Friday, May 25, 2012

PRA-U Bahasa Melayu [Karangan]


Dasar pengambilan pelajar lepasan SPM dan STPM ke universiti tempatan adalah berdasarkan sistem meritokrasi, yakni suatu sistem berkonsepkan “hanya yang terbaik layak”. Dalam hal ini, hanya pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik akan diberi keutamaan. Bincangkan kesan pelaksanaan sistem ini.




Kehendak Soalan 

Jelas bahawa solan ini hanya menghendaki calon membuat huraian tentang kesan pelaksanaan sistem meritokrasi. Apabila membicarakan kesan, calon mestilah menghuraikan kesan baik dan buruk sistem ini.

Isi-isi

Kebaikan sistem meritokrasi

1. Memartabatkan golongan bumiputera melalui kecemerlangan akademik. Hal ini membuktikan bahawa golongan bumiputera mampu berdikari dan memajukan diri.

2. Melahirkan lebih banyak pemikir dan profesional bumiputera yang berdaya saing di arena antarabangsa.

3. Menghindarkan gejala terlalu bergantung pada bantuan khas sehingga leka, lalai, dan enggan berusaha.

Keburukan sistem meritokrasi

1. Mengurangkan peluang golongan bumiputera memasuki IPTA kerana pencapaian akademik yang lemah.

2. Pelajar luar bandar yang belum mampu bersaing mungkin tersisih.

3. Mewujudkan ketidakseimbangan kaum dalam sesuatu bidang – bidang tertentu mungkin dimonopoli oleh kaum tertentu.

Sumber : Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment