RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Friday, May 25, 2012

PRA-U Bahasa Melayu (Karangan)


Peningkatan taraf hidup tidak semestinya meningkatkan kualiti hidup. Bincangkan penyataan ini berdasarkan konteks Malaysia.


Kehendak Soalan

Calon hendaklah menghuraikan bukti-bukti taraf hidup rakyat Malaysia telah meningkat. Namun begitu, bukti-bukti kualiti hidup rakyat terjejas juga perlu dihujahkan.


Isi-isi

Bukti peningkatan taraf hidup

1. Nikmat kebendaan semakin mencukupi – kaedah pertanian moden meningkatkan pendapatan; kemajuan sektor perindustrian menyediakan peluang pekerjaan.

2. Kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas yang mencukupi – memudahkan masyarakat menjalani kehidupan harian.

3. Peluang pendidikan yang meningkat – universiti dan kolej awam dan swasta bertambah; kemudahan pinjaman (PTPTN, MARA, dll) disediakan.

4.Sumber hiburan yang pelbagai – dapat merehatkan fikiran.


Bukti-bukti kualiti hidup rakyat terjejas

1. Kesihatan rakyat terjejas sebagai akibat gaya hidup moden – HIV/AIDS semakin meningkat.

2. Pencemaran alam sekitar semakin serius – air dicemari ammonia, merkuri, dsb.

3. Keselamatan umum tidak terjamin – jenayah (ragut, rompakan, pembunuhan, perogolan, dll) semakin banyak berlaku.

4. Hidup semakin sibuk kerana tuntutan tugas dan sara hidup – masa berkualiti bersama keluarga dan tetangga semakin berkurang.

5. Nilai kemanusiaan semakin pupus – mementingkan diri sendiri, menindas, dsb.

Sumber : Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment