusan kewangan sendiri yang baik dan bijak supaya dapat diikuti oleh anak-anak.

Mengenal pasti Penanda Wacana Dalam Petikan

1. Walaupun… / Namun begitu. Pertentangan maklumat
2. Selain itu, Lebih daripada itu,Di samping, dan, serta, Kesinambungan maklumat / idea /tambahan
3. Natijahnya, akibatnya, Kesan
4. Juga, malahan Kesinambungan
5. Hal ini demikian kerana , Oleh sebab itu, Sebab

Panduan penulisan isi tersurat

Antaranya ialah …S1….. Seterusnya….S2….. Selain itu….S3……..
Di samping …..S4….. Bukan itu sahaja….S5…….
Akhirnya….S5……

Cadangan jawapan

Antaranya ialah anak-anak perlu diberikan pengetahuan tentang cara­-cara menggunakan wang secara bijak. Seterusnya anak-anak perlu diberikan galakan agar menanam tabiat menabung wang  Selain itu Berbincanglah dengan anak-anak tentang matlamat mereka menabung. Di samping Setiap kali ibu bapa ke bank untuk berurusan atau melabur dalam unit amanah, bawalah anak­-anak sekali. Bukan itu sahaja Laburkan sebahagian wang simpanan mereka dalam dana amanah. Akhirnya ibu bapa perlu menunjukkan contoh melalui pengurusan kewangan sendiri yang baik dan bijak supaya dapat diikuti oleh anak-anak.

 http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment